Rambut gugur dan alopecia
Memiliki rambut ikal mayang yang tebal sebagai perhiasan mahkota dikepala menjadi idaman ramai manusia. Melihat rambut yang banyak gugur terutama selepas disisir atau semasa mandi boleh menyebabkan kerisauan serta mengganggu kualiti hidup seseorang itu. Walaupun masalah keguguran rambut bukan lah masalah serius yang membawa kematian, tetapi bayangan ngeri botak pada kepala boleh membuat seseorang itu tidak tentu arah sehingga menyebabkan rasa rendah diri dan malu untuk bergaul dan berhadapan dengan orang ramai.
Secara normal nya, sebanyak 50 hingga 100 helai rambut akan gugur setiap hair. Disebabkan terdapat purata 100,000 helai rambut dikepala, ini mungkin tidak disedari. Rambut yang baru akan tumbuh menggantikan rambut lama tetapi tidak semestinya. Keguguran rambut boleh berlaku dengan kadar yang cepat atau mengambil masa yang lama. Ia nya boleh sementara atau kekal. Adalah mustahil untuk semua mengira bilangan rambut yang hilang setiap hari. Tetapi ramai yang akan sedar jika rambut mereka banyak gugur ketika disikat atau mandi dibilik air. Anda juga mungkin menyedari apabila terdapat tompok botak dikepala atau rambut yang semakin menipis.
Pertumbuhan rambuat akan melalui 3 fasa iaitu: anagen (peringkat aktif pertumbuhan, dalam 90% rambut), catagen (peringkat rambut merosot, dalam 10% rambut) dan telogen (peringkat rehat, dalam 5% to 10% rambut). Rambut akan gugur pada fasa telogen. Rambut gugur dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti keturunan, umur, tekanan fizikal atau emosi, ubat-ubatan, perubahan hormon, jangkitan kuman seperti bakteria atau kulat pada kulit kepala, pemakanan yang tidak seimbang serta kesihatan umum badan. Kebiasaannya, masalah rambut gugur dan botak berlaku lebih awal pada orang lelaki.
Rambut gugur boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu, rambut gugur tanpa parut dan rambut gugur berparut. Rambut gugur tanpa parut menyebabkan sedikit atau tiada radang pada liang rambut tetapi rambut masih gugur dengan teruk. Rambut gugur berparut pula terdapat proses radang yang kemudiannya digantikan dengan parut.
Contoh rambut gugur tidak berparut adalah kebotakan disebakan faktor genetik ('androgenetic alopecia', corak botak yang berbeza untuk lelaki dan wanita), ubat-ubatan, 'anagen effluvium'(rambut gugur banyak difasa anagen), 'telogen effluvium'(rambut gugur banyak difasa telogen), 'trichotillomania' (rambut gugur sebab ditarik) dan "alopecia areata"
Kebotakan disebabkan genetik atau 'androgenetic alopecia' adalah masalah gugur rambut dan botak mengikut jantina pesakit dan biasanya terdapak faktor keturunan. Ia nya mengambil yang perlahan dan mungkin bertahun lamanya. Untuk kaum lelaki, rambut mula menipis dibahagian depan jalur rambut serta bahagian tengah kepala. Bagi kaum wanita, rambut hanya menipis dibahagian tengah kepala dan biasanya tidak mengganggu jalur rambut dihadapan kepala.
'Anagen effluvium' adalah rambut gugur yang banyak pada fasa anagen kebiasaanya disebabkan ubat kimoterapi untuk merawat kanser. Sebanyak 90% orang yang menjalani rawatan kimoterapi akan mengalami rambut gugur yang banyak dan seterusnya botak pada rambut. 'Telogen effluvium' adalah rambut gugur yang banyak semasa fasa telogen. Ini kebiasaannya terjadi disebabkan 'kejutan' pada sistem tubuh badan contohnya disebabkan faktor pemakanan yang tidak seimbang, berat badan yang turun secara mendadak, kehamilan serta kelahiran anak, putus haid ('menopause') seta masalah hormon seperti tiroid. 'Trichotillomania' pula adalah masalah psikologi dimana seseorang itu akan mencabut rambut dikepala atau dikening disebabkan tekanan atau kerisauan yang melampau.
'Alopecia areata' adalah masalah autoimmune dimana pertahanan badan melancarkan serangan kepada liang rambut tetapi tidak ada keradangan atau parut pada liang rambut. Ia nya boleh berlaku secara bertompok atau melibatkan keseluruhan rambut.
Keguguran rambut berparut pula terjadi apabila liang rambut diserang keradangan serta digantikan dengan parut sehingga menyebabkan rambut gugur yang kekal dan tidak boleh dipulihkan semula. Ia terbahagi kepada dua faktor iaitu, primer dan sekunder. Dalam keguguran rambut berparut primer, liang rambut adalah sasaran utama radang dan sekunder pula disebabkan faktor luar dimana liang rambut juga terkorban rosak kerana ianya sangat berhampiran contohnya disebabkan kebakaran atau jangkitan. Keguguran rambut berparut disebabkan faktor autoimmune seperti discoid lupus dan SLE, jangkitan kuman, radiasi serta kecederaan akibat. Pengesahan perlu dilalukan dengan mengambil sampel biopsi kulit kepala dan perlu dilakukan awal untuk mengelakkan rambut gugur yang kekal.
Rawatan rambut gugur bergantung kepada sebab. Doktor yang merawat akan mengambil sejarah kesihatan anda, melakukan pemeriksaan fizikal serta siasatan darah atau biopsi kulit kepala. Antara nya adalah penggunaan ubat seperti minoxidil, finasteride, ubat kulat, steroid, hair transplant serta rawatan platelet rich plasma (PRP).
Jika anda ingin mendapat maklumat lanjut, dapatkan konsultasi dan rawatan yang sesuai diklinik kami.