Klinik Temasya
BLOG (Versi BM)

Jangkitan kulat di vagina

By
Updated on:

Apakah gejala jangkitan kulat divagina?

Jangkitan kulat di vagina atau 'vaginal candidiasis' sangat lazim terjadi pada wanita. Ia menyebabkan kegatalan dibahagian faraj and vagina terutama dibahagian bukaan faraj, kebiasaannya berlaku sebelum datang haid. Ini menyebabkan kesakitan dan kepedihan terutama nya selepas membuang air kecil. Kebiasaannya ia menyebabkan keputihan pekat, melekat terutamanya dibahagian dinding vagina dan berbentuk seperti ‘cottage cheese’

Apakah faktor yang menyebabkan jangkitan kulat divagina? 

Kebiasaannya kelenjar dibahagian dalam vagina menghasilkan cecair yang membawa sel2 lama keluar dari badan. Ini adalah cara semulajadi badan untuk mengekalkan vagina yang sihat. Cairan atau keputihan yang normal biasanya berwarna putih cair dan tidak berbau. Warna dan kepekatan cecair dari vagina bergantung kepada perubahan hormon badan seperti ketika haid, ovulasi, aktiviti seks, penyusuan bayi dan menopaus. Cairan vagina yang normal juga mengandungi bakteria baik seperto Lactobacillus yang menghindari jangkitan bakteria jahat dan menyebabkan vagina pH yang sedikit beracid antara pH 4 hingga 4.5

Kulat yang menyebabkan jangkitan divagina adalah Candida yang kebiasaanya wujud di dalam saluran usus dan kadangkala dibahagian vagina. Bagaimanapun Candida tidak menyebabkan gejala2 tidak normal. Apabila berlakunya perubahan dipersekitaran vagina contohnya disebabkan penggunaan sabun yang kuat, antibiotik atau pertahanan badan yang lemah disebabkan penyakit seperti kencing manis, kulat Candida ini akan membiak dan menyebabkan gejala seperti diatas. 

Antara risiko lain penyebab jangkitan kulat adalah penggunaan ubat hormon pencegah kehamilan seperti ubat perancang, penggunaan alat pencegah kehamilan seperti IUD, kehamilan, kencing manis dan aktiviti seks. 

Bagaimanakah doktor boleh mengesahkan jangkitan kulat Candida?

Jangkitan kulat dapat disahkan dengan mengambil sampel cairan daripada bahagian atas vagina. Sampel ini juga dapat mengesahkan kehadiran kuman lain seperti Gardnerella (penyebab jangkitan bacteria vaginosis) dan penyakit kelamin Trichomonas. Pap smear juga dapat mengesan kuman kulat dibahagian vagina.

Bagaimanakah cara rawatan jangkitan kulat Candida?

Kebiasaannya rawatan yang akan diberikan adalah dengan menggunakan pil, pesari (sejenis ubat yang dimasukkan kedalam vagina) dan krim. Krim digunakan dibahagian luar bibir faraj untuk menghilangkan kegatalan dan kemerahan. Pesari mengandungi ubat seperti Clotrimazole dan Flagystatin digunakan dengan memasukkannya kedalam vagina sebelum tidur. Makanan tambahan seperti Probiotik juga akan diberi untuk menambahkan bilangan bakteria baik dibahagian vagina. 

Bagaimana kan cara untuk mengelakkan jangkitan kulat Candida pada bahagian vagina?

Rawatan yang diberikan mestilah dipakai dengan betul dan rawatan telah dilengkapkan seperti arahan doktor. Bagaimanapun, jika anda mempunyai penyakit kronik seperti kencing manis, kawalan paras gula mestilah dikawal ketahap optimal. Elakkan penggunaan sabun wangi yang berbuih atau pengunaan tampon atau pad yang mempunyai wangian. Elakkan penggunaan seluar dalam yang ketat, menggunakan tisu untuk membersihkan vagina keatas dari bahagian anus ke kawasan vagina. Makanan tambahan seperti Probiotic dan Greek Yoghurt juga digalakkan untuk kesihatan vagina.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai kesihatan wanita, datanglah berbincang dengan doktor kami diklinik untuk maklumat lanjut

Get the Care You Deserve. Make Your Appointment Today

We focus on you. Schedule today to experience healthcare that's tailored to your needs.