Klinik Temasya
BLOG (Versi BM)

Fakta tentang vagina dan tips penjagaan 

By
Updated on:

Vagina adalah organ khusus dalam sistem reproduksi wanita. Ia adalah tiub yang menghubungkan bahagian luar faraj dan bahagian dalam pangkal rahim ('cervix'). Kajian menunjukkan panjang vagina adalah diantar 2.7 ke 3.1 inci. Semasa seks, vagina akan memanjang sehingga 4.3 ke 4.7 inci. Kesihatan vagina boleh berubah mengikut perubahan usia, faktor hormon dan kelahiran bayi menyebabkan kelonggaran dan kekeringan dan sakit semasa berintimasi. 

Vagina mempunyai pH yang sedikit beracid iaitu kurang daripada pH 4.5 disebabkan kolonisasi bakteria baik seperti Lactobacillus yang menghasilkan asid laktik. Ini menyebabkan bakteria jahat menjauhi kawasan vagina serta membantu sperma untuk berenang kedalam peranakan. Ketidakseimbangan nisbah bakteria boleh menyebabkan pelbagai jangkitan bakteria dan kulat. Penggunaan sabun (yang kebiasaannya mempunyai pH beralkali) boleh menganggu keseimbangan pH dalam vagina. Vagina boleh 'membersihkan diri' iaitu dengan menghasilkan cecair yang menolak keluar sel-sel mati keluar badan. Mengguna kan air sahaja sudah mencukupi untuk membersihkan vagina. Perubahan usia dan putus haid ('menopause') menyebabkan bilangan bakteria baik Lactobacillus berkurangan dan kawasan vagina lebih terdedah pada jangkitan bakteria jahat. Penggunaan makanan tambahan seperti Probiotik atau pun makanan yang mengandungi Probiotik yang tinggi seperti yogurt, kefir dan Yakult boleh menambahkan bilangan bakteria baik dalam vagina.

Vagina menghasilkan cecair yang kebiasaannya tidak berbau dan warnanya sedikit putih dan telus lutsinar. Kadangkala perubahan hormon dan aktiviti seks boleh menyebabkan cecair bertukar sedikit pekat. Bagaimana pun jika cecair keputihan yang keluar dari vagina lebih banyak, warna nya tertukar kuning, hijau atau kelabu serta berbau hanyir, gatal dan pedih pada bahagian faraj, ini bermakna terdapat jangkitan pada bahagian vagina. Berbincang lah dengan doktor mengenai rawatan yang sesuai untuk menghilangkan masalah ini.

Apakah yang boleh anda lakukan untuk memastikan kesihatan vagina yang optimal? Elakkan penggunaan sabun atau pencuci wanita yang berbau wangi serta penggunaan seluar dalam atau seluar yang ketat. Guna kan seluar dalam yang diperbuat dari kain kapas ('cotton'). Elakkan praktis mencukur atau 'waxing' kerana ia boleh menyebabkan iritasi pada kawasan vagina yang sensitif dan lebih mudah terdedah pada jangkitan kuman seperti radang pada akar rambut (folliculitis) dan Bartholin cyst. Cukup dengan menggunting bagi mengelakkan bulu tumbuh terlalu panjang. Bulu pada kawasan kemaluan penting untuk memerangkap bakteria jahat dan kotoran sama seperti bulu mata kita. Ia juga dapat mengurangkan iritasi kulit disebabkan geseran semasa aktiviti seks

Aktiviti seks yang kerap boleh membantu menyihatkan vagina. Senaman kegel yang kerap juga dapat membantu mengetatkan kembali otot vagina, membantu masalah kawalan air kencing serta meningkatkan kepuasan seks. Penggunaan pelincir vagina sebelum hubungan seks juga boleh mengurangkan ketidakselesaan semasa berinitimasi. Terdapat juga produk seperti pelembap vagina yang mengandungi 'Hyaluronic acid' seperti Hyal Gel yang mampu menambahkan kelembapan pada vagina. Mengamalkan seks selamat menggunakan kondom sebagai perlindungan juga mampu mengurangkan risiko terdedah pada jangkitan seperti penyakit kelamin

Jika anda mempunya persoalan lain mengenai kesihatan vagina anda, datang lah berbincang dengan doktor kami untuk maklumat lanjut.

Get the Care You Deserve. Make Your Appointment Today

We focus on you. Schedule today to experience healthcare that's tailored to your needs.