Klinik Temasya
BLOG (Versi BM)

Peranan Dan Fungsi Doktor Primer 

By
Updated on:

Kesihatan adalah aspek penting dalam kehidupan harian anda - mungkin yang paling terpenting. Bagi individu yang mempunyai gaya hidup yang sibuk, ini mungkin mudah untuk diabaikan terutamanya jika seseorang itu tidak mempunyai sebarang gejala fizikal. Bagaimanapun, kadangkala terdapat masalah kesihatan yang mungkin sedang anda alami, walaupun tiada sebarang gejala fizikal. Tidak kira dimana tahap kesihatan anda atau peringkat usia, terdapat banyak sebab mengapa anda memerlukan penjagaan berterusan oleh doktor primer yang bertauliah

Doktor primer mungkin adalah doktor yang anda kerap lawati untuk sebarang masalah kesihatan. Kajian yang dilakukan oleh Universiti Perubatan Standford dan Universiti Perubatan Harvard di Amerika Syarikat menunjukkan individu yang mempunyai doktor primer yang menjaga kesihatan mereka dikaitkan dengan tahap kesihatan yang lebih baik, mempunyai jangka hayat yang lebih panjang, tahap kematian yang rendah dan kemudahan kesihatan yang lebih baik. Ini kerana doktor primer dilatih untuk mencegah penyakit, memberi nasihat kesihatan mengenai pemakanan dan gaya hidup serta melakukan ujian saringan pelbagai penyakit kronik dan kanser dengan harapan mengenalpasti penyakit diperingkat awal bagi mengelakkan diagnosis ditahap parah serta komplikasi organ serius di masa hadapan

Mempunyai doktor primer adalah penting untuk penjagaan kesihatan anda dan juga keluarga anda. Ini kerana doktor primer lebih kenal serta faham sejarah kesihatan serta dapat menjaga kesihatan anda dan keluarga anda tidak kira dimana peringkat usia setiap individu dalam keluarga anda. Dalam jangka masa panjang, ia dapat mengurangkan kos kesihatan anda sekeluarga. Dengan melakukan rawatan secara berkala serta komunikasi terbuka bersama doktor primer anda, pelbagai ujian saringan dapat dijalankan awal bagi mengenalpasti penyakit atau komplikasi ditahap awal dimana ia lebih mudah untuk dirawat. Ini dapat menjimatkan kos rawatan pakar dan bil hospital yang tinggi serta kurang lawatan ke unit kecemasan

Bagi perspektif luar, Pengamal Perubatan Am atau General Practitioner (GP) dan Pakar Perubatan Keluarga mempunyai peranan dan fungsi yang sama. Semua pengamal perubatan yang mempunyai sijil perubatan dari Universiti yang telah diiktiraf serta telah menjalankan khidmat wajib boleh membuka klinik swasta. Jika pengamal perubatan tersebebut tidak mempunyai kelayakan lanjut dalam bidang Perubatan Keluarga, mereka dipanggil Pengawal Perubatan Am ataupun GP. Pakar Perubatan keluarga juga mempunyai sijil perubatan dari Universiti yang telah diiktiraf serta telah menjalankan khidmat wajib serta mempunyai latihan kepakaran dalam bidang Perubatan Keluarga. Pakar Perubatan Keluarga juga mestilah menduduki ujian peperiksaan, latihan serta mendapat perakuan akreditasi yang dikeluarkan oleh Badan Akreditasi Perubatan Keluarga dan kementerian kesihatan. Adakah terdapat faedah berjumpa dengan Pakar Perubatan Keluarga berbanding GP? Pakar Perubatan Keluarga boleh merawat pelbagai jenis penyakit disetiap peringkat kumpulan umur, mereka juga dilatih untuk merawat secara holistik serta memberi fokus kepada setiap aspek kehidupan anda serta mengambil kira bagaimana ia mempengaruhi gaya hidup serta kesejahteraan menyeluruh anda dan keluarga 

Berapa kerapkah anda perlu berjumpa doktor bergantung kepada faktor umur dan tahap kesihatan. Paling kurang satu atau dua kali setahun bagi melakukan ujian saringan bagi mengenalpasti tahap kesihatan anda secara menyeluruh. Mempunyai doktor primer yang menjaga kesihatan anda adalah langkah penting untuk kesihatan yang lebih baik. Adalah penting untuk memilih doktor primer yang berkelayakan serta memahami keperluan, matlamat dan kerisauan kesihatan anda. Anda perlu lah memilih doktor primer yang anda selesa untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur. Tanyakan kepada jiran disekeliling kawasan perumahan atau rakan-rakan anda untuk rujukan. Faktor lain yang mungkin mempengaruhi pilihan doktor primer adalah samaada klinik tersebut adalah dibawah klinik panel atau insuran anda, kemudahan untuk mendapatkan temujanji, suasana klinik yang tenang dan selesa serta staf sokongan yang efisien dan mesra bagi membantu anda sekeluarga 

Jika anda mencari doktor primer yang berpengalaman untuk menjaga kesihatan anda sekeluarga, hubungi Klinik Temasya hari ini

Get the Care You Deserve. Make Your Appointment Today

We focus on you. Schedule today to experience healthcare that's tailored to your needs.