Klinik Temasya
BLOG (Versi BM)

Radang alahan kulit  

By
Updated on:

Radang alahan kulit atau 'contact dermatitis' adalah reaksi akut dan kronik disebabkan terdedah pada bahan yang boleh memberi kerengsaan pada kulit. Terdapat dua kategori radang alahan kulit iaitu 'irrirritant contact dermatitis' dan 'allergic contact dermatitis'.

Irritant contact dermatitis (ICD) adalah disebabkan pendedahan kulit pada bahan kimia yang menyebabkan kerengsaan akut berlaku dalam masa beberapa minit atau lewat selepas 8 hingga 24 jam. ICD adalah penyakit kulit lazim, iaitu 80%  yang berkait dengan pekerjaan.

Antara bahan kimia yang boleh menyebabkan reaksi kerangsaan kulit ICD adalah bahan pencuci yang kuat, bahan kimia berasid dan beralkali, cecair kimia bergred industri, gentian kaca, serbuk pengering, habuk, garam dan pendedahan berlebihan pada air. Ia menyebabkan gejala seperti pedih, menyengat, gatal dan lebih teruk adalah lepuh dan kulit mati yang bertukar kehitaman. Ia biasanya terhad pada bahagian kulit yang bersentuhan dengan bahan-bahan kimia yang terlibat.

Kebanyakan kes ICD adalah disebabkan pendedahan kronik yang berulang kali menyebabkan kerosakan pada bahagian pelindung kulit dan keradangan. Peringkat awal terdapat gejala seperti waktu akut tetapi semakin lama kulit akan menjadi kering, bersisik, merah, merekah serta tebal. Ia biasanya lebih lazim berlaku pada bahagian tangan. Rawatan  adalah dengan pengelakkan kulit dari terdedah dengan bahan kimia perengsa, ubat atau krim steroid dan pelembap kulit. Ia mengambil masa 2 minggu atau 6 minggu untuk kes kronik untuk sembuh.

Allergic contact dermatitis (ACD) pula adalah keradangan kulit disebabkan terdedah pada bahan alergen yang menyebabkan reaksi alergik yang mengambil masa untuk terhasil. Ia menyebabkan 7% kes yang melibatkan pekerjaan dan selebihnya disebabkan pendedahan kepada bahan kemas (nikel), produk penjagaan kulit dan kosmetik, ubat krim seperti antibiotik, tumbuh- tumbuhan dan ubat yang dibuat sendiri dirumah. Pendedahan kepada alergen yang tidak kuat menyebabkan reaksi yang tidak terlalu serius tetapi bahan alergen yang kuat mungkin menyebabkan reaksi serius yang sangat cepat berlaku. Lebih lama kulit terdedah pada bahan alergen, lebih teruk reaksi pada kulit. Gejala pada kulit adalah kemerahan, benjol pada kulit (papules), lecet dan bersisik. Pada peringkat awal, gejala terhad pada bahagian kulit yang terdedah kepada alergen tetapi lama kelamaan merebak kebahagian kulit lain. Pengesahan boleh dibuat dengan ujian tampalan untuk mengenalpasti alergen yang terlibat dan mengelakkan kulit terdedah lagi pada alergen dimasa depan. Rawatan adalah menggunakan krim steroid.

Individu yang mempunyai sejarah atopy seperti penyakit eczema berisiko tinggi untuk mendapat radang alahan kulit. Adalah sangat penting untuk memakai pakaian dan kasut perlindungan semasa berkerja jika anda terdedah kepada bahan kimia yang boleh menyebabkan kerengsaan. Gunakan sabun dan krim yang mempunyai label 'hypoallergenic' dan tidak mempunyai wangian. Hentikan penggunaan produk yang mungkin menyebabkan keradangan kulit dan berjumpa lah dengan doktor kami untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Get the Care You Deserve. Make Your Appointment Today

We focus on you. Schedule today to experience healthcare that's tailored to your needs.