Klinik Temasya
BLOG (Versi BM)

Jangkitan Leptospirosis (Penyakit Kencing Tikus)

By
Updated on:

Hujan lebat telah mengakibatkan banjir teruk pernah dicatatkan di beberapa negeri yang padat populasi penduduknya di Malaysia. Penyakit leptospirosis atau kencing tikus adalah sejenis penyakit zoonosis (berjangkit daripada haiwan kepada manusia) apabila terdedah kepada air, tanah dan makanan yang telah dicemari oleh bakteria terkena pada mata, mulut atau luka pada kulit. Jangkitan Leptospirosis disebabkan bakteria yang dinamakan Leptospira. Banyak haiwan liar dan peliharaan yang boleh menyebarkan jangkitan leptospirosis terutamanya haiwan roden seperti tikus. Jangkitan Leptospirosis biasanya mengikut musim dimana kes tinggi sewaktu musim hujan dan berkurangan apabila berkurangnya hujan 

Gejala penyakit kencing tikus biasanya muncul 2 hingga 10 hari selepas terdedah pada jangkitan. Seramai 90% orang mengalami gejala ringan tetapi 10% akan mengalami gejala yang teruk. Ia menyebabkan demam tinggi, sakit kepala, sakit badan, muntah, cirit-birit, ruam, mata merah, demam kuning dan yang paling teruk adalah kegagalan organ seperti hati dan buah pinggang, pendarahan dalam paru-paru serta jangkitan pada lapisan otak (dipanggil meningitis). Kes klasik penyakit kencing tikus yang teruk diberi nama Weil's disease dimana pesakit akan mengalami kegagalan hati (penyebabkan demam kuning atau jaundice), kegagalan organ buah pinggang, pendarahan dalam paru-paru serta kerosakan pada otak

Bakteria Leptospira biasa ditemui dalam pembentung air, kolam, sungai dan tanah yang lembap. Apabila haiwan makan makanan yang tercemar, bakteria Leptospira akan masuk kedalam saluran darah dan seterusnya ke organ buah pinggang haiwan tersebut. Ini menyebabkan bakteria ini dikeluarkan secara berterusan dalam air kencing haiwan yang telah dijangkiti tanpa haiwan tersebut mengalami sebarang gejala atau jatuh sakit. Haiwan pembawa kuman Leptospira adalah haiwan roden (seperti tikus, cencurut dan tikus mondok), anjing, rakun, babi hutan, lembu, arnab dan posum

Ketika ini, tidak ada vaksin perlindungan terhadap jangkitan penyakit kencing tikus. Ubat antibiotik seperti Doxycycline digunakan sebagai langkah pencegahan bagi mereka yang terdedah kepada jangkitan melalui pekerjaan seperti penyelamat dan sukarelawan. Penyakit kencing tikus boleh menyerupai penyakit virus lain seperti jangkitan hati (hepatitis) dan demam denggi. Oleh itu rawatan antibiotik hendaklah dimulakan secepat mungkin bagi mengelakkan komplikasi serius dan kematian

Cegah penyakit kencing tikus dengan memakai kasut bertutup sebaiknya kalis air, kerap membasuh tangan, tutup luka dengan penutup luka kalis air, jangan menyentuh haiwan yang sedang sakit atau telah mati, jangan berenang dikawasan air tercemar dan minum air hanya dari sumber yang bersih seperti botol mineral. Risiko penyakit kencing tikus paling tinggi selepas hujan, jadi elakkan aktiviti rekreasi air seperti berenang disungai dan air terjun selepas hujan. Pastikan kawasan persekitaran rumah anda bersih dan tiada makanan terbiar bagi mengelakkan tikus membiak

Jika anda terdedah dengan banjir dan mengalami gejala yang disebutkan, dapatkan rawatan dengan segera

Get the Care You Deserve. Make Your Appointment Today

We focus on you. Schedule today to experience healthcare that's tailored to your needs.