Klinik Temasya
BLOG (Versi BM)

Kaedah perancang keluarga V: Implanon

By
Updated on:

Implanon adalah kaedah perancang keluarga jangka masa lama yang dimasukkan dibawah kulit dan mudah diterbalikkan untuk mencegah kehamilan dengan menghalang ovulasi. Implanon mengandungi hormon sintetik progesterone dalam bentuk plastik rod bersaiz 4 cm yang dimasukkan dibawah kulit lengan selama 3 tahun. Setiap implan mengandungi 68 mg Etonogestrel. 

Implanon mempunyai kadar keberkesanan setinggi 99% untuk mengelakkan kehamilan. Ia mempunyai faedah dan kontrainidikasi yang sama seperti kaedah perancang keluarga  lain yang mengandungi hormon progesterone sahaja seperti suntikan Depo-provera dan alat IUD Mirena. Ia dimasukkan dalam masa 5 hari haid tanpa memerlukan perancang kehamilan lain sebagai perlindungan. Jika ia dimasukkan pada waktu lain (selepas ujian pengesahan kehamilan dilakukan), kaedah perancang keluarga lain seperti kondom diperlukan 7 hari selepas Implanon dimasukkan.

Implanon mempunyai faedah lain seperti mengurangkan aliran haid yang berat dan sakit semasa haid. Ia tidak meningkatkan risiko pembentukan darah beku, angin ahmar dan penyakit jantung. Ia juga terbukti memberi kesan pada ketumpatan tulang menyebabkan kerapuhan.

Antara kesan sampingan Implanon adalah perubahan pada kitaran haid kebiasannya pada 3 bulan pertama. Sesetengah wanita mengalami pendarahan tidak teratur, tidak datang bulan langsung atau pendarahan haid yang lama serta kerap. Kesan sampingan lain adalah sakit kepala, loya, jerawat, sakit pada payudara dan penambahan berat badan. Selepas Implanon dimasukkan, terdapat sedikit kesakitan atau bengkak pada bahagian lengan. Terdapat juga risiko kecederaan pada saraf dan salur darah jika Implanon dimasukkan terlalu dalam, jangkitan kuman serta parut dimana Implan dimasukkan. Implan perlu ditukar tidak lebih dari 3 tahun selepas dimasukkan. 

Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai Implanon atau kaedah perancang keluarga yang lain, datanglah berbincang dengan doktor kami untuk maklumat lanjut.

Get the Care You Deserve. Make Your Appointment Today

We focus on you. Schedule today to experience healthcare that's tailored to your needs.