Klinik Temasya
BLOG (Versi BM)

Ketulan dan benjolan vagina 1: Bartholin Sista/Benjolan Nanah

By
Updated on:

Apakah itu kelenjar Bartholin serta peranan kelenjar ini?

Terdapat 2 kelenjar Bartholin yang terletak disetiap sudut bawah bukaan vagina. Kelenjar ini berfungsi menghasilkan cecair pelincir contohnya semasa aktiviti seks dan mengekalkan kelembapan vagina. Kelenjar ini berhubung terus dengan 2 cm tiub terus ke bukaan yang terletak pada kedudukan 4 and 8 posisi jam dari bukaan faraj. Kebiasaannya kelenjar ini tidak dapat dirasai kerana saiz nya yang kecil dan dalam. Bartholin's cyst atau sista Bartholin lazim berlaku pada wanita muda berusia 20an ke 30an. Lebih berusia wanita tersebut, kemungkinan berlakunya sista ini adalah rendah kerana kelenjar sudah mula mengecut

Bagaimana sista Bartholin dan benjolan nanah ('abscess') terbentuk?

Tiub penghubung kelenjar Bartholin boleh tersumbat menyebabkan cecair berkumpul sehingga kelenjar menjadi bengkak dan kebiasaannya tidak sakit dipanggil sista Bartholin. Apa bila terdapat jangkitan kuman maka sista akan mulai sakit dan nanah terkumpul. Ini boleh terjadi disebabkan luka kecil atau iritasi pada kawasan faraj contohya selepas bercukur, jangkitan bakteria (E. Coli, Staph dan Strept) serta penyakit kelamin seperti Chlamydia dan Gonorrhoea

Apakah gejala benjolan nanah Bartholin?

Antaranya adalah bengkak dan sakit berdenyut dikawasan bukaan faraj yang lebih teruk semasa duduk atau berjalan, aktiviti seksual serta ketika ingin memasukkan alatan seperti tampon atau cawan menstruasi. Kadangkala ia juga boleh menyebabkan keputihan, sakit semasa kencing, demam, menggigil serta nanah jika benjolan tersebut pecah dengan sendirinya

Bagaimanakah cara untuk mengesahkan samaada saya menghidapi Bartholin sista atau benjolan nanah?

Pengesahan boleh dilakukan dengan mudah oleh doktor yang memeriksa anda. Doktor anda juga mungkin melalukan ujian swab untuk mengenalpasti bakteria daripada cairan nanah atau ujian saringan penyakit kelamin

Apakah rawatan tersedia untuk sista Bartholin atau benjolan nanah?

Rawatan sista Bartholin bergantung kepada gejala yang anda alami. Jika sista tersebut kecil, tidak sakit atau tidak nampak seperti dijangkiti kuman, anda tidak perlu apa-apa rawatan. Cuba lakukan sitz bath beberapa kali sehari untuk mengecutkan kembali sista. Tetapi jika selepas 2-3 hari sista masih membengkak atau semakin besar dan sakit, kemungkinan ia telah dijangkiti kuman dan nanah telah berkumpul didalamnya. Anda hendaklah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut. Jangan cuba memicit atau menggunakan objek tajam seperti jarum untuk memecahkan sendiri benjolan nanah anda. Kadangkala sista boleh pecah dengan sendiri nya 

Pilihan rawatan adalah seperti:

1. Sitz bath 

2. Ubat anti-radang untuk mengurangkan sakit dan bengkak

3. Antibiotik untuk merawat jangkitan bakteria

4. Pengeluaran nanah dengan/tanpa catheter menggunakan jarum atau koyakan kecil bagi membolehkan nanah dikeluarkan. Bagaimana pun sista atau benjolan nanah boleh berlaku kembali mengunakan teknik ini. Catheter adalah sejenis tiub yang dimasukkan kedalam sista bagi membolehkan pengeluaran nanah dan dibiarkan selama 4- 6 minggu bagi membenarkan terhasilnya bukaan kekal bagi membolehkan cecair dari kelenjar Bartholin dikeluarkan dengan mudah  

5. Marsupialization adalah prosedur pembedahan yang dilakukan selepas sista dibuka dan nanah dikeluarkan. Dinding sista dijahit untuk menghasilkan laluan kekal untuk mengeluarkan cecair yang terhasil didalam kelenjar dan ia dilakukan jika sista kerap kali berlaku

6. Pembuangan kelenjar Bartholin secara keseluruhan jika semua rawatan diatas gagal. Pembedahan ini biasanya dilakukan di bilik bedah kerana risiko sakit, pendarahan dan komplikasi adalah lebih tinggi. Pesakit juga perlu berehat beberapa minggu dan mengelakkan aktiviti seksual bagi membolehkan luka sembuh sepenuhnya

Bagaimanakah cara untuk saya mengelak dari sista atau benjolan nanah Bartholin dari berlaku?

Tidak ada cara untuk mengelak sista Bartolin dari kembali semula. Adalah penting untuk anda menjaga kebersihan dikawasan vagina serta mengelakkan iritasi atau luka kecil disekitarnya. Lakukan sitz bath beberapa kali sehari jika ia mula bengkak. Tidak ada makanan atau diet khusus untuk mengelakkann sista dari bengkak semula. Sista atau benjolan nanah Bartholin yang kerap berlaku mungkin memerlukan rawatan pembedahan. Berbincanglah dengan doktor anda untuk maklumat lanjut

Rujuk link dibawah untuk maklumat lanjut:

https://kliniktemasya.com/fakta-tentang-vagina-dan-tips-penjagaan-kesihatan/

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kemusykilan, dapatkan temujanji anda bersama doktor wanita yang berpengalaman di Klinik Temasya

Get the Care You Deserve. Make Your Appointment Today

We focus on you. Schedule today to experience healthcare that's tailored to your needs.