Klinik Temasya
BLOG (Versi BM)

Kerisauan melampau dan serangan panik

By
Updated on:

Kerisauan adalah emosi semulajadi sihat yang dialami oleh semua manusia. Bila seseorang individu itu berhadapan dengan situasi yang boleh mencetuskan bahaya kepada diri mereka, perasaan risau bukan sahaja normal tetapi perlu untuk kelansungan hidup. Hormon adrenalin yang dirembeskan dalam situasi 'fight or flight' menyebabkan simptom fizikal seperti jantung berdebar dan pernafasan menjadi laju atau tercungap, berpeluh, menggigil, deria menjadi tajam dan keresahan. Perubahan fizikal badan ini  akan membantu anda bersedia menghadapi sebarang bahaya yang kemungkinan berlaku

Dizaman moden ini kerisauan biasanya berkait dengan hubungan peribadi atau dengan individu lain, keluarga, pendidikan, kewangan dan perubahan fasa hidup. Anda mungkin akan merasa runsing dan risau sebelum membuat keputusan besar atau ketika menghadapi situasi stres tinggi seperti peperiksaan, perkahwinan, membeli hartanah atau membuka busines baru.

Kerisauan melampau dikenalpasti apabila ia memberi kesan besar kepada emosi seseorang itu dan mereka tidak dapat mengawal perasaan risau dan takut sehingga memberi impak negatif kepada kehidupan sosial, pekerjaaan, hubungan serta kehidupan harian mereka. Apa yang membezakan emosi risau yang 'normal' atau melampau adalah jangkamasa serta keterukan kerisauan berbanding sebab pencetus. Kerisauan melampau menyebabkan seseorang itu mengalami pelbagai gejala fizikal dan psikologi seperti keresahan, mudah marah, sukar tidur, mudah penat, sukar untuk fokus, jantung berdebar, sakit dada, sakit perut, sukar bernafas, menggigil, kebas dan sesemut dihujung jari dan sekitar mulut. Gejala panik seperti ini yang membezakan kerisauan biasa dengan kerisauan melampau 

Terdapat pelbagai jenis kerisauan melampau seperti kerisauan melampau umum, fobia, kerisauan kompulsif, stress post-trauma (PTSD) dan serangan panik. Pesakit yang menghidapi masalah kerisauan melampau kerap kali mempunyai penyakit mental lain seperti kemurungan dan ketagihan yang memberi kesan kesihatan dan kesejahteraan hidup harian mereka. Kerana terdapat pelbagai simptom fizikal, seseorang individu yang mempunyai kerisauan melampau mungkin akan kerap kali berjumpa doktor atau mendapatkan rawatan di unit kecemasan serta terpaksa menjalani pelbagai ujian tidak perlu kerana mereka sebenar nya tidak mempunyai sebarang penyakit atau masalah fizikal. Adalah sangat penting untuk individu yang mengalami masalah kerisauan melampau memahami bahawa gejala fizikal yang mereka alami adalah berpunca dari masalah psikologi yang perlu dirawat terlebih dahulu

Amalkan gaya hidup sihat seperti berhenti merokok, mengurangkan tekanan, mengamalkan teknik relaksasi dan pernafasan dalam serta melakukan senaman untuk mengurangkan atau mengelakkan dari kerisauan melampau. Jika anda mengalami masalah kerisauan melampau atau penyakit mental lain, berbincanglah dengan doktor kami untuk rawatan yang sesuai

Get the Care You Deserve. Make Your Appointment Today

We focus on you. Schedule today to experience healthcare that's tailored to your needs.