Demam denggi
Demam denggi tersebar kepada manusia melalui gigitan vektor nyamuk betina Aedes (Aedes aegypti or Aedes albopictus) yang biasanya aktif pada waktu subuh dan senja terutamanya dikawasan bandar. Wabak denggi biasa merebak terutamanya pada waktu akhir monsun (Oktober hingga Februari ditimur Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak dan Julai hingga Ogos dibarat Semenanjung Malaysia). Nyamuk Aedes kerap membiak dikawasan air bertakung seperti lopak air, tangki air, bekas air dan tayar lama. Nyamuk membiak dengan cepat apabila kebersihatan persekitaran tidak dijaga rapi seperti pembuangan sampah merata menyebabkan nyamuk terus membiak.
Waktu inkubasi demam denggi adalah antara 4 hingga 7 hari. Gejala demam denggi berbeza mengikut individu daripada demam ringan hingga ke gejala serius melibatkan kegagalan organ dan denggi berdarah. Demam denggi adalah penyakit dinamik iaitu manifestati penyakit berubah mengikut masa sewaktu jangkitan merebak. Selepas waktu inkubasi, gejala demam denggi berlaku secara mengejut dan diikuti dengan 3 fasa berbeza iaitu; demam, tempoh kritikal dan pemulihan.
Semasa fasa demam, pesakit akan mengalami demam tinggi secara berlanjutan sehingga 2 hingga 7 hari disertai dengan ruam merah pada muka dan badan, sakit sendi, sakit otot, sakit kepala, sakit dibelakang bebola mata dan kadangkala gejala lain seperti sakit tekak, mata merah, kurang selera makan, loya, muntah dan pelbagai saiz lebam pada kulit (petechiae/ecchymosis/purpura), hidung berdarah, gusi berdarah, darah dalam air kencing dan pendarahan dari vagina.
Tanda amaran demam denggi yang berlanjutan ke tahap serius biasa nya berlaku diperingkat akhir fasa demam dimana suhu badan menurun dan demam hilang kebiasaannya berlaku antara hari ke -3 hingga hari ke-5 penyakit denggi. Terdapat peningkatan kebolehtelapan salur darah kapilari. Pesakit mungkin akan berasa lebih sihat jika tiada atau terdapat kehilangan plasma yang minimum. Tetapi jika terdapat kehilangan isipadu plasma darah yang kritikal, gejala pesakit akan menjadi bertambah teruk. Antaranya adalah muntah berpanjangan, sakit perut yang teruk, lesu, kegelisahan, sukar bernafas, kepala pusing apabila berdiri dan hati membengkak. Pesakit memerlukan rawatan rapi segera seperti resusitasi cecair untuk mengelakkan pesakit dari mengalami sindrom kejutan denggi (dengue shock syndrome) dan kematian.
Jika pesakit pulih selepas 2-4 hari hilangnya demam, selera dan status haemodinamik darah akan terus pulih. Pesakit akan mengalami ruam merah kecil dikulit dan kerap kencing.
Denggi adalah kebimbangan kesihatan awam diMalaysia dan adalah penting untuk mengamalkan langkah pencegahan bagi memastikan kesihatan komuniti terjamin. Antaranya adalah dengan mengawal populasi nyamuk. Ini boleh dilakukan dengan mengelakkan takungan air disekitar kawasan perumahan seperti didalam bekas plastik, tayar lama dan pasu bunga. Antara langkah lain adalah dengan memastikan tingkap ditutup diwaktu subuh dan senja atau memasang jaring pada tingkap. Elakkan keluar malam atau gunakan baju atau seluar panjang dan semburan penghalang nyamuk sebelum keluar rumah.
Jika anda mempunyai gejala demam denggi atau pertanyaan lanjut tentang demam denggi, boleh lah berbincang dengan doktor kami untuk maklumat lanjut.