Klinik Temasya
BLOG (Versi BM)

Penyakit kelamin- fakta penting!

By
Updated on:

Anda mungkin pernah mendengar tentang penyakit kelamin dari pasangan atau rakan- rakan. Ia nya bukan topik mudah untuk dibincangkan dengan doktor anda mungkin disebabkan perasaan segan atau malu. Walaubagaimana pun, penyakit kelamin merupakan masalah kesihatan penting terutama nya bagi golongan muda. Setiap hari, ramai yang mendapat jangkitan penyakit kelamin tanpa disedari. Separuh daripada golongan muda bawah usia 25 tahun yang telah melakukan hubungan seks telah mendapat jangkitan penyakit kelamin yang memberikan risiko kesihatan kepada diri mereka dan pasangan dimasa hadapan.

Ini adalah antara beberapa fakta penting mengenai penyakit kelamin yang perlu anda ketahui hari ini.

Apakah penyakit kelamin dan bagaimanakan penyakit kelamin tersebar?

Penyakit kelamin atau sexually transmitted diseases (STD) adalah jangkitan kuman seperti bakteria, virus, protozoa dan parasit yang tersebar melalui hubungan seks melalui oral, penetrasi faraj dan dubur atau pergeselan kulit ke kulit. Antara penyakit kelamin adalah jangkitan Chlamydia, Gonorrhoea, Sifilis, Herpes, NGU (non- gonococcal urethritis), HPV, Hepatitis dan HIV. Bergantung kepada jenis organism, sesetengah virus contohnya boleh tersebar melalui cara lain selain dari hubungan seks seperti berkongsi jarum suntikan, tersebar dari ibu kepada anak semasa kehamilan atau penyusuan.

Penyakit kelamin boleh menyebabkan pelbagai komplikasi jangka masa panjang seperti ketidaksuburan, komplikasi semasa kehamilan seperti mengandung luar rahim, keguguran, komplikasi terhadap bayi serta boleh menyebabkan kanser seperti kanser pangkal rahim dan hati.

Saya tidak mempunya apa-apa simptom, jadi saya tidak ada penyakit kelamin bukan?

Tidak. Tidak ada cara lain untuk mengesahkan jangkitan penyakit kelamin selain dari melalukan pemeriksaan khas untuk jangkitan ini. Terdapat ramai pesakit yang tidak mempunyai apa-apa gejala tapi berisiko untuk menyebarkan jangkitan kelamin pada pasangan mereka. Ada juga pesakit yang mendapat gejala ringan dan mengambil mudah mengenainya. Jika anda berkemungkinan terdedah kepada jangkitan penyakit kelamin melalui hubungan seks, laku kan pemeriksaan segera untuk pengesahan dan dapat kan rawatan dengan segera sebelum komplikasi lain berlaku.

Golongan pesakit wanita mungkin mengalami gejala seperti keputihan yang berbau, kegatalan atau benjolan atau ruam dibahagian faraj, pendarahan yang tidak normal (tidak berkait dengan haids seperti pendarahan antara datang bulan atau selepas melakukan seks), kerap buang air kecil, pedih ketika membuang air kecil, sakit dibahagian bawah perut, sakit semasa melakukan hubungan seks serta komplikasi berkaitan kehamilan atau ketidaksuburan.

Golongan pesakit lelaki juga mungkin mengalami gejala seperti cairan keluar dari zakar, ruam atau benjolan pada bahagian kemaluan, sakit semasa melakukan seks atau ejakulasi, kerap kencing atau pedih ketika membuang air kecil dan kadangkala sakit dibahagian testis. Lelaki juga mengalami komplikasi seperti ketidaksuburan serta risiko kanser dubur dan kemaluan.

Penyakit kelamin seperti Hepatitis B dan C boleh menyebabkan radang akut pada hati dan pesakit boleh mengalami gejala seperti penyakit kuning (jaundice), sakit dibahagian perut, perut membusung, kurang selera makan, demam, muntah dan cirit-birit.

Apakah pemeriksaan yang perlu saya lakukan untuk pengesahan penyakit kelamin?

Terdapat beberapa ujian seperti ujian PCR yang dijalankan untuk mengesan bakteria seperti Chlamydia and gonorrhoea. Kebiasaannya ujian boleh dibuat menggunakan air kencing atau cecair daripada vagina atau penis. Jangkitan seperti herpes boleh disahkan melalui ujian darah atau pun melalui air dari benjolan air ("vesicles"). Pemeriksaan jangkitan lain seperti HIV, sifilis dan hepatitis boleh dilakukan melalui ujian darah.

