Klinik Temasya
BLOG (Versi BM)

Tekanan darah tinggi (Hipertensi) 

By
Updated on:

Tekanan darah tinggi atau hipertensi adalah risiko kesihatan besar dan seramai 1 daripada 3 rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun keatas menghidapi masalah tekanan darah tinggi. Tekanan darah tinggi digelar pembunuh senyap kerana kebanyakan kes (iaitu setinggi 61%) di Malaysia menghidap tekanan darah tinggi tanpa disedari kerana ianya tidak mempunyai apa-apa gejala. Ramai pesakit yang terkejut bila diberitahu tekanan darah mereka tinggi kerana tidak ada sebarang gejala atau tanda yang kebiasaannya dikaitkan dengan tekanan darah tinggi seperti sakit kepala, sakit dada, kabur penglihatan, kepala pusing dan pengsan atau gejala angin ahmar. Jika terdapat gejapa seperti yang disebutkan, ini bermakna tekanan darah adalah sangat tinggi dan tidak terkawal. Tekanan darah tinggi adalah antara penyebab utama komplikasi pada organ penting seperti serangan jantung, angin ahmar dan penyakit buah pinggang kronik

Tekanan darah tinggi boleh didefinisi kan sebagai tekanan darah yang melebihi sistolik 140 mmHg dan/atau diastolik lebih dari 90 mm Hg. Tekanan darik sistolik 120 hingga 130 dan diastolik 80-90 mmHg diklasifikasi kan sebagai pra-hipertensi. Individu yang mempunyai tekanan darah pra-hipertensi kadangkala memerlukan rawatan jika berklasifikasi tinggi. Mereka juga perlu lah mengubah cara hidup dengan lebih agresif kearah gaya hidup sihat. Tekanan darah tinggi sangat berkait rapat dengan kesihatan salur darah dan jantung, lebih tinggi tekanan darah anda, lebih tinggi risiko anda untuk mendapat komplikasi organ dimasa hadapan. Risiko anda juga berlipat kali ganda jika terdapat risiko kesihatan lain seperti kencing manis, obes, merokok dan tinggi kolesterol 

Adalah sangat penting untuk anda melakukan pemeriksaan berkala tekanan darah setiap kali berjumpa doktor atau ketika pemeriksaaan tahunan. Pesakit juga digalakkan untuk memiliki mesin tekanan darah tinggi yang amat mudah digunakan untuk memantau tekanan darah dirumah. Berbincanglah dengan doktor sasaran tekanan darah anda. Sasaran tekanan berbeza mengikut umur, sejarah penyakit kronik dan komplikasi organ pesakit. Sasaran tekanan darah seseorang yang mempunyai tekanan darah tinggi mestilah dibawah 140/90 mmHg atau 150/90 mmHg bagi yang berumur 80 tahun keatas. Sasaran tekanan darah dirumah mesti lah rendah dari di klinik iaitu dibawah 135/85mmHg. Jika tekanan darah anda tinggi daripada bacaan sasaran, ini bermakna tekanan darah anda masih tidak terkawal. Jika bacaan tekanan darah lebih dari 180/90 mmHg beberapa kali, ini dinamakan tekanan darah tinggi tidak terkawal tahap teruk. Jika anda mengalami sakit dada, sukar bernafas, lemah otot muka dan tubuh, mata kabur atau kekeliruan, dapatkan nasihat doktor secepat mungkin.

Terdapat beberapa tip untuk anda memantau tekanan dirumah:

  • Pakai baju yang longgar dan tidak mencerut dilengan. Pastikan lengan anda disokong dan berada sama diparas jantung
  • Elak mengambil bacaan setengah jam selepas makan, merokok, meminum kopi, bersenam atau aktiviti seks kerana ia boleh menyebabkan tekanan darah anda naik sementara
  • Pastikan anda tenang dan selesa. Rehat 5 minit sebelum mengambil bacaan. Kedudukan kaki mestilah tidak bersilang dan jangan bercakap, mengunyah atau bergerak semasa bacaan tekanan darah diambil
  • Ikut arahan penggunaan mesin darah tinggi anda. Dapatkan dua atau tiga bacaan, setiap satu selepas 1-2 minit. Jika bacaan pertama anda tinggi, abaikan dan ambik beberapa bacaan lain. Dapatkan purata bacaan tekanan darah yang diambil dan rekod kan dibuku atau app telefon anda
  • Ambil bacaan hari yang sama setiap hari pada lengan yang sama

Selain memantau bacaan tekanan darah dirumah, amalkan gaya hidup sihat untuk mengawal tekanan darah anda dengan berjaya. Antaranya adalah:

  • Memiliki berat badan/BMI yang ideal.  Bagi orang Asia, BMI yang normal adalah antara 18-24. Jika berat anda berlebihan, anda digalakkan menurunkan berat badan secara sihat dan konsisten. Penurunan berat walaupun 5% boleh memberi kesan besar kepada tahap tekanan darah dan kawalan paras gula dalam darah
  • Mengurangkan pengambilan garam dan makanan segera. Pengambilan garam disarankan kurang dari <100 mmol sodium atau 6g sodium chloride sehari (iaitu bersamaan dengan kurang dari 1 1/4 sudu kecil garam atau 3 sudu kecil MSG)
  • Mengelakkan pengambilan arak berlebihan. Jumlah arak yang dinasihatkan adalah tidak melebihi 21 units (untuk lelaki) dan 14 units (untuk wanita) seminggi. 1 unit bersamaan dengan 1/2 pint beer atau 100ml wine atau 20ml whisky
  • Bersenam secara kerap. Dapatkan 150 minit aktiviti senaman setiap minggu. Ini boleh dilakukan mengikut tahap kecergasan anda. Mulakan dengan aktiviti mudah seperti berjalan, berbasikal, menari dan berenang. Tingkatkan aktiviti pergerakan lain seperti membersihkan rumah atau berkebun
  • Ambil diet seimbang tinggi dengan sayur-sayuran, buah-buahan serta serat bijirin sihat. Kurangkan pengambilan makanan bergoreng dan berlemak, daging merah serta makanan dan minuman manis. Ikut kaedah hidangan pinggan suku suku separuh seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Jika anda merokok, berhenti lah merokok dengan kadar segera. Merokok memberikan banyak kesan buruk terhadap kesihatan diri anda, keluarga dan alam sekitar. Merokok sahaja boleh meningkatkan risiko untuk mendapat sakit jantung, angin ahmar dan juga kanser
  • Kurangkan tekanan dalam kehidupan. Cari masa untuk mendapatkan ketenangan dengan melakukan aktiviti riadah bersama keluarga, fokus pada pernafasan dalaman ('deep breathing'), tidur yang cukup serta elakkan konflik 

Jika anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai tekanan darah, berjumpa lah dengan doktor hari ini untuk berbincang tentang gaya hidup dan ubat-ubatan yang perlu diambil untuk mengawal tekanan darah tinggi anda

Get the Care You Deserve. Make Your Appointment Today

We focus on you. Schedule today to experience healthcare that's tailored to your needs.