Klinik Temasya
BLOG (Versi BM)

Radang sendi lutut osteoarthritis

By
Updated on:

Radang sendi otot atau osteoarthritis adalah penyakit lazim yang kerap dihidapi masyarakat dan boleh terjadi pada mana-mana bahagian sendi badan. Ia disebabkan proses kemerosotan tulang rawan yang menyelaputi permukaan sendi sehingga ruang sendi menjadi sempit. Tulang rawan berfungsi untuk menyerap tekanan berlebihan pada sendi semasa bergerak contohnya semasa berjalan. Apabila ruang sendi menjadi sempit, permukaan tulang rawan mula bergesel antara satu sama lain menyebabkan rasa sakit, bengkak serta pergerakan sendi yang terbatas. Ia lazim berlaku pada radang sendi lutut, pinggul, tangan, kaki, bahu dan tulang belakang. Keterukan gejala yang dihadapi pesakit berbeza mengikut individu dan biasanya melarat mengikut masa, aktiviti harian dan pertambahan usia

Antara gejala radang sendi lutut adalah:

  • Sakit sendi lutut terutamanya semasa menggerakkan sendi dan pada peringkat teruk sendi sakit walaupun semasa rehat
  • Kesukaran menggerakkan sendi lutut
  • Bengkak sendi lutut
  • Bunyi tulang bergesel terhasil semasa lutut digerakkan 
  • Aktiviti harian seperti berjalan terbatas
  • Kecacatan pada sendi lutut  (biasa nya lutut akan melengkung kedalam)
  • Risiko tinggi untuk jatuh dan mengalami kecederaan semasa melakukan aktiviti fizikal

Risiko penyebab terjadinya radang sendi lutut adalah pertambahan usia (ia lebih kerap berlaku pada individu berusia 45 tahun ke atas), keturunan, jantina (lebih kerap berlaku pada golongan wanita), mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti, sejarah kecederaan sendi disebabkan bersukan atau kemalangan, kecederaan terikan berulang (disebabkan pekerjaan atau bersukan), atlet (pemain bola sepak, pelari jarak jauh) dan mempunyai penyakit sendi lain seperti rheumatoid arthritis dan gout. Matlamat utama rawatan radang sendi lutut adalah  mengurangkan kesakitan sendi, dapat mengerakkan sendi dengan lebih mudah dan mengurangkan kerosakan sendi dimasa hadapan.

Antara rawatan bukan pembedahan radang sendi otot adalah:

  • Rehatkan sendi apabila sakit, kurangkan berjalan dan penggunaan tangga
  • Mengambil ubat tahan sakit apabila perlu seperti ubat tablet paracetamol dan NSAIDS atau ubat luar seperti tampalan, gel atau minyak
  • Menggunakan haba atau ais untuk merawat sendi 
  • Penggunaan alat bantuan untuk bergerak seperti tongkat atau brace
  • Mengurangkan berat badan jika berat badan berlebihan
  • Lakukan senaman seperti aktiviti keregangan otot atau sukan berimpak rendah seperti berenang dan berbasikal. Aktiviti seperti berlari, joging, mencangkung, lunges dan aktiviti berintensiti tinggi (HIIT)  boleh menyebabkan kesakitan sendi menjadi lebih teruk
  • Suntikan seperti steroid, hyaluronic acid dan PRP pada sendi 
  • Fisioterapi

Jika anda mengalami sakit sendi yang teruk dan aktiviti harian terbatas walaupun telah menjalani rawatan yang disebutkan, terdapat beberapa teknik pembedahan yang boleh dilakukan contohnya osteotomy, synovectomy, cartilage grafting dan pembedahan penggantian sendi (total knee replacement)

Jika anda mengalami masalah radang sendi lutut atau sendi badan lain serta mempunyai pertanyaan lanjut, datanglah berbincang dengan doktor kami diklinik

Get the Care You Deserve. Make Your Appointment Today

We focus on you. Schedule today to experience healthcare that's tailored to your needs.