Klinik Temasya
BLOG (Versi BM)

Ejakulasi pramatang

By
Updated on:

Ejakulasi pramatang adalah masalah kesihatan seks yang lazim berlaku pada golongan lelaki. Ejakulasi pramatang adalah keadaan dimana ejakulasi berlaku terlalu awal menyebabkan ketidakpuasan seks kepada diri dan pasangan. Walaupun definisi ejakulasi pramatang berbeza, American Urological Association mendefinisikan keadaan dimana ejakulasi berlaku terlalu awal dari yang diingini samaada sebelum atau selepas berlakunya penetrasi seks dengan kadar cepat sehingga menyebabkan kerusingan dan ketidakpuasan seks sama ada pada seseorang itu atau pada pasangan mereka. 

Setiap pasangan mempunyai definisi jangka masa seks ideal yang berbeza, iaitu waktu berlakunya aksi penetrasi vagina sehingga ejakulasi (dipanggil intravaginal ejaculation latency time, IELT). Terdapat kes dimana jangka masa antara penetrasi sehingga ejakulasi berlaku hanya dalam beberapa minit sahaja tetapi ianya tidak memberikan masalah. Tetapi, jika seseorang itu atau pasangan mereka runsing dan ianya mengganggu kehidupan seks mereka, ini diklasifikasikan sebagai ejakulasi pramatang. Kebiasaannya, purata normal jangka masa penetrasi hingga mencapai ejakulasi adalah antara 5 hingga 7 minit.

Terdapat dua jenis ejakulasi pramatang, iaitu primer dan sekunder. Ejakulasi pramatang primer berlaku pada kali pertama melakukan seks dan setiap kali aktiviti seks. Ejakulasi pramatang sekunder pula berlaku pada lelaki yang pada awalnya mempunyai jangkamasa ejakulasi yang normal tetapi kemudiannya mendapat masalah ejakulasi pramatang. Ini kebiasaannya disebabkan kebimbangan prestasi dan mati pucuk. Terdapat 30-50% lelaki yang mengalami masalah mati pucuk juga mengalami masalah ejakulasi pramatang khususnya dibahagian Pasifik Asia dimana kemungkinan untuk pesakit yang mempunyai masalah mati cucuk adalah 6.9 kali ganda berisiko untuk mendapat ejakulasi pramatang berbanding lelaki yang tidak mempunyai masalah mati cucuk.

Terdapat beberapa cara untuk merawat ejakulasi pramatang. Terapi kelakuan memainkan peranan penting membina toleransi pada ransangan dan melambatkan ejakulasi. Antara nya adalah teknik 'start-stop' iaitu dengan stimulasi zakar sebelum berlakunya ejakulasi, kemudian berhenti sehingga dorongan ejakulasi hilang. Ini dilakukan beberapa kali agar seseorang itu dapat mengenalpasti 'point of no return' iaitu fasa keransangan maksimum sebelum orgasm dan cuba menahannya. Cara lain adalah teknik 'squeeze'  dimana anda atau pasangan memicit kawasan diantara kepala zakar dan bahagian batang zakar beberapa saat sehingga dorongan  untuk ejakulasi hilang. Adalah sangat penting untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur pada pasangan semasa hubungan seks. Cara lain adalah seperti masturbasi sebelum melakukan seks, penggunaan kondom dan latihan otot lantai pelvis juga dapat membantu merawat ejakulasi pramatang.

Antara ubat- ubatan yang dapat merawat ejakulasi pramatang adalah penggunaan krim kebas 30-45 minit sebelum melakukan seks dan ubat yang dinamakan Dapoxetine (Priligy). Ubat Dapoxetine boleh diambil 1 hingga 3 jam sebelum melakukan seks. Antara kesan sampingan ubat ini adalah kepala pusing dan pengsan, loya, muntah dan sakit kepala. Jika pesakit mempunyai masalah ejakulasi pramatang dan mati cucuk, terdapat beberapa masalah perubatan yang perlu diperiksa dan dirawat terlebih dahulu seperti tabiat rokok, kencing manis, sakit jantung, tinggi kolesterol dan tahap hormon testosterone yang rendah. Penggunaan ubat PDE5-i seperti Cialis dan Viagra juga boleh membantu mengatasi masalah mati pucuk.

Ejakulasi pramatang adalah gangguan seks lazim yang berlaku pada golongan lelaki tetapi tidak ramai lelaki yang mendapatkan rawatan serta memilih untuk menderita dalam senyap. Ia boleh memberikan kesan negatif pada seseorang itu dan juga pada pasangan mereka. Bagi pasangan yang baru berumahtangga, ia akan melambatkan proses mendapatkan cahaya mata. Ia juga boleh menyebabkan rasa malu dan kurang keyakinan diri serta boleh meruntuhkan keharmonian hidup berpasangan. Jika anda atau pasangan mengalami masalah ejakulasi pramatang atau masalah seksual lain, berbincanglah dengan doktor kami untuk maklumat lanjut.

Get the Care You Deserve. Make Your Appointment Today

We focus on you. Schedule today to experience healthcare that's tailored to your needs.