Klinik Temasya
BLOG (Versi BM)

Gangguan kurang hormon tiroid

By
Updated on:

Gangguan kurang hormon tiroid adalah keadaan yang disebabkan kelenjar tiroid tidak aktif menyebabkan kurang penghasilan hormon tiroid yang dipanggil thyroxine. Rujuk pada artikel 'Gangguan hormon tiroid berlebihan' mengenai kelenjar tiroid dan fungsi penting kesihatan tubuh

Gejala gangguan kurang hormon tiroid mungkin berbeza bergantung pada tahap kekurangan hormon tiroid dalam badan dan menjadi lebih teruk secara perlahan dan mungkin mengambil masa bertahun lamanya kerana simptom yang kurang jelas. Antara tanda dan gejala gangguan kurang hormon tiroid adalah:

  • Berat badan meningkat walaupun kurang selera makan atau porsi makanan sedikit menyebabkan berat badan sukar turun 
  • Mudah penat, lemah dan lesu 
  • Tidak menyukai cuaca atau keadaan sejuk, jari tangan dan kaki mudah sejuk
  • Muka sembab dan bengkak 
  • Rambut gugur, 1/3 hujung alis kening gugur 
  • Bengkak kelenjar tiroid (goitre)
  • Suara garau dan dalam 
  • Sembelit 
  • Kulit kering dan kasar
  • Gangguan kitaran haid - aliran haid menjadi berat, tidak kerap dan masalah kesuburan
  • Sakit sendi
  • Mudah lupa, sukar untuk fokus
  • Kerapuhan tulang, risko tulang patah
  • Gangguan mental seperti kemurungan, cepat marah
  • Nadi jantung berdenyut perlahan 
  • Kebas dan sesemut pada tangan disebabkan  keadaan dipanggil Carpal Tunnel Syndrome
  • Tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi
  • Bengkak pada kaki

Sebab lazim gangguan kurang hormon tiroid adalah penyakit yang dinamakan Hashimoto thyroiditis iaitu penyakit autoimun dimana terdapat radang kronik pada kelenjar tiroid menyebabkan penghasilan hormon tiroid berkurang dan kelenjar hormon menjadi tidak aktif. Ia lebih kerap berlaku pada golongan wanita pertengahan usia antara usia 40 ke 60 tahun tetapi ia juga berlaku pada semua peringkat umur, golongan lelaki dan kanak-kanak

Antara sebab lain gangguan kurang hormon tiroid adalah 'thyroiditis' dimana terdapat radang akut pada kelenjar tiroid disebabkan faktor seperi kelahiran bayi, virus (dipanggil subacute thyroiditis menyebabkan kelenjar tiroid bengkak dan sangat sakit) serta ubat- ubatan (seperti terlebih dos ubat merawan gangguan hormon tiroid berlebihan). Gangguan hormon tiroid juga boleh berlaku disebabkan faktor genetik (congenital hypothyroidsm), pembedahan pembuangan kelenjar tiroid atau radioactive iodine (bagi merawat gangguan hormon tiroid berlebihan), kurang mineral iodine dan sejarah rawatan kanser pada bahagian tengkuk

Pengesahan gangguan hormon tiroid boleh dilakukan melalui ujian darah yang dipanggil thyroid function test (TFT) bagi memeriksa fungsi dan tahap hormon tiroid dalam badan. Doktor anda juga mungkin akan melakukan ujian atibodi dan imbasan pada kelenjar tiroid

Rawatan adalah dengan menggantikan hormon tiroid dengan hormon sintetik dimanakan Levothyroxine. Ini dapat menaikkan kembali tahap hormon tiroid dan fungsi badan yang normal

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai hormon tiroid dan inginkan melakukan ujian saringan ketidakseimbangan hormon, datanglah ke klinik kami untuk maklumat lanjut

Get the Care You Deserve. Make Your Appointment Today

We focus on you. Schedule today to experience healthcare that's tailored to your needs.