Klinik Temasya
BLOG (Versi BM)

Kaedah perancang keluarga I: kaedah semulajadi dan penghalang kehamilan

By
Updated on:

Perancangan keluarga semulajadi adalah beberapa kaedah untuk mengelakkan kehamilan dengan mengenalpasti waktu subur dalam kitaran haid serta berpantang atau mengelak dari melakukan hubungan seks tanpa perlindungan pada waktu wanita itu subur. Kadar keberkesanan kaedah ini adalah lebih kurang 75% disebabkan kesalahan pada teknik yang digunakan.

Kaedah perancangan semulajadi dilakukan dengan mengenalpasti tanda-tanda fizikal yang menandakan kesuburan. Terdapat tiga kaedah berbeza yang boleh digabungkan untuk mengesahkan waktu subur seseorang wanita iaitu dengan kaedah pengiraan kalendar, memeriksa suhu badan asas atau kepekatan lendir yang dihasilkan oleh serviks. 

Antara faedah kaedah ini adalah tidak mempunyai kesan sampingan, lebih murah tetapi tidak memberi perlindungan jangkitan penyakit kelamin. Pada waktu subur, pasangan mestilah mengelak dari melakukan hubungan seks dan ini mungkin sukar untuk dilakukan. Wanita yang mempraktiskan kaedah perancangan semulajadi mestilah membuat catatan rekod harian tahap kesuburan mereka dan ini memerlukan waktu dan komitmen yang tinggi. Kaedah ini tidak sesuai untuk wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak teratur. 

Kaedah menarik keluar zakar semasa penetrasi atau 'coitus interruptus' memerlukan kawalan dari pihak pasangan lelaki. Keberkesan teknik ini adalah 78% dan ia bergantung kepada kemampuan pasangan lelaki untuk menarik zakar keluar sebelum terpancut. Pasangan lelaki mestilah melakukan ejakulasi diluar kawasan kemaluan pasangan wanita bagi mengelakkan sperma dari masuk kedalam organ reproduktif. 

Kaedah perancang keluarga 'lactational amenorrhea method (LAM)' adalah disebabkan faktor penyusuan dimana hormon yang terhasil menyebabkan ketidaksuburan. Untuk menggunakan teknik ini, anda mestilah tidak datang haid semenjak bersalin, menyusukan bayi sepenuhnya atau hampir sepenuhnya dan dalam waktu 6 bulan selepas bersalin. Jika beberapa faktor ini berubah, anda mesti lah menggunakan kaedah kontraseptif lain bagi mengelakkan kehamilan berlaku.

Kaedah penghalang kehamilan adalah dengan menggunakan alat untuk menghalang sperma dari menghampiri telor seterusnya menghalang persenyawaan dan mengelakkan kehamilan berlaku. Contoh nya adalah kondom lelaki, kondom wanita, diaphragm atau topi serviks yang biasa digunakan dengan spermicide (sebatian kimia yang membunuh sperma) bagi meningkatkan keberkesanan alat penghalang kehamilan yang digunakan.

Kondom lelaki adalah tiub nipis yang diperbuat daripada lateks. Ia mempunyai kadar keberkesanan setinggi 88% jika digunakan dengan betul. Ia nya perlu dipasang pada zakar sebelum melakukan seks. Guna kan kondom dengan cecair pelincir bersifat air seperti KY jelly atau spermicide. Elakkan penggunaan cecair pelincir mengandungi minyak seperti minyak Johson's bayi yang boleh menyebabkan kerosakan pada kondom. Kondom boleh mengurangkan sensitiviti zakar dan menyebabkan ramai lelaki tidak gemar memakainya. Kondom juga boleh tercabut atau koyak menyebabkan air mani yang mengandungi sperma masuk kedalam rahim. Kondom tidak sesuai digunakan bagi mereka yang mempunyai reaksi alergik pada lateks.

Kondom wanita pula adalah kantung lembut longgar dengan gegelang pada kedua-dua hujung bukaan. Bukaan gegelang yang tertutup dimuatkan kebahagian dalam vagina bagi menahan sperma dari masuk. Keberkesanan kaedah ini adalah 80% dan mampu memberi perlindungan jangkitan penyakit kelamin. Ia nya mempunyai kurang risiko untuk koyak atau rosak berbanding kondom lelaki. Bagaimana pun ia mungkin ternampak jelas terutama nya sewaktu aktiviti foreplay, menghasilkan bunyi semasa penetrasi serta terdapat risiko untuk pasangan lelaki tersilap memasuki zakar diruang antara kondom dan dinding vagina. Bahan lateks dan spermicide juga boleh menyebabkan kerengsaan kulit pada kawasan kemaluan.

Diaphragm atau topi serviks adalah cawan nipis dan lembut yang diperbuat dari silikon dan dimasukkan kedalam vagina sebelum melakukan hubungan seks. Ia menutupi serviks serta menghalang sperma daripada memasuki rahim. Ia biasanya digunakan dengan spermicide dan mempunyai kadar keberkesanan setinggi 80% jika digunakan dengan betul. Bagaimana pun ia tidak memberi perlindungan terhadap jangkitan penyakit kelamin. Ia perlu ditinggalkan paling kurang 6 jam selepas aktiviti seks.

Jika anda atau pasangan mempunyai sebarang pertanyaan boleh lah berjumpa dengan doktor kami untuk maklumat lanjut.

Get the Care You Deserve. Make Your Appointment Today

We focus on you. Schedule today to experience healthcare that's tailored to your needs.