Klinik Temasya
BLOG (Versi BM)

Fakta tentang zakar

By
Updated on:

Ini adalah senarai fakta penting tentang kesihatan zakar yang mungkin tidak anda ketahui lagi.

1. Saiz zakar anda sebenarnya lebih panjang daripada yang disangka

Saiz zakar anda sebenarnya lebih panjang kerana separuh daripada bahagian zakar 'tertanam' didalam bahagian pelvis dan melekat pada tulang pinggul anda. 

Saiz zakar berbeza dari segi panjang dan saiz lilitan dalam keadaan lembik atau keras. Dibandingkan binatang primate lain yang lebih besar seperti gorila, saiz zakar manusia adalah yang paling tebal dari segi syarat multlak dan relatif saiz badan. Purata panjang zakar adalah 13.12 cm (5.17 inci) sementara purata saiz lilitan zakar semasa keras  adalah 11.66 cm (4.59 inci). Saiz zakar yang lembik bukan lah ukuran tepat untuk menjangkakan ukuran panjang zakar semasa ia mengeras.

Pertumbuhan zakar berlaku semasa kecil sehingga usia 5 tahun dan 1 tahun selepas akil baligh dan terakhirnya pada usia 17 tahun.

2. Anda boleh mengalami patah zakar 

Ya, ini boleh berlaku walaupun tidak ada satu pun tulang dalam organ zakar. Ini biasanya berlaku semasa aktiviti seks yang lasak atau posisi seks tertentu (pasangan diatas), bagaimana pun terdapat kes zakar patah yang disebabkan jatuh dari katil sewaktu zakar keras semasa tidur.

Patah zakar disebabkan pecah pada lapisan fiber yang meyelaputi 'corpora cavernosa' iaitu struktur berspan yang mengandungi darah semasa zakar mengeras. Ia menyebabkan bunyi 'pop' atau retak apabila ianya berlaku serta pendarahan yang banyak, lebam, bengkak dan sakit dibahagian struktur yang terlibat.  Fungsi zakar yang sepenuhnya boleh dikembalikan jika rawatan awal diberikan.

3. Zakar anda boleh menjadi 'grow-er' atau 'show-er' bila ia tegang

'Grow-er' adalah zakar yang membesar dan saiz nya memanjang apabila ia tegang sepenuhnya. "Show-er" pula  adalah saiz zakar yang besar semasa lembik tetapi saiznya tidak bertambah dengan banyak apabila mengeras. Lelaki yang mempunyai zakar 'grow-er' boleh mencapai saiz sehingga dua kali ganda semasa zakar mengeras.

4. Beri perhatian pada 'morning wood' anda

'Morning wood' atau 'nocturnal penile tumescence (NPT)' adalah keadaan dimana zakar mengeras diwaktu pagi dan ia bukan disebabkan ransangan seksual atau mimpi basah. Kebanyakan lelaki boleh mengelami 3 hingga 5 kali episod zakar mengeras setiap malam terutamanya pada fasa tidur REM. Ini adalah petunjuk kesihatan organ reproduktif lelaki yang normal.

Jika anda tidak mendapat 'morning wood' atau episod 'morning wood' yang berkurangan secara tiba-tiba, ini mungkin petunjuk pelbagai masalah kesihatan seperti mati pucuk dan kekurangan hormon testosterone.

5. Organ zakar boleh mengecut

Zakar dan  juga testis boleh mengecut. Kadangkala ia nya kekal dan kadangkala ia nya hanya sementara yang disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan dan gaya hidup.

Pertambahan usia, gaya hidup tidak sihat seperti merokok, kurang bersenam, berat badan yang berlebihan, mempunyai pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan kolesterol, mati pucuk dan penyakit Peyronie boleh mengganggu aliran darah yang lancar ke bahagian zakar sehingga menyebabkan saiz nya mengecut.

Jika anda mempunyai sebarang soalan berkaitan kesihatan lelaki, datang lah ke klinik kami untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Get the Care You Deserve. Make Your Appointment Today

We focus on you. Schedule today to experience healthcare that's tailored to your needs.