Klinik Temasya
BLOG (Versi BM)

Chlamydia - fakta penting!

By
Updated on:

Apakah itu Chlamydia dan bagaimanakan ia tersebar?

Chlamydia adalah sejenis penyakit kelamin yang paling kerap kali berlaku terutamanya dikalangan golongan muda bawah umur 25 tahun. Ia disebabkan oleh jangkitan kuman yang dinamakan Chlamydia trachomatis. Chlamydia tersebar melalui hubungan kelamin samaada melalui faraj, dubur dan juga oral seks dengan pasangan yang membawa jangkitan Chlamydia. Ia juga boleh merebak dengan perkongsian permainan seks, geselan kemaluan tanpa penetrasi dan apabila air mani atau cairan dari vagina terkena pada mata. Chlamydia tidak boleh tersebar melalui pergeselan kulit, ciuman atau pelukan, berkongi tuala, tandas awam atau alatan makanan.

Pesakit yang pernah dijangkiti Chlamydia masih boleh mendapat semula jangkitan Chlamydia jika terdedah dengan pasangan yang tidak dirawat atau menghidapi Chlamydia. Bagaimanapun jangkitan Chlamydia mudah disembuhkan jika ia nya dikenalpasti awal dan rawatan dimulakan secepat mungkin.

Jangkitan Chlamydia yang tidak dirawat pada pesakit wanita boleh menyebabkan radang pelvis (pelvic inflammatory disease), ketidaksuburan, masalah semasa kehamilan seperti keguguran, mengandung luar rahim dan risiko jangkitan kepada bayi.

Jangkitan Chlamydia yang tidak dirawat pada pesakit lelaki boleh menyebabkan radang pada epididymis atau tiub pembiakan lelaki (epididymitis) dan radang pada kelenjar prostat (prostatitis) serta menyebabkan ketidaksuburan dan masalah ejakulasi dan seksual. 

Apakah gejala penyakit Chlamydia?

Ramai pesakit tidak mempunyai gejala tetapi mereka masih boleh menyebarkan Chlamydia kepada orang lain.

Bagi pesakit wanita, ia boleh menyebabkan keputihan berbau, pendarahan yang tidak normal seperti antara kitaran haids dan selepas melakukan seks, sakit dibawah perut, sakit ketika membuang air kecil, sakit ketika haids dan semasa melakukan seks. 

Bagi pesakit lelaki, antara gejala yang mungkin dialami adalah cecair keluar dari zakar, sakit ketika membuang air kecil dan ketika ejakulasi, sakit dibahagian bawah perut dan sakit dibahagian skrotum.

Lelaki dan wanita juga boleh mengalami jangkitan Chlamydia direktum dan antara gejala yang mungkin berlaku adalah sakit, cairan keluar dari dubur serta pendarahan dari dubur. 

Bagaimanakah saya boleh melakukan pemeriksaan untuk mengenalpasti Chlamydia?

Anda disarankan berjumpa dengan doktor untuk ujian lanjut. Kebiasaannya, sampel air kencing atau cecair dari vagina atau penis akan diambil untuk dihantar untuk testing PCR.

Apakah ubat yang perlu saya ambil untuk merawat Chlamydia?

Ubat antibiotik yang dinamakan Azithromycin atau Doxycycline kebiasaannya diberikan untuk pesakit yang telah sah dijangkiti Chlamydia. Sangat penting untuk pesakit menghabiskan antibiotik yang telah diberikan. Pasangan juga perlu diperiksa dan dirawat. Pesakit hendak lah mengelakkan dari melakukan hubungan seks semasa menerima rawatan.

Perlukah pasangan saya menerima rawatan jika saya telah disahkan positif Chlamydia?

Ya. Ini sangat penting untuk mengelakkan anda dijangkiti semula dengan Chlamydia apabila kembali melakukan hubungan seks bersama pasangan anda. Pasangan anda juga boleh mendapatkan komplikasi jika jangkitan Chlamydia tidak dirawat.

Bolehkah jangkitan Chlamydia memberi kesan kepada saya dan bayi jika saya sedang hamil?

Jangkitan Chlamydia yang tidak dirawat pada ibu yang sedang mengandung boleh menyebabkan keguguran. Chlamydia juga boleh tersebar kepada bayi semasa kelahiran dan menyebabkan jangkitan paru- paru (pneumonia) dan jangkitan mata (conjunctivitis). Walaubagaimana pun, rawatan antibiotik masih selamat untuk diberikan kepada pesakit yang hamil bagi mengurangkan risiko ini.

Adakah saya perlu membuat pemeriksaan kembali selepas saya melengkapkan antibiotik yang diberikan?

Ya. Anda perlu melakukan kembali ujian untuk Chlamydia selepas 6 minggu untuk memastikan anda telah sembuh sepenuhnya dari jangkitan Chlamydia.

Get the Care You Deserve. Make Your Appointment Today

We focus on you. Schedule today to experience healthcare that's tailored to your needs.