Klinik Temasya
BLOG (Versi BM)

Kolesterol tinggi 

By
Updated on:

Masalah kolesterol yang tinggi merupakan masalah lazim yang berlaku di Malaysia. Pada tahun 2015, terdapat 47% populasi orang dewasa diMalaysia mempunyai masalah kolesterol tinggi. Ia kebiasaannya tidak menyebabkan sebarang gejala tetapi ia boleh menyebabkan komplikasi serius seperti serangan jantung dan angin ahmar.

Masalah kolesterol tinggi merupakan risiko utama penyakit jantung. Kolesterol tinggi terbahagi kepada dua iaitu, primer dan sekunder. Masalah kolesterol tinggi primer disebabkan faktor genetik dan keturunan atau lebih kerap disebabkan interaksi genetik dan gaya hidup tidak sihat seperti diet tinggi lemak dan berminyak, merokok serta kurang bersenam. Masalah kolesterol tinggi sekunder disebabkan faktor lain yang menyebabkan kolesterol tinggi seperti penyakit tiroid yang tidak aktif, kehamilan, masalah buah pinggang ('nephrotic syndrome'), 'Cushing's syndrome', pengambilan minuman keras, ubat steroid, masalah hati, kerintangan insulin dan kencing manis.

Masalah kolesterol yang tinggi memerlukan perubahan gaya hidup yang sihat dengan pemakanan seimbang, bersenam kerap, berhenti merokok, mengurangakan pengambilan minuman keras dan memastikan berat badan ideal. Diet yang tinggi fiber, sayur dan buah-buahan, bijirin, kurang garam dan lemak tepu seperti daging merah dan makanan berminyak juga boleh mengurangkan risiko serangan jantung.

Kerap bersenam juga dapat mengurangkan kadar lemak tidak baik dan meningkatkan lemak baik dalam darah. Waktu senaman yang disarankan adalah 150 minit seminggu. Ubat-ubatan seperti statin boleh mengurangkan kadar lemak tidak baik iaitu LDL-C. Antara kesan sampingan ubat ini adalah sakit dan lemah pada otot badan dan peningkatan enzim hati. Ubat lain yang biasa digunakan untuk merawat kolesterol tinggi adalah seperti fenofibrate dan omega 3.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan megenai masalah kolesterol, berbincanglah dengan doktor kami untuk maklumat lanjut.

Get the Care You Deserve. Make Your Appointment Today

We focus on you. Schedule today to experience healthcare that's tailored to your needs.