Klinik Temasya
BLOG (Versi BM)

Gonorrhoea- fakta penting!

By
Updated on:

Apakah itu jangkitan Gonorrhoea dan bagaimana ia boleh tersebar?

Gonorrhoea adalah sejenis penyakit kelamin yang disebabkan bakteria yang dinamakan Neisseria Gonorrhoea. Ia tersebar melalui hubungan seks melalui faraj, dubur dan oral bersama pasangan yang mempunyai jangkitan gonorrhoea. Anda juga boleh mendapat jangkitan Gonorrhoea dengan perkongsian permainan seks atau pada mata yang terkena air mani atau cairan dari faraj yang mengandungi kuman Gonorrhoea.

Anda masih boleh mendapat jangkitan Gonorrhoea semula walaupun telah menerima rawatan sebelum ini jika anda terdedah dengan pasangan yang belum menerima rawatan atau pun pasangan baru yang menghidap jangkitan gonorrhoea. Gonorrhoea boleh menyebabkan jangkitan serius kerana ia boleh merebak ke seluruh badan melalui darah menyebabkan demam tinggi, ruam dan sakit sendi. Jangkitan gonorrhoea boleh merebak ke sendi (menyebabkan 'septic arthritis'), ke selaput otak (menyebabkan 'meningitis') dan ke jantung (menyebabkan 'endocarditis').

Jangkitan gonorrhoea yang tidak dirawat bagi pesakit wanita boleh menyebabkan radang pelvis ('pelvic inflammatory disease'), ketidaksuburan, komplikasi semasa kehamilan seperti keguguran, bayi pra-matang, kehamilan luar rahim serta tersebar kepada bayi semasa kelahiran. Bayi yang lahir daripada ibu yang menghidapi penyakit Gonorrhoea yang tidak dirawat boleh mendapat jangkitan paru-paru (pneumonia), jangkitan pada mata (conjunctivitis) dan buta.

Jangkitan gonorrhoea yang tidak dirawat bagi pesakit lelaki boleh menyebabkan radang pada epididymis atau tiub kesuburan lelaki (‘epididymitis’), kelenjar prostat (‘prostatitis’) dan masalah kesuburan. 

Apakah gejala jangkitan penyakit Gonorrhoea?

Ramai pesakit yang mendapat jangkitan Gonorrhoea tidak mempunyai apa- apa tanda dan gejala tetapi mereka masih boleh menyebarkannya kepada orang lain tanpa disedari.

Untuk pesakit wanita, jangkitan Gonorrhoea boleh menyebabkan keputihan berbau (kebiasaannya berwarna kuning atau hijau), pendarahan yang tidak normal seperti pendarahan antara kitaran haids atau selepas seks, sakit dibawah perut, sakit semasa membuang air kecil, haids yang berat dan sakit serta kesakitan semasa melakukan seks.

Untuk pesakit lelaki, jangkitan Gonorrhoea boleh menyebakan cecair keluar dari bukaan zakar (kebiasaanya berwarna kuning atau hijau), pedih dan kemerahan dikepala zakar, sakit dibawah perut, sakit semasa membuang air kecil atau ejakulasi dan sakit dibahagian skrotum.

Lelaki dan wanita juga boleh mendapat jangkitan Gonorrhoea direktum dan kebiasaanya tidak ada apa- apa gejala. Kadang-kala ia menyebabkan sakit, pendarahan serta cecair keluar dari dubur.

Apa kah ujian lanjut yang saya perlu lakukan?

Anda perlu berjumpa dengan doktor untuk ujian lanjut seperti PCR. Sampel cecair dari penis atau vagina atau air kencing akan dihantar untuk disaring.

Apakah ubat yang perlu diambil untuk rawatan Gonorrhoea?

Ubat yang akan diberikan adalah suntikan antibiotik yang dinamakan Ceftriaxone ke otot. Bagi pesakit yang mempunyai alergik kepada antibiotik ini, terdapat ubat antibiotik lain yang boleh diberikan. Adalah sangat penting untuk pasangan ada membuat pemeriksaan serta mendapatkan rawatan lanjut. Anda dan pasangan juga tidak boleh melakukan hubungan seks sehingga tamat tempoh rawatan dan gejala sudah sembuh sepenuhnya.

Adakah saya perlu menjalani ujian lagi selepas rawatan?

Ya. Kebiasaanya ujian semula akan dibuat pada 6 minggu selepas rawatan untuk memastikan jangkitan Gonorrhoea telah terhapus sepenuhnya

Get the Care You Deserve. Make Your Appointment Today

We focus on you. Schedule today to experience healthcare that's tailored to your needs.