Klinik Temasya
BLOG (Versi BM)

Fakta tentang haid!

By
Updated on:

Haid atau menstruasi juga dikenali umum sebagai datang bulan atau uzur. Terdapat beberapa fakta yang perlu wanita ketahui mengenai keunikan haid supaya anda dapat mengenalpasti perubahan tidak normal pada kitaran haid dan mendapat rawatan awal. Haid biasa nya merujuk pada waktu berlakunya pendarahan vagina tetapi ini hanya lah salah satu fasa kitaran haid. Purata umur berlakunya haid adalah pada umur 12 tahun.

Sebenarnya terdapat 4 fasa haid iaitu  menstrual, follicular, ovulation dan fasa luteal.

Fasa pertama haid adalah menstrual iaitu dimana berlakunya pendarahan dari vagina. Ini disebabkan tahap hormon estrogen dan progesterone yang rendah apabila telur dari kitaran haid yang sebelumnya tidak disenyawakan. Jadi, dinding rahim tidak lagi diperlukan dan ianya akan luruh serta dikeluarkan dari badan dalam bentuk darah haid. Durasi fasa menstrual ini adalah antara 2 hingga 7 hari. 

Purata darah normal yang hilang semasa fasa menstruasi adalah antara 1 sudu besar ke 1 cawan kecil. Terdapat mitos dimana wanita tidak boleh hamil jika melakukan seks semasa datang haid. Bagaimana pun sperma boleh hidup didalam sistem peranakan wanita sehingga 7 hari dan sekiranya anda melakukan seks dihari akhir haid, anda boleh hamil jika ovulasi berlaku dan masih terdapat sperma hidup. Seks semasa haid boleh melegakan sakit perut tetapi ianya membawa risiko tinggi jangkitan penyakit kelamin daripada darah haid.

Get the Care You Deserve. Make Your Appointment Today

We focus on you. Schedule today to experience healthcare that's tailored to your needs.