Klinik Temasya
BLOG (Versi BM)

Kesihatan jantung

By
Updated on:

Jantung merupakan organ penting bertindak sebagai penjana tenaga keseluruh badan dan tanpa nya seluruh sistem akan tergendala dan kemudiannya terhenti. Penjagaan jantung adalah penting bagi memastikan kesihatan tubuh yang optimal

Penyakit salur darah dan jantung merupakan punca kematian utama rakyat Malaysia. Ini termasuklah penyakit jantung seperti penyakit jantung koronari, angin ahmar dan pencerutan salur darah kaki (PVD). Penyakit jantung koronari menyebabkan serangan jantung apabila saluran darah keotot jantung berkurang atau tersekat. Ini menyebabkan sakit pada bahagian dada terutamanya ketika melakukan aktiviti fizikal

Kebanyakan serangan jantung disebabkan proses yang dinamakan ‘atherosclerosis’ dimana saluran darah mengeras dan tersumbat disebabkan pengumpulan plak disekitar dinding salur darah. Risiko penyebab penyakit jantung adalah kadar kolesterol dan triglyceride yang tinggi dalam darah, tekanan darah tinggi, merokok, kencing manis, obes, kurang bersenam, pengambilan minuman keras serta diet tinggi dengan lemak tepu

80% kes kematian mengejut adalah disebabkan penyakit jantung koronari. Tidak semua kes serangan jantung sedramatik yang dipaparkan dikaca televisyen. Simptom berbeza bagi setiap individu. Sesetengah pesakit yang menhidapi penyakit kencing manis mungkin tidak mempunyai simptom tipikal sakit dada. Sakit dada yang dialami adalah seperti terdapat objek berat mencengkam diatas dada disertai dengan rasa sakit dan rasa berat dibahagian sebelah anggota kanan tangan, bahu, rahang dan belakang badan, denyutan nadi yang kencang, kesukaran bernafas, loya, muntah, pening dan berpeluh sejuk. Serangan jantung adalah kes kecemasan perubatan dan diperlu dirawat secepat mungkin.

Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk memastikan kesihatan jantung yang optimal antaranya adalah:

  • Melakukan ujian kesihatan secara berkala untuk menyaring risiko penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan kolesterol tinggi. Penyakit kronik perlu dirawat dengan gaya hidup sihat dan pengambilan ubat-ubatan secara konsisten berdasarkan nasihat doktor
  • Memastian berat badan ideal iaitu BMI 18 ke 24. Jika berat badan berlebihan atau obes, turunkan berat badan secara sihat dengan nasihat doktor
  • Lakukan aktiviti senaman aerobik seperti berjalan, jogging, berkebun, berenang dan berbasikal sekurang- kurangnya 150 minit seminggu
  • Mengambil makanan berkhasiat yang seimbang mengandungi bijirin sihat, sayur, buah-buahan dan lemak sihat. Elakkan makanan berkalori tinggi seperti makanan bergoreng, bersantan, berkuah, mentega, minuman dan makanan manis dan tinggi garam
  • Berhenti merokok
  • Mengurangkan pengambilan minuman keras
  • Dapatkan tidur yang cukup dan kawal stress dalam kehidupan harian

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai kesihatan jantung, berbincanglah dengan doktor kami untuk ujian saringan jantung 

Get the Care You Deserve. Make Your Appointment Today

We focus on you. Schedule today to experience healthcare that's tailored to your needs.