Klinik Temasya
BLOG (Versi BM)

Ruam pada zakar

By
Updated on:

Ruam pada zakar adalah perkara yang sangat membimbangkan serta boleh menyebabkan kesukaran untuk kencing, hubungan seksual dan menjalani kehidupan harian. Ramai pesakit lelaki merasa malu untuk berbincang dengan doktor mereka dan lebih rela menderita dalam senyap. Adalah penting bagi pesakit memberitahu doktor mereka mengenai gejala mereka supaya rawatan awal dan tepat dapat diberikan serta mengelak komplikasi jika dibiarkan melarat. 

Tinea cruris ('jock itch') adalah jangkitan kulat yang menyebabkan kulit sekitar zakar menjadi merah dan gatal dan kadangkala nya merebak dikawasan celah pangkal peha. Ia kebiasaannya berlaku pada golongan atlit yang aktif bersukan. Ia nya boleg menyebabkan ketidakselesaan terutamanya semasa berpeluh. Jangkitan kulat tumbuh dikawasan kulit yang lembap dan ruam yang terhasil mempunyai struktur bulat seperti cincin. Rawatan jangkitan ini adalag dengan krim anti-fungus dan pesakit perlu lah memastikan kulit kering tanpa kelembapan berlebihan serta mengelak pakaian ketat.

Balanitis adalah radang pada kulup zakar disebabkan jangkitan kuman atau masalah kulit kronik. Risiko penyebab adalah tidak menjaga kebersihatan kulup zakar, penggunaan sabun pencuci berlebihan, kulup zakar yang ketat (phimosis) dan penyakit kencing manis. Jangkitan bakteria atau kulat memerangkap kelembapan menyebabkan bengkak dan kerengsaan kulit. Adalah penting bagi pesakit lelaku untuk menarik sedikit kulup zakar bagi membersihkan kawasan kulit. Bersunat disarankan bagi pesakit yang kerap mengalami jangkitan balanitis.

Allergic dermatitis adalah ruam pada zakar yang disebabkan penggunaan krim (seperti krim antibiotik, pelincir dan spermicide), sabun pencuci yang mengandungi wangian atau latex kondom. Ia menyebabkan ruam merah, lecet, berair serta disertai kegatalan, bengkak dan rasa pedih.

Atopic dermatitis atau penyakit kulit eczema boleh menyebabkan ruam gatal pada badan dan juga disekitar kawasan kemaluan. Penyakit kulit kronik gatal seperti Lichen Simplex Chronicis dan Pruritus ani adalah disebabkan aktiviti menggaru yang kronik selama bertahun-tahun. Rawatan ruam pada zakar adalah dengan megelakkan penggunaan sabun yang kuat, air panas, penjagaan kebersihan yang baik serta menghentikan aktiviti menggaru kompulsif.

Penyakit herpes genital adalah disebabkan virus yang dinamakan Herpes Simplex Virus.  Ia menyebabkan benjolan air yang sangat mudah berjangkit. Benjolan air akan perlahan-lahan melecet dan kering dan kemudiannya sembuh. Rawatan adalah dengan menggunakan ubat anti-virus dan ubat tahan sakit.

Jangkitan virus Human Papilloma Virus (HSV) gred rendah jenis 6 dan 11 boleh menyebabkan ketuat kemaluan yang berbentuk kubis bunga berwarna seperti kulit. Ia juga boleh menyebabkan kegatalan dan pendarahan jika bergesel. Jangkitan virus HPV gred tinggi seperti 16 dan 18 boleh menyebabkan perubahan pra-barah dan barah seperti kanser squamous cell carcinoma (SCC) pada bahagian penis. Risiko penyebab lain adalah jangkitan kronik radang kulup zakar (balanitis) terutamanya pada golongan berusia dan masalah kulit kronik seperti lichen planus.

Sifilis adalah penyakit kelamin disebabkan bakteria Treponema Pallidum dan mempunyai beberapa peringkat jangkitan. Semasa jangkitan awal atau sifilis primer, lecet yang tidak sakit dipanggil 'chancre' boleh berlaku pada kulit zakar. Rawatan adalah dengan suntikan antibiotik penicillin. 

Molluscum contagiosum adalah ruam disebabkan jangkita Poxvirus. Ia menyebabkan benjolan kecil berbentuk kubah dan berwarna seperti kulit. Ia dirawat dengan krim atau cryotherapy dan laser.

Adalah sangat penting untuk berbincang dengan doktor jika anda risau tentang kesihatan kulit dikawasan zakar anda supaya doktor dapat memeriksa untuk mengenalpasti sebab dan memberi rawatan yang sesuai untuk anda.

Get the Care You Deserve. Make Your Appointment Today

We focus on you. Schedule today to experience healthcare that's tailored to your needs.