Klinik Temasya
BLOG (Versi BM)

Dengkuran maut apnea tidur

By
Updated on:

Obstructive sleep apnea atau OSA adalah keadaan dimana pernafasan terhenti seketika semasa tidur. Ini disebabkan oleh rongga pernafasan menyempit semasa tidur. Pesakit yang mempunyai masalah apnea ini akan berhenti bernafas berkali-kali semasa tidur, mungkin ratusan kali pada satu malam. Jangka waktu dimana pernafasan berhenti dipanggil apnea. Berdengkur adalah salah satu ciri masalah yang disebabkan angin cuba keluar dari rongga pernafasan yang sempit. Otot diafragma dan tulang rusuk perlu berkerja kuat disebabkan tekanan tinggi dirongga pernafasan yang sempit. Pernafasan hanya akan kembali normal dengan bunyi semput atau badan menggeletar dengan kuat. Pesakit juga mungkin akan bangun dari tidur secara tiba-tiba disebabkan kesukaran bernafas dan rasa tercekik. Episod apnea ini bukan sahaja mengganggu kualiti tidur tetapi juga menyebabkan kadar oksigen yang mengalir ke organ penting seperti otak adalah sangat rendah.

OSA dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, sakit jantung, serangan jantung, angin ahmar dan kematian mengejut. OSA juga menyebabkan kesukaran untuk fokus pada kerja atau disekolah serta lebih berisiko tinggi untuk mendapat kecelakaan dijalan raya disebabkan tertidur tanpa sedar semasa memandu

Risiko penyebab OSA adalah mempunyai berat badan berlebihatan atau obes, jantina lelaki, saiz linkungan tengkuk yang besar, rongga pernafasan tersempit disebabkan masalah tonsil atau adenoid yang membengkak, merokok, pengambilan minuman keras atau ubat penenang, sejarah keluarga OSA, resdung serta mempunyai penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, masalah paru-paru dan angin ahmar. 

Pesakit biasanya mungkin tidak menyedari episod apnea mereka tetapi pasangan mungkin akan mengalami kesukaran untuk tidur disebabkan masalah dengkuran yang kuat. Pesakit juga mungkin akan berasa penat semasa bangun dari tidur, mengantuk sepanjang hari, mulut kering dan sakit dalam tekak, mudah marah, cepat lupa, sakit kepala berterusan dan gangguan seks. 

Jika anda mengalami gangguan tidur apnea, berbincanglah dengan doktor dan lakukan ujian tidur untuk pengesahana masalah OSA

Get the Care You Deserve. Make Your Appointment Today

We focus on you. Schedule today to experience healthcare that's tailored to your needs.