Klinik Temasya
BLOG (Versi BM)

Sifilis- Fakta Penting!

By
Updated on:

Apakah itu jangkitan sifilis dan bagaimana ia tersebar?

Sifilis adalah sejenis penyakit kelamin yang disebabkan oleh jangkitan bakteria yang dinamakan Treponema pallidum. Bakteria ini tersebar melalui sentuhan secara terus antara bahagian lecet atau luka yang telah dijangkiti sifilis dengan lapisan yang bermukus seperti dibahagian kemaluan atau pun melalui kesan lecet divagina, dubur atau mulut walapun tanpa berlaku penetrasi. Kuman sifilis sangat lemah dan tidak mampu untuk hidup diluar badan seperti dituala atau tempat duduk ditandas awam.

Apakah peringkat jangkitan sifilis dan gejala sifilis?

Terdapat 4 peringkat jangkitan sifilis, sifilis primer, sekunder, pendam dan tertier. Walaupun jangkitan sifilis boleh disembuhkan diperingkat awal, komplikasi yang telah terjadi pada peringkat lewat tidak boleh dipulihkan semula termasuklah kerosakan kepada salur darah, otak, saraf, jantung serta boleh menyebabkan kematian.

Sifilis primer dikenalpasti dengan kewujudan ulcer dibahagian kemaluan dinamakan 'chancre'. Ulser in kebiasaannya tidak sakit dan pesakit kadang kala tidak perasan kewujudan ulser ini terutama nya apabila lokasi nya tersorok seperti dipangkal rahim atau dubur. Ini biasanya berlaku dalam tempoh 10 hingga 90 hari selepas terdedah melalui hubungan seks dengan individu yang menghidapi jangkitan sifilis. Ulser ini boleh sembuh dalam tempuh 3-6 minggu sama ada dengan rawatan atau tidak. Jika pesakit tidak mendapatkan rawatan, kuman sifilis akan terus merebak kedalam badan walaupun luka ulser telah sembuh. Pada tahap ini sifilis boleh tersebar kepada orang lain jika berlaku nya hubungan seks.

Sifilis sekunder berlaku apabila bakteria telah merebak ke seluruh badan. Pesakit akan mula mendapat gejala seperti ruam-ruam berwarna merah kecoklatan yang kebiasaaanya tidak gatal dibahagian tapak tangan dan kaki. Ruam ini juga boleh merebak kebahagian badan, dalam mulut dan kemaluan. Antara simptom lain yang mungkin terjadi adalah demam, sakit tekak, sakit kepala, sakit sendi dan gugur rambut. Kesemua ruam-ruam ini masih tetap mengandungi bakteria dan sangat mudah untuk berjangkit kepada orang lain.

Sifilis pendam terjadi apabila pesakit tidak mempunya apa- apa gejala dan ia nya boleh berlarutan sehinga bertahun lama nya tanpa mendatangkan masalah kesihatan. Walau bagaimanapun, ujian darah masih mampu membuktikan jangkitan masih ada didalam badan tetapi pesakit tidak boleh menyebarkan nya kepada orang lain.

Sifilis Tertier adalah tahap lewat untuk jangkitan ini. Ia nya boleh membawa kemation pada 1 per 3 pesakit yang tidak mendapatkan rawatan. Tahap ini dicirikan dengan pembentukan 'gumma' iaitu radang berbetuk ketumbuhan yang boleh terbentuk dikulit, tulang dan organ dalaman. Pada tahap ini, sifilis telah pun merebak kesalur darah, jantung, otak dan saraf.

Bagaimanakah cara untuk saya lakukan ujian untuk mengenalpasti sifilis?

Anda perlu berjumpa doktor untuk ujian lanjut. Kebiasaannya ujian darah dibahagikan kepada dua iaitu ujian darah treponema dan ujian darah bukan treponema sebagai saringan dan juga mengenalpasti tahap antibodi kepada sifilis.

Apakah jenis rawatan yang perlu diambil untuk sifilis?

Sifilis boleh dirawat dengan suntikan antibiotik Penicillin ke otot. Jika pesakit mempunyai alergik kepada antibiotik Penicillin, ada pilihan antibiotik lain yang boleh diberikan. Pesakit hendaklah mengelakkan dari melakukan hubungan seks sehingga ulser telah sembuh sepenuhnya. Pesakit juga hendaklah memberitahu pasangan mengenai jangkitan sifilis supaya mereka boleh mendapatkan ujian lanjut dan rawatan selanjutnya.

Antara kesan sampingan antibiotik Penicillin adalah loya, muntah, cirit- birit, sakit kepala, ruam dan jarang sekali lidah bertukar kehitaman. Penicillin boleh menyebabkan reaksi serius yang dinamakan 'Jarisch-Herxheimer'  yang boleh menyebabkan kesan sampingan sementara seperti demam, sakit badan, sakit kepala dan dengupan jantung yang laju. Reaksi ini boleh berlaku dalam masa 1 jam selepas suntikan dan hilang dalam masa 24 jam disebabkan tindakan pertahanan badan terhadap kuman sifilis yang telah mati.

Bolehkah jangkitan sifilis merebak kepada bayi saya?

Sifilis boleh tersebar semasa kehamilan dan semasa kelahiran bayi daripada ibu yang tidak mendapatkan rawatan sifilis. Sifilis boleh menyebabkan pelbagai komplikasi kehamilan seperti keguguran, kematian bayi dalam kandungan dan bayi pra-matang. Bayi yang lahir juga boleh mengalami pelbagai komplikasi daripada jangkitan sifilis termasuk ruam, tulang bengkok, anaemia, bengkak hati dan limpa, penyakit kuning, komplikasi kepada perkembangan otak, buta dan pekak.

Adakah saya perlu menjalankan ujian selepas rawatan?

Ya. Kebiasaanya ujian darah boleh dilakukan semula pada 6 minggu selepas rawatan. Ia akan mengambil masa beberapa bulan untuk ujian darah menunjukkan tahap sifilis telah berkurangan ketahap yang rendah. 

Get the Care You Deserve. Make Your Appointment Today

We focus on you. Schedule today to experience healthcare that's tailored to your needs.