Klinik Temasya
BLOG (Versi BM)

Ketuat Kelamin: Kaedah Rawatan Dan Pencegahan

By
Updated on:

Ketuat kelamin merupakan adalah salah satu penyakit kelamin yang sangat merunsingkan. Ia disebabkan jangkitan virus Human Papilloma Virus (HPV) berisiko rendah seperti 6 dan 11. Walaupun ketuat kelamin bukanlah jangkitan yang membawa maut, ia boleh menyebabkan kebimbangan dan memberi kesan negatif kepada emosi dan psikologi serta mengurangkan keyakinan seksual seseorang itu

Dari sudut kesan fizikal, ketuat kelamin boleh membiak dengan sangat cepat dan menyebabkan pelbagai masalah dikawasan yang terlibat contohnya menutup kawasan penting seperti vagina, urethra (lubang air kecil) dan anus serta gejala seperti kegatalan, iritasi, pendarahan dan jangkitan kuman jika dibiarkan terus. 30% pesakit yang terdedah kepada ketuat kelamin akan sembuh dengan sendirinya tanpa sebarang rawatan. Walau bagaimanapun terdapat kes dimana pesakit tidak dapat menghapuskan jangkitan HPV dari tubuh mereka. Ini bergantung kepada ketahanan sistem immunisasi seseorang itu 

Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan daya tahan tubuh menjadi rendah seperti menghidapi penyakit kronik seperti kencing manis, masalah buah pinggang/dialisis, kanser, penggunaan ubat (steroid, immunosuppressant seperti Methotrexate, suntikan biologik dan rawatan kanser) serta jangkitan penyakit kelamin lain (HIV, Sifilis). Faktor lain adalah seperti kehamilan dan penggunaan ubat perancang kehamilan (OCP) yang menyebabkan kawasan vagina lebih lembap dan tinggi aliran darah. Faktor persekitaran yang boleh menyebabkan ketuat kelamin terjadi lebih teruk adalah seperti pengamalan gaya seks tidak selamat (tidak menggunakan kondom, mempunyai ramai pasangan seks) dan gaya hidup tidak sihat (tekanan tinggi, merokok, kurang bersenam, diet yang tidak sihat) 

Kaedah rawatan ketuat kelamin bergantung kepada keterukan ketuat, risiko sistem immunisasi yang rendah, kos serta keinginan pesakit. Terdapat rawatan topikal yang boleh diberikan kepada pesakit seperti penggunaan asid, krim Imiquimod dan 5- fluorouracil. Rawatan acid walaupun efektif untuk kes ketuat ringan boleh menyebabkan iritasi kepada kulit kemaluan yang sensitif. Kaedah rawatan lain adalah pembuangan ketuat dengan menggunakan pembedahan, electrosurgery/diathermy, laser dan cryotherapy. Kaedah ini akan menghapuskan ketuat yang nampak dikulit serta dibawah kulit. Antara risiko kaedah pembedahan adalah pendarahan, sakit, risiko jangkitan kuman serta parut. Ketuat juga berisiko untuk tumbuh kembali walaupun setelah melalui proses pembuangan. Ketuat boleh berlaku ditempat yang sama jika proses pembuangan tidak sempurna atau dikawasan sekitarnya

Jika ketuat kelamin anda telah terhapus, terdapat beberapa cara pencegahan yang boleh dilakukan untuk mengelakkan ia dari kembali semula. Antarannya adalah:

  • Tingkatkan daya immunisasi tubuh melalui aktiviti bersukan, pemakanan sihat, tidur yang cukup, mengurangkan tekanan harian
  • Berhenti merokok
  • Kurangkan iritasi dikulit kemaluan dengan mengelakkan praktis bercukur dan waxing
  • Rawat faktor yang menyebabkan daya immunisasi badan lemah (kawal gula dengan mengambil ubat rawatan kencing manis yang disarankan oleh doktor anda, ubat ART bagi pesakit HIV, berbicang dengan doktor anda berkenaan penggunaan ubat steroid dan ubat immunosuppresant dalam jangka masa panjang) 
  • Menggunakan ubat krim penggalak imunisasi tubuh seperti Imiquimod
  • Vaksin pencegah HPV (Gardasil 9) 

Jika anda ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan ketuat kelamin serta kaedah rawatan, hubungi Klinik Temasya hari ini

Get the Care You Deserve. Make Your Appointment Today

We focus on you. Schedule today to experience healthcare that's tailored to your needs.