Klinik Temasya
BLOG (Versi BM)

Kalsium dan kesihatan tulang

By
Updated on:

Kalsium adalah mineral penting untuk fungsi otot dan menjadikan tulang dan gigi yang kuat dan sihat. Tulang dan gigi menyumbangkan 99% kalsium yang terdapat dalam badan manusia. Bayangkan tulang dan gigi kita sebagai tempat penyimpanan kalsium. Jika anda tidak mengambil kalsium yang cukup dari pemakanan dan diet harian, badan akan menggunakan kalsium yang tersimpan dari dalam tulang. Badan kita tidak boleh menghasilkan kalsium dengan sendirinya dan bergantung sepenuhnya dari pemakanan harian

Sel tulang yang lama akan dihancurkan dan tulang baru akan dibina semula setiap hari. Kalsium adalah umpama batu-bata yang membangunkan semula tulang. Bagaimanapun jika kadar penghancuran tulang berlaku lebih dari kapasiti badan untuk menghasilkan tulang baru, tulang akan menjadi rapuh. Ini yang terjadi pada individu yang mengalami penyakit osteoporosis atau kerapuhan tulang dimana ketumpatan tulang menjadi rendah dan menyebabkan banyak lompong kosong distruktur dalam tulang menyebabkan ia mudah patah

Kekurangan kalsium sangat lazim berlaku terutamanya pada golongan wanita yang menghampiri menopause atau pun telah menopause. Wanita perlu mengambil kalsium yang lebih tinggi berbanding lelaki dalam pemakanan harian mereka. Seiring usia, kadar estrogen akan mula berkurangan apabila semakin menghampiri menopause menyebabkan wanita lebih mudah mendapat masalah kerapuan tulang. Kalsium juga penting untuk kanak-kanak. Pembesaran kanak-kanak yang tidak mendapat cukup kalsium akan terbantut dan menyebabkan ketinggian mereka tidak tercapai sepenuhnya sewaktu dewasa. Ia juga boleh menyebabkan tulang membengkok secara tidak normal serta lemah (dipanggil rickets). Wanita yang mengandung dan menyusukan bayi juga perlu mendapatkan kalsium yang lebih tinggi penting untuk tumbesaran tulang bayi dalam kandungan dan penghasilan susu 

Kekurangan kalsium dalam badan boleh menyebabkan pelbagai gejala fizikal seperti kejang otot, sakit otot, kebas dan sesemut pada jari tangan dan kaki, kuku mudah patah dan kerapuhan tulang menyebabkan tulang patah. Kekurangan kalsium dikaitkan dengan kekurangan vitamin D. Adalah penting untuk anda mendapatkan kalsium dalam diet harian dari pelbagai sumber makanan seperti susu lembu, susu soya, produk tenusu seperti yogurt dan keju, sayur- sayuran seperti brokoli dan bok choy, kekacang dan buah kering seperti kacang badam dan aprikot, sardin, telor, tauhu dan roti

Wanita yang menghampiri atau sudah pun  menopause digalakkan mengambil makanan tambahan kalsium berserta dengan vitamin D. Vitamin D boleh meningkatkan penyerapan kalsium dalam badan daripada makanan. Jika anda tidak boleh mengambil susu disebabkan laktosa intoleransi, vegan atau tidak suka rasa susu atau produk tenusu, anda boleh mengambil supplemen calcium. Bagaimanapun,  supplemen kalsium boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan seperti sembelit dan perut kembung. Ambil lebih banyak air dan fiber jika anda mengambil supplemen mengandungi kalsium

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kalsium dan kesihatan tulang, dapatkan ujian dan rawatan lanjut di Klinik Temasya 

Get the Care You Deserve. Make Your Appointment Today

We focus on you. Schedule today to experience healthcare that's tailored to your needs.