Klinik Temasya
BLOG (Versi BM)

Atasi Masalah Obesiti Sebelum Terlambat

By
Updated on:

Hampir 1 per 3 rakyat Malaysia mempunyai BMI berisiko tinggi. Badan Kesihatan Sedunia (WHO) dan institusi kesihatan antarabangsa mengenaplasti kegemukan atau obesiti adalah penyakit kronik. Negara kita mengalami kadar kemodenan urbanisasi  pesat yang menyebabkan perubahan gaya hidup dan pemakanan kearah 'kebaratan' dengan banyaknya restoren makanan segera dibuka dimana-mana menyebabkan masalah obesiti semakin meruncing 

Body mass index atau BMI adalah pengiraan mudah untuk mengukur obesiti. Ia didefinisikan sebagai berat individu (dalam kilogram) dibahagi kuasa dua tinggi (dalam meter) iaitu kg/m2

  • Kurang berat badan adalah BMI kurang dari 18.5
  • BMI sihat adalah antara 18.5 hingga 24.9
  • Berat badan berlebihan adalah BMI 25 hingga 29.9
  • Kegemukan gred I adalah BMI 30 sehingga 34.9 (sederhana teruk)
  • Kegemukan gred II adalah BMI 35 sehingga 39.9 (teruk)
  • Kegemukan gred III adalah BMI 40 keatas (sangat teruk)

Kegemukan atau obesiti menyebabkan komplikasi kepada kesihatan. Antaranya adalah: 

  • Penyakit kencing manis
  • Tekanan darah tinggi
  • Masalah jantung tersumbat, serangan jantung, kegagalan jantung 
  • Angin ahmar (strok)
  • Tinggi kolesterol
  • Sindrom metabolik
  • Apnoea tidur
  • Penyakit pundi hempedu (batu karang hempedu), hati berlemak
  • Sakit sendi osteoarthritis (lutut, tulang pinggul)
  • Kadar asid urik berlebihan dan gout
  • Masalah sistem penghadaman seperti dispepsia dan asid refluk
  • Gangguan hormon menyebabkan haid yang tidak teratur, ketidaksuburan menyebabkan sukar untuk hamil dan masalah gangguan seks 
  • Peningkatan risiko kanser (rahim, payudara, hati, usus, prostat dan pundi hempedu)
  • Peningkatan risiko komplikasi kehamilan

Penurunan berat badan secara sihat dapat meningkatkan tahap kesihatan individu. Antara kebaikan menurunkan berat badan yang berlebihan adalah:

  • Mengurangkan kadar gula berlebihan sekaligus mengurangkan risiko pra-diabetes/kencing manis
  • Membaiki kawalan tekanan darah 
  • Membaiki profil lemak tubuh 
  • Megurangkan risiko serangan jantung dan komplikasi saluran darah 
  • Mengurangkan keterukan masakan tidur apnea
  • Lebih cergas dalam aktiviti harian serta peningkatan kualiti hidup

Terdapat beberapa cara mengatasi masalah obesiti antaranya adalah:

1. Berjumpa dengan doktor dan lakukan ujian kesihatan menyeluruh. Terdapat beberapa sebab perubatan yang boleh menyebabkan obesiti seperti gangguan hormon, kesan sampingan ubat dan penyakit genetik. Doktor yang merawat akan mendapatkan sejarah kesihatan anda, melakukan pemeriksaan fizikal serta menjalankan ujian darah mengenalpasti penyakit berkaitan dengan obesiti seperti kencing manis, darah tinggi, kolesterol, hati berlemak dan ujian hormon jika perlu

2. Mengamalkan konsep pinggan sihat 'suku- suku separuh' seperti yang disarankan oleh KKM. Apa yang perlu anda lakukan adalah membahagi pinggan kepada beberapa bahagian iaitu:

  • ¼ bahagian pinggan adalah sumber karbohidrat yang sihat seperti bijirin penuh, nasi, roti bijirin, ubi keledek atau ubi kentang 
  • ¼ bahagian pinggan adalah sumber protein seperti ikan, ayam, daging, telur atau kekacang (untuk vegetarian)
  • ½ bahagian pinggan diisi dengan sayur dan buah-buahan

3. Elakkan makanan dan minuman manis serta pengambilan garam dan kuah yang berlebihan. Pilih makanan yang dimasak dengan minyak yang sedikit atau masak dengan cara mengukus. Elakkan makanan segera 

4. Elakkan 'diet' yang menjanjikan penurunan berat badan yang cepat tanpa perlu mengubah gaya hidup sihat. Elakkan mengambil makanan tambahan tanpa nasihat daripada doktor anda kerana ia mungkin mengandungi ubat peransang seperti sibutramine, diuretik serta kandungan caffeine yang tinggi. Elakkan diet yang terlalu rendah kalori dan menyekat banyak kumpulan makanan penting kerana ia boleh menyebabkan badan kekurangan vitamin dan mineral penting serta gangguan hormon dan berat badan bertambah dengan cepat apabila diet dihentikan

4. Senaman amat penting untuk menurunkan serta mengekalkan berat badan ideal. Ia boleh mengurangkan berat badan dengan mengubah keseimbangan tenaga tubuh. Ia boleh mengubah komposisi badan, mengurangkan risiko penyakit kronik serta meningkatkan kualiti hidup. Semua senaman perlu dimulakan secare perlahan- perlahan mengikut tahap fizikal individu. Sasarkan sesi senaman 30-40 minit 3 hingga 4 kali seminggu. Cuba dapatkan 150 minit aktiviti fizikal dalam seminggu 

5. Sentiasa kekal aktif dan bergerak. Contohnya menggunakan tangga. Tingkatkan gerakan harian tubuh dengan melakukan aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh seperti mencuci rumah atau berkebun

6. Mendapatkan tidur lena yang cukup setiap malam. Individu yang tidak cukup tidur akan mudah lapar dan makan lebih banyak diwaktu siang

7. Mengurangkan tekanan dalam kehidupan harian dengan menangani emosi dan kesihatan mental secara bijak. Praktis seperti senaman pernafasan dalam serta teknik relaksasi boleh membantu anda untuk lebih tenang dan fokus. Ramai individu mungkin tidak sedar mereka menggunakan makanan untuk mengatasi masalah emosi samaada rasa gembira, sedih, boring, tertekan atau kesunyian yang menyebabkan mereka makan lebih banyak walaupun tidak lapar

Inginkan lakukan pemeriksaan masalah obesiti? Hubungi Klinik Temasya untuk maklumat lanjut 

Get the Care You Deserve. Make Your Appointment Today

We focus on you. Schedule today to experience healthcare that's tailored to your needs.