Fakta penting LONG COVID
- Kesukaran bernafas
- Sakit dada
- Jantung berdebar
- Pening dan pusing kepala
- Mudah penat terutamanya apabila melakukan aktiviti fizikal
- Selalu rasa sakit dan badan terasa panas
- Batuk
- Sakit kepala
- Sakit senda, sakit badan
- Cirit birit, muntah, sakit perut dan kurang selera makan
- Hilang deria bau dan rasa
- Sakit tekak
- Ruam pada kulit
- Tekanan perasaan, kerisauan melampau
- Mudah lupa dan sukar untuk fokus ('kabut ingatan')
- Sukar tidur
- Sakit telinga, telinga berdengung
Sukar untuk menjangkakan kesan jangka masa panjang selepas jangkitan COVID-19. Sebab mengapa sesetengah pesakit terus menderita gejala dan tanda Long COVID tidak diketahui. Penyelidik berpendapat bahawa coronavirus menyebabkan sistem pertahanan badan diaktifkan secara berlebihan menyebabkan sistem pertahanan badan menyerang bukan sahaja virus tetapi tisu dalam badan. Ramai pesakit yang telah sembuh daripada sistem pernafasan akut teruk (SARS) disebabkan jangkitan COVID menghidapi sindrom kelelahan kronik (chronic fatigue syndrome) iaitu kepenatan melampau yang diterukkan dengan aktiviti fizikal dan mental yang tidak dapat dipulihkan walaupun dengan rehat.
Malangnya pada tahap ini tidak terdapat ubat penyembuh bagi Long COVID selain rawatan simptom. Cara terbaik pada masa ini adalah dengan langkah pencegahan jangkitan COVID-19 dengan mematuhi SOP dan garis panduan tempatan seperti memakai topeng muka, penjarakan sosial, mengelakkan tempat sesak, memastikan tangan sentiasa bersih dan mendapatkan vaksin. Mencegah lebih baik dari mengubati. Lindungi diri, lindungi semua.