Klinik Temasya
BLOG (Versi BM)

O- Shot: Tingkatkan Kesihatan Organ Wanita Anda

By
Updated on:

Hangatkan kembali hubungan intimasi dengan suntikan O- shot. O- shot atau Orgasm shot adalah suntikan menggunakan PRP (platelet- rich plasma) untuk rawatan masalah seksual yang dapat meningkatkan ransangan seksual dan tindakbalas orgasm serta kesihatan organ dalaman wanita. O- shot  juga boleh merawat beberapa gejala berkaitan menopaus seperti kerap kencing dan masalah terkucil, kekeringan pada vagina yang menyebabkan rasa sakit semasa seks. O- shot juga boleh membantu proses baikpulih luka pada kawasan vagina seperti selepas melahirkan bayi atau surgeri melibatkan organ wanita anda serta memulihkan masalah sakit kulit radang kronik seperti lichen sclerosis

Seiring peningkatan usia, terdapat pelbagai perubahan fizikal, psikologi, tahap hormon yang boleh merunsingkan wanita serta memberi kesan negatif kepada kehidupan seks mereka. Tekanan hidup harian seperti menguruskan rumahtangga, keluarga dan anak kecil, tekanan ditempat kerja, ketegangan hubungan, kesulitan kewangan juga boleh menyumbang kepada gangguan emosi seseorang wanita itu menyebabkan keinginan untuk seks berkurang. Terdapat juga ramai wanita yang tidak merasa puas atau mencapai kemuncak orgasm semasa berintimasi. Ini boleh menyebabkan keharmonian hubungan berpasangan terjeja dan konfliks dalam rumahtangga

O- shot adalah prosedur mudah mengambil masa kurang dari 45 minit. Sebelum prosedur, doktor akan mengambil sejarah kesihatan dan seksual anda serta melakukan pemeriksaan fizikal dengan alat spekulum, ujian pap smear dan ultrasound organ pelvis anda untuk mengenalpasti masalah perubatan yang boleh menyebabkan masalah seksual wanita. Jika tiada kontraindikasi, doktor akan memulakan prosedur O- shot 

Prosedur O- shot bermula dengan darah diambil dari pesakit. Ubat kebas dalam bentuk krim dan suntikan akan diberikan untuk mengurangkan rasa sakit semasa prosedur. Darah akan diputar didalam mesin centrifuge khas dan bahagian plasma darah yang mengandungi tinggi platelet diambil dan disuntik dibeberapa tempat seperti klitoris, bukaan vagina dan bibir vagina. Selepas prosedur, anda mungkin akan terasa sedikit ketidakselesaan dan bengkak dikawasan suntikan tetapi anda boleh meneruskan aktiviti harian anda seperti biasa seperti bekerja, bersukan dan aktiviti seks

Sesetengah wanita mungkin mengalami peningkatan kesihatan organ wanita mereka beberapa hari selepas prosedur terutamanya dari segi ransangan seksual dan orgasm. Kesan terbaik dapat dilihat selepas 3 bulan. Kesan jangka panjang mungkin akan berpanjangan sehingga 1-4 tahun selepas prosedur. Bagaimanapun, pesakit juga boleh melakukan lagi suntikan O- shot jika perlu

Ramai wanita yang menderita dalam diam dan kecewa dengan hubungan seksual mereka. Tidak ramai yang ingin mendapatkan rawatan untuk memulihkan kesihatan seksual mereka. Jika anda mengalami masalah gangguan seksual wanita dan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai O- shot, hubungi klinik kami hari ini

 

Get the Care You Deserve. Make Your Appointment Today

We focus on you. Schedule today to experience healthcare that's tailored to your needs.