Klinik Temasya
BLOG (Versi BM)

Jangkitan trichomonas

By
Updated on:

Jangkitan trichomonas adalah disebabkan parasit protozoa yang dinamakan Trichomonas vaginalis. Ia merupakan penyakit kelamin yang lazim berlaku dan tersebar melalui hubungan seks. Jangkatan trichomonas adalah salah satu jangkitan merangkumi penyakit kelamin 'non-gonococcal urethritis' (NGU).

Pesakit mungkin tidak mempunyai sebarang gejala tetapi kehadiran jangkitan trichomonas boleh meningkatkan risiko jangkitan penyakit kelamin lain seperti Gonorrhoea dan HIV. Gejala jangkitan trichomonas bagi pesakit wanita adalah keputihan berwarna kuning kehijauan yang banyak, pekat, berbuih dan berbau hanyir, kegatalan pada bibir faraj serta rasa pedih terutamanya semasa membuang air kecil. Tanda fizikal jangkitan ini adalah bibir faraj yang merah dan bengkak serta radang pada pangkal rahim atau cervik menghasilkan bintik merah seperti buah strawberi pada permukaan atas cervik (dipanggil "strawberry cervix").

Pesakit lelaki kebanyakannya tidak mempunya sebarang  gejala. Gejala jangkitan trichominas pada lelaki adalah cecair pekat kekuningan keluar dari zakar, sakit dan kemerahan pada bahagian hujung bukaan zakar dan sakit semasa membuang air kecil dan ejakulasi terutamanya diwaktu pagi. Kadangkala jangkitan boleh merebak pada saluran epididimis dan prostat menyebabkan keradangan. 

Jangkitan trichomonas boleh menyebabkan komplikasi semasa kehamilan seperti kehamilan pra-matang serta keguguran. Rawatan jangkitan trichomonas adalah dengan ubat antibiotik seperti Metronidazole. Pencegahan jangkitan trichomonas adalah dengan penggunaan kondom semasa melakukan seks serta mengelakkan aktiviti berisiko tinggi seperti mempunyai ramai pasangan seks serta penggunaan dadah terlarang.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai jangkitan trichomonas atau penyakit kelamin lain, datanglah berjumpa doktor kami untuk maklumat lanjut.

Get the Care You Deserve. Make Your Appointment Today

We focus on you. Schedule today to experience healthcare that's tailored to your needs.