Kesihatan payudara
Payudara wanita mempunyai pelbagai saiz dan bentuk dan ia berubah mengikut kitaran hormon dari fasa keremajaan hingga lah putus nya haid (menopause). Ia berubah mengikut beberapa faktor seperti perubahan berat badan, kehamilan, penyusuan dan perubahan hormon seperti kitaran haid. Kanser payudara adalah kanser kedua tertinggi di Malaysia bagi golongan wanita menjadikan ujian saringan awal kanser payudara sangat penting. Bagaimanapun, tahap kesedaran mengenai kepentingan pemeriksaan sendiri payudara (PSP) masih rendah dalam masyarakat Malaysia
Risiko kanser payudara meningkat mengikut pertambahan usia tetapi ia masih boleh berlaku pada usia muda. Kanser payudara boleh berlaku pada lelaki dan wanita tetapi ia lebih kerap terjadi kepada wanita. Insiden kanser payudara meningkat dari usia 25 tahun dan risiko tertinggi adalah diumur 60 hingga 64 tahun. Walaupun kelaziman kes kanser payudara di Malaysia rendah berbanding negara lain seperti Amerika dan Australia tetapi kadar kelansungan hidup lebih rendah di Malaysia kerana banyak kes kanser payudara yang dikesan sudah ditahap akhir dimana kanser sel telah pun merebak
Apakah risiko kanser payudara yang perlu anda ketahui? Antaranya adalah:
- Jantina wanita
- Pertambahan usia
- Sejarah keturunan kanser payudara dalam keluarga. Mutasi genentik yang lazim diwarisi adalah BRCA1 dan BRCA2. Selain menyebabkan kanser payudara, ia juga boleh menyebabkan kanser lain seperti kanser ovari
- Wanita yang tidak pernah hamil atau hamil anak pertama selepas usia 35 tahun ke atas lebih berisiko tinggi
- Datang haid pada usia muda (≤12 years old) dan putus haid lewat (≥50 years)
- Penyusuan bayi boleh mengurangkan risiko kanser payudara
- Penggunaan pil hormon seperti ubat perancangan kehamilan dan terapi penggantian hormon
- Pengambilan minuman keras secara berlebihan
- Merokokok
- Kegemukan (BMI >25) dan pengambilan pemakanan berlemak tinggi
- Gaya hidup tidak aktif dan kurang bersenam
Kanser payudara bermula dengan pembentukan ketulan atau ketebalan kulit yang terasa berbeza berbanding kulit disekitarnya, perubahan saiz payudara dan perubahan pada kulit payudara seperti lekuk, puting payudara bertukar posisi (kebawah) dan cecair atau darah keluar dari puting payudara disertai dengan kemerahan, pengelupasan kulit, sakit dan bengkak dipayudara atau kawasan ketiak.
Kanser payudara boleh dikesan dengan beberapa ujian seperti imbasan (ultraound) dan mammogram. Wanita dewasa pada semua peringkat usia digalakkan untuk melakukan pemeriksaan sendiri payudara sebulan sekali. Sebanyak 40% kes kanser payudara dikesan melalui pemeriksaan sendiri payudara dirumah.
Bagaimanakah cara untuk melakukan pemeriksaan sendiri payudara di rumah? Mulakan dengan penilaian visual payudara. Ini boleh dilakukan dalam posisi duduk atau berdiri tanpa bra atau pakaian dihadapan cermin dengan kedua-dua belah tangan diletakkan disisi. Periksa perubahan pada saiz, bentuk dan simetri kedua-dua payudara serta pengecutan, lekuk dan perubahan pada bentuk dan arah puting payudara
Kemudian periksa payudara anda perlahan-lahan. Ini boleh dilakukan semasa baring atau ketika mandi. Gunakan bahagian rata jari (bukan hujung jari) dan tekan perlahan payudara bermula dari bawah tulang selangka dan kemudiannya keseluruhan payudara mengikut putaran jam (bayangkan payudara anda seperti jam) dan akhirnya puting dan bahagian ketiak. Lakukan pemeriksaan sendiri payudara beberapa hari selepas datang haid kerana payudara mungkin bengkak atau sakit sementara ketika haid. Jika terdapat sebarang perubahan tidak normal, berjumpa lah dengan doktor anda untuk pemeriksaan lanjut.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai kesihatan payudara atau kesihatan wanita, berbincang lah dengan doktor kami untuk maklumat lanjut