Klinik Temasya
BLOG (Versi BM)

Bahaya kurang darah (anaemia)

By
Updated on:

Mudah rasa letih dan lesu? Masih penat dan kurang tenaga walaupun telah mendapat cukup yang rehat? Anda mungkin mempunyai masalah kurang darah atau anaemia

Anemia adalah keadaan dimana bilangan sel darah merah atau kepekatan haemoglobin didalam nya rendah daripada normal. Sel darah merah sangat penting kerana ia membawa oksigen kepada tisu badan. Anemia menyebabkan sel darah pembawa oksigen berkurangan

Antara gejala anaemia adalah:

  • Mudah penat dan lemah
  • Mudah pening dan pusing kepala sehingga menyebabkan pengsan
  • Kerap sakit kepala 
  • Sakit dada, sukar bernafas, jantung berdebar terutamanya apabila melakukan aktiviti fizikal serta diperingkat terus gejala kegagalan jantung 
  • Kerap rasa sejuk, dan semut dihujung jari tangan dan kaki
  • Telinga berdengung
  • Kurang aktif dan paras kecergasan dan prestasi fizikal menurun
  • Kulit menjadi pucat atau kekuningan 
  • Kuku berbentuk sudu ('koilonychia'), kuku mudah patah
  • Kurang tumpuan pada kerja/sekolah

 

 

Anemia adalah masalah serius kesihatan yang biasa terjadi pada kanak-kanak dan wanita mengandung. Badan Kesihatan Dunia (WHO) menjangkakan 42% kanak-kanak berusia 5 tahun kebawah dan 40% wanita hamil mengalami masalah anemia. Anemia pada kanak-kanak menyebabkan pembesaran terbantut, perkembangan otok dan pemikiran yang terjejas serta prestasi corot dalam sesi akademik. Anemia semasa hamil boleh menyebabkan bayi dalam kandungan mempunyai berat badan yang rendah, keguguran dan masalah perkembangan otak terjejas. 

Terdapat banyak sebab dan jenis anemia. Tahap normal haemoglobin bergantung kepada faktor seperti usia, jantina, lokasi (ketinggian dari paras laut boleh mempengaruhi kadar sel darah merah), tabiat merokok dan status kehamilan. Anemia juga boleh berlaku dalam bentuk akut atau kronik. Gejala anemia bergantung kepada tahap haemoglobin dalam badan. Anemia mungkin adalah tanda awal penyakit serius dalam badan seperti pendarahan atau kanser dalam usus.

Jenis anemia yang paling lazim berlaku adalah anemia disebabkan kurang zat besi. Zat besi memainkan peranan penting dalam proses pembuatan sel darah merah. Ini boleh berlaku disebabkan diet rendah zat besi (vegetarian), badan gagal menyerap zat besi dari makanan atau pendarahan dalam badan. Ramai wanita yang menghidapi masalah anemia disebabkan pendarahan berat semasa haid disebabkan ketidakseimbangan hormon, ketumbuhan fibroid, masalah rahim membengkak (adenomyosis), jangkitan kuman dan kanser. Wanita hamil dan wanita yang menyusukan bayi memerlukan zat besi yang tinggi dalam darah. 

Anemia disebabkan kurang zat besi juga boleh berpunca daripada luka atay kanser dalam perut atau usus. Pesakit mungkin mengalami berat badan yang turun mendadak, selera makan sama atau berkurangan, loya, muntah, sakit perut, bengkak atau benjolan di perut, cepat rasa kenyang, perubahan corak pembuangan najis (contohnya cirit birit atau sembelit), najis bertukar warna seperti hitam atau darah dalam najis. Jika anda mengambil ubat cair darah seperti Aspirin atau Clopidogrel dan ubat tahan sakit seperti NSAIDS, anda berisiko tinggi untuk mengalami pendarahan usus. 

Penyerapan zat besi dalam usus juga boleh terjejas jika anda mempunyai penyakit usus seperti penyakit radang usus (IBD) dan penyakit celiac, pembedahan usus (seperti gastrik bypass) dan jangkitan seperti cacing, parasit dan malaria. 

Anemia kurang zat besi boleh dirawat dengan beberapa cara bergantung kepada tahap haemoglobin dan gejala pesakit. Jika terdapat pendarahan akut, rawatan utama adalah menghentikan pendarahan dan mencari punca pendarahan. Pesakit perlu distabilkan dengan pemindahan darah. Jika kes anemia tidak teruk, zat besi boleh digantikan dengan pengambilan zat besi dalam bentuk tablet atau infusi bersama dengan vitamin C yang mampu meningkatkan tahan penyerapan zat besi. Bagaimana pun zat besi mempunyai beberapa kesan sampingan seperti sembelit, loya, muntah, rasa logam besi dalam mulut serta warna najis bertukar hitam 

Zat besi juga boleh didapatkan dari sumber makanan seperti:

  • Daging merah dan organ dalaman (daging lembu, ayam, hati)
  • Telor
  • Sayuran berdaun hijau (bayam, brokoli, bok choy, kacang hijau)
  • Makanan laut (ketam, kerang, kupang, tiram)
  • Makanan tinggi zat besi (bijirin sarapan, roti, pasta)
  • Kekacang (kacang putih, kacang hitam, kacang ginjal)
  • Buah-buahan (epal, pisang, pomegranate)
  • Buah-buahan kering (kismis, aprikot, kurma)

Jika anda mengalami gejala kurang darah, lakukan ujian darah dan dapatkan rawatan diklinik kami untuk mengembalikan semula tenaga dan kesegaran tubuh badan.

Get the Care You Deserve. Make Your Appointment Today

We focus on you. Schedule today to experience healthcare that's tailored to your needs.