BLOG (versi BM)

Jerawat

Jerawat atau 'acne vulgaris' adalah antara penyakit kulit yang sangat lazim ditemui didunia ini yang kebiasaannya terjadi pada remaja dan seseorang diawal kedewasaan. Masalah jerawat  boleh terjadi pada orang dewasa pada umur 20-an hingga ke 30-an, bagapaimanpun, sekumpulan kecil masih bertarung dengan masalah jerawat hingga umur 40-an.

Jerawat adalah masalah kulit kronik yang berasal dari kelenjar liang atau pori kulit. Terdapat 4 proses berkaitan yang berlaku penyebab terjadinya jerawat iaitu, penghasilan minyak dari kulit yang berlebihan, mengelupasan kulit yang tidak normal menyebabkan liang pori yang tersumbat, kolonisasi kuman Cutibacterium acnes (atau Propionibacterium acnes, P.acnes) serta radang kulit menyebabkan kulit menjadi merah, bengkak dan kadang-kadang sakit.

Kelenjar pori dikulit menghasilkan minyak semulajadi untuk melembapkan kulit dan rambut. Bakteria Propionibacterium acnes merupakan bakteria normal yang tinggal dikulit kita dan menjadikan minyak dikulit sebagai sumber nutrien pemakanan untuk membiak. Bagaimana pun, penghasilan minyak yang berlebihan membiakkan lagi P.Acnes dalam liang pori. Ini menyebabkan sistem pertahanan badan menghasilkan enzim yang merosakkan dinding pori, megeluarkan kulit-kulit mati ke liang rambut dan menyumbatkan pori kedalam lapisan kulit dermis. Proses ini seterus nya menyebab kan keradangan kulit sehingga terjadi benjolan merah (dinamakan papule) yang kemudiannya bernanah (dinamakan pustule).

Jerawat boleh terjadi dalam pelbagai bentuk seperti kulit berminyak, 'whitehads or blackheads', pigmentasi kehitaman, terjadi nya benjolan besar yang sakit dibawah kulit ('cystic nodules'). Jerawat kebiasaannya terjadi dibahagian kulit yang menghasilkan minyak seperti diwajah, dada dan belakang tubuh.

Jerawat boleh menyebabkan kebimbangan, rendah diri dan lebih teruk lagi, tekanan perasaan dan pembunuhan diri. Jerawat tidak boleh dibiarkan sebagai proses normal keremajaan. Jerawat yang tidak dirawat boleh menyebabkan parut yang lebih sukar untuk dirawat. Memiliki kulit yang tidak berjerawat boleh memberi kegembiraan dan menyebabkan keyakinan diri yang tinggi. 

Terdapat beberapa cara cara rawatan permasalahan jerawat termasuklah penggunaan produk kulit khas untuk merawat jerawat secare disiplin, mengelakkan pencucian wajah yang kerap dengan sabun yang mengeringkan, mengelakkan dari memecahkan jerawat serta  menjalani gaya hidup sihat. Adalah sangat penting untuk mendapatkan dari doktor sekira nya masalah jerawat semakin rumit dan berlarutan mengenai rawatan krim dan ubat yang sesuai untuk merawat jerawat. Terdapat juga cari fizikal seperti pengelupasan dengan bahan kimia ('chemical peel'), suntikan steroid pada jerawat aktif, pengeluaran comedone dan penggunaan rawatan cahaya ('phototherapy') dan laser. 

Krim yang biasa digunakan untuk rawatan jerawat adalah benzoyl peroxide, antibiotik, retinoid, salicylic acid, azelaic acid dan dapsone. Ubat tablet jerawat yang biasa digunakan adalah antibiotik, isotretinoin, ubat perancang kehamilan dan sprinolactone. Rawatan adalah berdasarkan keterukan jerawat, kos serta rawatan yang menjadi pilihan pesakit.

Terdapat faktor seperti masalah genetik dan faktor keturunan yang mempengaruhi pembentukan jerawat. Bagaimana pun faktor pemakanan dan minuman juga boleh menyebabkan jerawat yang lebih teruk seperti pemakanan makanan bergandum tinggi seperti pizza dan pasta, makanan segera seperti sosej dan burger serta makanan tenusu. Faktor psikolgi seperti tekanan, merokok, kurang tidur dan pengcemaran juga boleh menyebabkan jerawat yang lebih teruk. 

Jerawat bukan lah masalah remeh tetapi jika tidak dirawat dari awal boleh menyebabkan penyakit kronik serta penderitaan lama sehingga menyebakan keyakinan diri yang rendah. Rawatan jerawat mengambil masa dan kesabararan. Jika anda menpunyai masalah jerawat, boleh berbincang dengan doktor yang berpengalaman rawatan yang sesuai untuk kulit anda.