Klinik Temasya
BLOG (Versi BM)

Kaedah perancang keluarga IV: Suntikan Depo-provera

By
Updated on:

Depo-provera adalah suntikan perancangan kehamilan mengandungi hormon sintetik medroxy progesterone acetate bertindak menghalang ovulasi, menipiskan lapisan peranakan serta memekatkan cairan cerviks. Setiap ml vial mengandungi 150mg medroxy progesterone acetate dan disuntik pada bahagian otot seperti dilengan atau bahagian atas punggung.

Ia mempunyai kadar keberkesana 94% untuk mengelakkan kehamilan dan mungkin boleh diteruskan sehingga usia 50 tahun jika tiada kontraidikasi seperti pendarahan dari vagina yang tidak normal, kanser payudara, penyakit hati serta risiko kerapuhan tulang. Ia nya diberikan setiap 3 bulan

Suntikan Depo-provera kebiasaannya diberikan dalam 7 hari selepas haid. Doktor anda mungkin akan memerika ujian kehamilan sebelum memberi suntikan.

Antara kesan sampingan Depo-provera adalah sakit kepala, loya, sakit pada payudara, tompok pendarahan vagina atau kitaran haid yang tidak teratus. Ia juga boleh menyebabkan anda tidak mempunyai haid selepas 1 tahun penggunaan. Terdapat kaitan kecil penambahan berat badan selepas 6 bulan penggunaan disebabkan berat air. Ia juga boleh memberi kesan pada ketumpatan tulang menyebabkan kerapuhan. Selepas penggunaan diberhentikan, mungkin terdapat kelewatan kembalinya kesuburan sehingga 1 tahun.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai suntikan Depo-provera atau perancang keluarga yang lain, datang lah berbincang dengan doktor kami untuk maklumat lanjut.

Get the Care You Deserve. Make Your Appointment Today

We focus on you. Schedule today to experience healthcare that's tailored to your needs.