Klinik Temasya
BLOG (Versi BM)

Hati berlemak

By
Updated on:

Hati berlemak atau fatty liver adalah keadaan dimana kandungan lemak pada organ hati terlalu tinggi. Terdapat sel lemak dalam hati tetapi apabila kandungan lemak terlalu tinggi, fungsi hati akan mula terjejas

Terdapat dua jenis penyakit hati berlemak, yang pertama adalah hati berlemak mudah dimana terdapat lemak pada organ hati tetapi tiada radang atau kerosakan pada hati. Kedua adalah hati berlemak bukan disebabkan pengambilan minuman keras (NASH) ialah keadaan dimana terdapat lemak berlebihan pada organ hati menyebabkan keradangan serta parut (cirrhosis) menyebabkan kegagalan hati.

Hati berlemak dikaitkan dengan sindrom metabolik (obes, kerintangan insulin dan kencing manis, tinggi kolesterol dan tekanan darah tinggi), pengambilan minuman keras, kesan ubat seperti steroid, kehamilan dan jangkitan pada hati

Kebiasaannya hati berlemak tidak menyebabkan sebarang gejala. Ia mungkin diketahui secara tidak sengaja melalui pemeriksaan fizikal (saiz hati besar dari normal), ujian darah fungsi hati atau imbasan organ perut. Kadangkala terdapat simptom seperti mudah letih, hilang selera makan dan sakit pada bahagia kanan perut

Pengesahan hati berlemak dapat dilakukan melalui pemeriksaan fizikal, ujian darah dan imbasan organ hati. Imbasan khusus hati dipanggil fibroscan dapat mengenalpasti peratusan bahagian hati berparut terutamanya apabila ujian darah hati tidak normal. Kadangkala ujian biopsi akan dilakukan.

Rawatan hati berlemak adalah dengan mengelakkan pengambilan minuman keras dan ubat-ubatan toksik pada hati seperti steroid, amiodarone, sesetengah antibiotik, pengambilan ubat paracetamol berlebihan atau ubat tradisional atau tidak berdaftar. Selain itu perubahan gaya hidup sihat yang agresif seperti mengurangkan berat badan, mengawal penyakit kronik seperti kencing manis dan kolesterol ketahap optimal, mengurangkan pengambilan makanan tinggi karbohidrat seperti nasi, mee dan pasta, makanan dan minuman manis dan makanan tinggi lemak dan bergoreng.

Jika anda ingin mempunyai sebarang pertanyaan mengenai kesihatan hati dan hati berlemak, datanglah ke klinik kami untuk maklumat lanjut

Get the Care You Deserve. Make Your Appointment Today

We focus on you. Schedule today to experience healthcare that's tailored to your needs.