Klinik Temasya
BLOG (Versi BM)

Jangkitan kulat kuku

By
Updated on:

'Onychomycosis' atau 'tinea unguium' adalah jangkitan kulat atau fungus pada kuku kaki atau tangan dan kebiasaannya berlaku pada orang dewasa terutamanya yang berumur lebih dari 60 tahun. Kulat kuku biasanya terjadi padi kuku kali berbanding kuku ditangan. Jangkitan kulat kuku bukan sahaja boleh menyebabkan rasa rendah diri kerana kuku yang tidak cantik tetapi boleh mengganggu pergerakan kaki dan menyebabkan kecacatan jari kaki. Jangkitan kulat kuku juga boleh menyebabkan jangkitan kulit yang serius ('cellulitis') terutamanya pada warga tua yang mempunyai pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis sehingga menyebakan risiko amputasi (potong jari atau kaki) serta kematian disebabkan kuman yang telah merebak kedalam darah.

'Dermatophytes' dan  'nondermatophytic molds' adalah penyebab jangkitan kulat kuku. Ia menyebabkan kuku menjadi tebal, bertukar warna (kuning, coklat atau putih), tertanggal daripada lapisan katil kuku serta mudah pecah dan patah. Kadangkala, jangkitan kuman boleh tersebar dibahagian kulit antara jari kaki ('tinea pedis').

Terdapat beberapa risiko penyebab jangkitan kulat kuku antara nya umur lebih dari 60 tahun, mempunyai masalah sakit kronik seperti kencing manis, perjalanan darah kaki yang tersumbat ('peripheral vascular disease'), kecederaan pada kuku, aktiviti bersukan serta keadaan kulit kaki yang lembap disebabkan penggunaan kasut bertutup yang lama. 

Rawatan jangkitan kulat kuku adalah sukar kerana kadar sembuh sepenuhnya yang rendah serta tidak konsisten dan jangkitan yang kerap berulang kembali walaupun rawatan telah diberikan secara optimal. Kombinasi ubat digunakan iaitu dengan menggunakan rawatan terus ke kuku dan pil penghapus kulat. Ubat pil anti-kulat adalah rawatan utama untuk jangkitan ini kerana rawatan topikal sukar untuk menembusi lapisan kuku yang tebal dan membunuh jangkitan kulat.

Jika anda mempunyai masalah jangkitan kulat kuku, berjumpa lah dengan doktor kami untuk berbincang mengenai rawatan yang sesuai.

Get the Care You Deserve. Make Your Appointment Today

We focus on you. Schedule today to experience healthcare that's tailored to your needs.