Boleh kan saya sembuh sepenuhnya dari jangkitan penyakit kelamin?

Kebanyakan penyakit kelamin seperti Chlamydia, Sifilis, Gonorrhoea dan Trichomonas boleh sembuh dengan rawatan antibiotik. 

Tetapi penyakit kelamin lain seperti Herpes (HSV), HPV, HIV dan hepatitis tidak boleh disembuhkan. Hepatits B dan C boleh menyebabkan jangkitan hati kronik dan kanser hati pada sesetengah pesakit. Herpes boleh menyebabkan jangkitan yang kerap berlaku terutamanya apabile pertahanan badan lemah dan memerlukan rawatan yang lama (suppression therapy).

Walaupun sesetengah penyakit kelamin tidak boleh disembukan sepenuhnya, tetapi ia masih boleh dirawat jika mendapat pemeriksaan awal serta rawatan dimulakan dengan kadar segera. Ada rawatan yang boleh diberi untuk mengurangkan gejala dan risiko penyebaran kepada orang lain.

Bolehkah saya mendapat penyakit kelamin dengan oral seks sahaja?

Ya. Penyakit kelamin seperti gonorrhoea dan herpes masih boleh berjangkit melalui oral seks.

 Adakah kondom berkesan untuk melindungi dari semua jenis penyakit kelamin?

Bukan 100% tetapi apabila digunakan dengan betul setiap kali melakukan seks, ia memberi perlindungan dari penyakit kelamin yang tersebar melalui cecari dari tubuh seperti air mani atau cairan dari faraj. Bagaimana pun ia tidak boleh melindungi dari penyakit kelamin seperti HPV yang menyebabkan ketuat kemaluan (genital warts), Herpes dan Molluscum contagiosum

Saya telan disahkan mempunyai penyakit kelamin, jadi saya tidak akan dapat lagi jangkitan penyakit kelamin dimasa hadapan bukan? 

Tidak benar. Anda boleh mendapat jangkitan penyakit kelamin seperti gonorrhoea, sifilis dan Chlamydia lebih dari sekali selepas melakukan hubungan seks dengan pasangan yang mempunyai penyakit kelamin walaupun anda telah menerima rawatan sebelum ini. Sangat penting untuk pesakit memberitahu pasangan anda mengenai jangkitan kelamin yang telah anda hidapi supaya pasangan anda juga dapat diperiksa dan menerima rawatan. 

Boleh kah saya mendapat jangkitan penyakit kelamin jika saya menggunakan tandas awam?

Tidak mungkin. Tidak ada bukti bahawa penyakit kelamin boleh merebak dari penggunaan tandas awam. Organisma penyebab penyakit kelamin memerlukan kawasan lembab dibadan untuk hidup.

Boleh kah saya mendapat STD dari bercium?

Ya. Terdapat STD seperti Herpes yang boleh menyebabkan lecet dikawasan bibir

 Bagaimanakah saya boleh mengelak jangkitan penyakit kelamin?

Cara yang terbaik untuk mengelakkan jangkitan penyakit kelamin adalah dengan menjauhi hubungan seks bebas serta mengurangkan risiko dengan berlaku setia kepada pasangan, mengelakkan seks dengan ramai pasangan serta menjauhi aktiviti yang berisiko tinggi seperti minum minuman keras dan penggunaan dadah terlarang. Sangat penting untuk anda dan pasangan melalukan saringan awal untuk jangkitan HIV dan penyakit kelamin sebelum melakukan hubungan seks atau sebelum berkahwin. Dapatkan vaksin tersedia untuk HPV dan Hepatitis B. Penggunaan ubat PEP dan PreP boleh digunakan untuk mengelakkan jangkitan HIV. Penggunaan kondom yang betul semasa melakukan hubungan seks penting bukan sahaja untuk melindungi dari jangkitan penyakit kelamin kelamin tetapi bagi mengelakkan kehamilan tak dirancang.

Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut mengenai penyakit kelamin, boleh lakukan konsultasi diklinik bersama doktor yang berpengalaman.

 

Get the Care You Deserve. Make Your Appointment Today

We focus on you. Schedule today to experience healthcare that's tailored to your needs.