Klinik Temasya
BLOG (Versi BM)

Kaedah perancang keluarga VI: Pil progesterone

By
Updated on:

Pil perancang keluarga mengandungi Progesterone atau dipanggil mini pil mengandungi hormon sintetik progesterone tanpa estrogen untuk mencegah kehamilan. Ia bertindak menghalang ovulasi, menipiskan dinding rahim serta memekatkan cairan cerviks. Contohnya adalah hormon generasi lama seperti Noriday (Norethisterone) dan Microlut (Levenorgesterol) dan generasi baru seperti Cerazette (Desogestrel). 

Dibandingkan dengan kaedah perancang kehamilan kombinasi, pil progesterone selamat untuk pesakit yang mempunyai migraine dan menyusukan bayi. Ia biasanya digunakan wanita yang sedikit berusia serta mempunyai risiko tinggi kesan estrogen seperti darah beku, risiko penyakit janting dan salur darah seperti tekanan darah tinggi. Kontraindikasi pil progesterone adalah penyakit kanser payudara, sejarah pendarahan vagina yang tidak disiasat, kehamilan aktif serta penyakit hati.

Pil progesterone mempunyai kadar keberkesanan 90% untuk mencegah kehamilan. Ia mengandungi 28 pil dalam satu pek dan mesti diambil secara berterusan pada waktu yang sama setiap hari. Pil progesterone boleh diambil pada hari pertama sehingga hari ke-5 haid tanpa memerlukan sebarang perlindungan kehamilan tambahan lain. Jika ia diambil pada waktu lain dalam kitaran haid, perlindungan kehamilan lain seperti kondom diperlukan untuk 48 jam selepas itu.

Pil progesterone tradisional mempunyai jangka waktu 3 jam sementara pil progesterone generasi baru mempunyai jangka masa sehingga 12 jam. Jika anda terlupa mengambil pil lebih dari 3 jam (iaitu 27 jam dari pil yang terakhir), ambillah pil secepat mungkin. Pil seterusnya diambil pada waktu yang sama seperti biasa. Jika anda terlupa lebih dari satu pil, ambil pil pada waktu biasa dan mungkin anda perlu mengambil 2 biji pil pada satu hari yang sama. Perancang kehamilan lain seperti kondom atau mengelakkan seks perlu sehingga 2 hari yang berikutnya. Pil perancang kecemasan mesti lah diambil jika seks tanpa perlindungan berlaku selepas anda terlupa mengambil pil atau dalam masa 48 jam selepas mengambil semula pil. 

Antara kesan sampingan pil perancang progesterone adalah pendarahan vagina yang tidak teratur, jerawat, sakit pada bahagian payudara, kurang nafsu seks, sakit kepala dan loya. Pil perancang progesterone boleh diberhentikan pada bila-bila masa sahaja jika anda ingin hamil tanpa sebarang kesan pada tahap kesuburan anda. 

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai pil perancang progesterone atau kaedah perancang keluarga yang lain, berbincanglah dengan doktor kami untuk maklumat lanjut.

Get the Care You Deserve. Make Your Appointment Today

We focus on you. Schedule today to experience healthcare that's tailored to your needs.