Klinik Temasya
BLOG (Versi BM)

Kaedah perancang keluarga II: IUD

By
Updated on:

Ini adalah antara fakta penting yang perlu anda ketahui mengenai alatan IUD. 

Apakah itu alatan IUD?

  • Intrauterine device atau IUD adalah peranti kecil yang fleksibel berbentuk huruf T yang dimasukkan kedalam rahim untuk mengelakkan kehamilan. Ia nya adalah salah satu kaedah kontraseptif jangka panjang yang boleh diterbalikkan diMalaysia.

Apakah jenis IUD yang ada dan bagaimana kah ia berfungsi?

  • Terdapat dua jenis IUD iaitu IUD yang tidak mengandungi hormon yang diperbuat daripada tembaga (copper) dan IUD yang mengandungi hormon progesterone (Levenorgesterol) seperti Mirena
  • Copper IUD mengelakkan kehamilan dengan menghalang pergerakan sperma supaya tidak berlaku persenyawaan. Kandungan copper juga mempunyai kesan toksik pada sel sperma
  • IUD yang mengandungi hormon seperti Mirena bertindak dengan memekatkan lendir serviks pada bukaan rahim bagi menghalang sperma dari masuk kedalam rahim dan menipiskan dinding rahim

Berapa lama kah IUD boleh digunakan dan kadar keberkesanannya?

  • IUD boleh bertahan selama 5 tahun setelah dimasukkan dan mempunyai keberkesanan lebih dari 99% untuk mengelakkan kehamilan

Adakah saya sesuai untuk menggunakan IUD?

  • IUD sesuai digunakan untuk wanita yang telah bersalin atau pun yang tidak pernah mengandung. Ia boleh dikeluarkan bila-bila masa sahaja jika anda ingin mengandung. Ia adalah kaedah mudah yang boleh dipercayai tanpa perlu beringat setiap hari. IUD adalah sesuai untuk wanita yang sedang menyusukan bayi
  • IUD bukan lah pilihan sesuai bagi wanita yang mempunyai sejarah jangkitan pelvis atau sejarah jangkitan penyakit kelamin 3 bulan yang lepas, kanser pada rahim atau serviks, masalah struktur dalaman uterus seperti ketulan fibroid atau polyp yang besar, pendarahan vagina yang tidak pernah disiasat, alergik pada copper dan sejarah penyakit Wilson's

Apakah faedah sampingan penggunaan IUD?

  • IUD yang mengandungi hormon seperti Mirena memberikan perlindungan terhadap kanser rahim dan kanser serviks. Ia juga dapat mengurangkan kesakitan semasa haid atau disebabkan endometriosis dan adenomyosis serta dapat mengurangkan keberatan darah haid yang keluar
  • IUD juga boleh digunakan sebagai kaedah perancangan kecemasan dalam jangka masa 5 hari selepas berlaku nya hubungan seks tanpa perlindungan pada bila-bila waktu kitaran haid atau sehingga 5 hari selepas waktu jangkaan ovulasi dalam kitaran haid yang teratur

Apakah ada ujian lain yang  perlu lakukan sebelum IUD dimasukkan?

  • Doktor anda mungkin melakukan beberapa ujian seperti ujian kehamilan, ujian darah penuh (full blood count), ultrasound pelvis serta saringan jangkitan penyakit kelamin bergantung kepada sejarah haid dan risiko penyakit kelamin anda

Bila kah waktu yang sesuai untuk IUD dimasukkan dan apakah yang dapat dijangkakan semasa procedur ini?

  • IUD boleh dimasukkan pada bila-bila masa dalam kitaran haid jika telah dipastikan anda tidak mengandung. Bagaimanapun disyorkan supaya IUD dimasukkan semasa datang haid kerana bukaan serviks sedikit terbuka bagi memudahkan proses memasukkan IUD kedalam rahim
  • Doktor anda akan menggunakan alatan yang dinamakan spekulum untuk membuka liang vagina. Sejenis alat pengukur dimasukkan kedalam rahim bagi menentukan saiz panjang rahim dan samaada terdapat halangan struktur dalaman rahim
  • Doktor anda akan menggunakan sejenis alatan pengepit untuk memegang serviks serta menstabilkannya semasa IUD dimasukkan. Apabila IUD telah dimasukkan, tali dihujung nya akan dipotong. Risiko berlaku nya kebocoran pada rahim adalah jarang tetapi sangat serius boleh berlaku 
  • Anda juga mungkin mengalami sakit perut atau sedikit pendarahan selepas prosedur. Beberapa minggu selepasnya, doktor anda akan melakukan imbasan bagi memastikan kedudukan IUD yang betul
  • Terdapat risiko IUD terkeluar dan ia nya mungkin berlaku pada tahun pertama terutamanya pada 3 bulan yang pertama
  • Terdapat sedikit risiko jangkitan pelvis terutamanya selepas 20 hari. Perhatikan gejala jangkitan seperti sakit bawah perut, keputihan berbau, demam dan pendarahan yang tidak normal. Jika ada, dapatkan rawatan segera

Apakah kesan sampingan IUD?

  • Selepas IUD mengandungi hormon dimasukkan, anda mungkin mendapat tompok darah antara kitaran haid atau kitaran haid yang tidak teratur yang biasanya baik selepas 3 bulan pertama. Selepas itu aliran haid akan menjadi ringan atau berhenti sepenuhnya
  • Dengan copper IUD, anda mungkin mengalami pendarahan yang lebih banyak serta sakit semasa datang haid. Jika ini berterusan, copper IUD mungkin tidak sesuai buat anda. 

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai IUD atau perancangan keluarga yang lain, datang lah berjumpa doktor kami untuk maklumat lanjut.

Get the Care You Deserve. Make Your Appointment Today

We focus on you. Schedule today to experience healthcare that's tailored to your needs.