Klinik Temasya
BLOG (Versi BM)

Bacterial vaginosis - penyebab Miss V berbau

By
Updated on:

Bacteria vaginosis atau singkatan nya BV adalah sebab lazim keputihan vagina yang berbau hanyir. BV bukan lah penyakit kelamin tetapi ia boleh meningkatkan risiko untuk anda mendapat jangkitan penyakit kelamin. BV disebabkan jangkitan bakteria seperti Gardnerella vaginalis.

Gejala utama BV adalah keputihan berbau hanyir seperti bau ikan terutamanya selepas aktiviti seks. Anda juga mungkin menyedari perubahan warna dan tekstur cecair vagina bertukar ke warna putih pekat atau kelabu dan berair. Terdapat 50% wanita yang mempunyai BV tidak mempunyai apa-apa gejala. Kadang kala ia mungkin menyebabkan rasa pedih ketika membuang air kecil atau kegatalan pada bukaan faraj.

BV tidak dikira penyakit merbahaya tetapi ia boleh meningkatkan risiko untuk mendapat jankitan penyakit kelamin seperti Chlamydia dan gonorrhoea yang boleh menyebabkan radang pada sistem reproduksi wanita. Ia juga boleh menyebabkan komplikasi semasa mengandung menyebabkan keguguran, jangkitan kuman selepas melahirkan anak ('post-partum endometritis') dan radang jangkitan pada lapisan luar yang melindungi janin dalam perut ('chorioamnionitis').

BV disebabkan ketidakseimbangan flora bakteria baik dalam vagina. Kebiasaannya vagina mempunyai bakteria baik seperti  Lactobacilli  yang menghasilkan asid laktik menyebabkan pH yang sedikit beracid. Ini melindungi vagina daripada bakteria jahat dan menyebabkan jangkitan. BV terjadi apabila nisbah bilangan bakteria jahat yang membiak lebih daripada bakteria baik. Ia berbeza dari jangkitan vagina yang lain seperti jangkitan kulat ('Candidiasis') atau penyakit kelamin penyebab jangkitan vagina seperti 'Trichomoniasis'.

Risiko penyebab BV adalah praktis meruang vagina iaitu mencuci faraj dan vagina dengan cairan seperti campuran cuka, penggunaan sabun atau produk wanita yang mengandungi wangian serta mempunyai pasangan seks baru atau ramai pasangan seks. Rawatan BV adalah dengan ubak antibiotik dinamakan Metronidazole. Jangkitan BV yang tidak dirawat boleh menyebabkan pelbagai komplikasi bagi wanita yang sedang hamil. Ia nya perlu dirawat jika pesakit ingin menjalani pembedahan pelvis seperti pembuangan rahim ("hysterectomy") walaupun pesakit tidak mempunyai apa-apa gejala. Pasangan lelaki biasanya tidak memerlukan rawatan tetapi BV boleh tersebar kepada pasangan wanita.

Jika anda mempunyai masalah vagina berbau, boleh berjumpa doktor kami untuk rawatan yang sesuai.

Get the Care You Deserve. Make Your Appointment Today

We focus on you. Schedule today to experience healthcare that's tailored to your needs.