Klinik Temasya
BLOG (Versi BM)

Ketagihan pornografi dan kesannya pada seks anda

By
Updated on:

Kecanggihan perkhidmatan internet yang pantas dihujung jari telah memudahkan aktiviti melayar bahan pornografi dikomputer dan telefon bimbit serta menjadikan industri pornografi bernilai jutaan ringgit. Selebriti terkenal dari Hollywood Terry Crew dan Christ Rock telah mengetengahkan kesan tidak sihat ketagihan pornografi pada kesihatan dan hidup peribadi mereka. Ketagihan pornografi adalah aktiviti seksual kompulsif (diluar kawalan diri) dengan menggunakan bahan pornografi walaupun menyedari kesan negatif pada kesihatan fizikal, mental, sosial dan kewangan diri. Ketagihan pornografi bukan lah diagnosa rasmi kerana ianya tidak diiktiraf dalam kriteria DSM, tidak seperti ketagihan minuman keras dan bahan terlarang.

Seperti masalah ketagihan lain, ketagihan pornografi merupakan satu perbuatan menonton atau melihat bahan pornografi secara melampau (kerap) dan susah untuk ditinggalkan oleh mereka yang terlibat. Ketagihan ini boleh menyebabkan ketidakpuasan pada kehidupan seksual atau pada pasangan. Ramai yang menggunakan tontonan pornografi sebagai jalan cepat dan mudah untuk mendapatkan kepuasan seks melalui aktiviti masturbasi. Gambaran perbuatan seks atau fizikal yang dipaparkan dalam adegan pornografi tidak memberikan gambaran sebenar seks dalam kehidupan. Ini menyebabkan persepsi seseorang terhadap kelakuan seks dalam dunia realiti tersimpang serta mengurangkan nafsu dan keinginan pada pasangan.

Ketagihan pornografi boleh menyebabkan gangguan seks terutama nya pada lelaki iaitu permasalahan ereksi atau mati cucuk. Menonton bahan pornografi yang berlebihan boleh mengurangkan sensasi pada alat kemaluan. Jadi semakin lama seseorang yang mengalami ketagihan pornografi, mereka akan memerlukan peningkatan stimulasi yang lebih tinggi untuk mengekalkan keransangan seksual diri. Ini kerana menonton bahan pornografi boleh menukar cara bagaimana otak kita mendapatkan ransangan stimulasi seksual membuatkan seseorang itu kurang rasa ghairah kepada pasangan yang sebenar. Penggunaan alatan seks juga boleh menyebabkan perubahan deria saraf dibahagian alat kemaluan menyebabkan seseorang itu perlukan fizikal stimulasi yang tinggi sehingga menyebabkan masalah ereksi. Wanita yang mempunyai pasangan yang bermasalah seperti ini kerap kali berasa ditipu, hilang kepercayaan, rasa marah serta menyebabkan konflik dalam hubungan intim.

 
Individu yang kerap menonton pornografi tidak dapat mengawal keinginan diri mereka untuk terus menonton walaupun ditempat yang berisiko tinggi seperti ditempat awam atau ditempat kerja. Ramai yang mengalami masalah ini berasa malu dan kecewa selepas menonton tetapi mereka tetap tidak berhenti. Walaupun mereka telah berkali-kali cuba untuk berhenti, mereka tetap gagal berbuat demikian. Pornografi digunakan bukan sahaja sebagai bahan untuk menghilangkan rasa boring, tetapi sebagai satu cara untuk menangani masalah tekanan perasaan, kesedihan, masalah susah tidur atau masalah ketagihan lain. Mereka yang ketagih juga sanggup menghabiskan wang beribu ringgit tanpa mempedulikan keperluan belanjawan lain. Individu yang mempunyai masalah ketagihan pornografi juga terdedah kepada aktiviti berisiko tinggi dan jangkitan penyakit kelamin serta keganasan seks.
 
Jika anda atau sesiapa yang anda kenali mengalami ketagihan pornografi, dapatkan bantuan dan rawatan dari doktor yang berpengalaman untuk menangani masalah ini. 

Get the Care You Deserve. Make Your Appointment Today

We focus on you. Schedule today to experience healthcare that's tailored to your needs.