Klinik Temasya
BLOG (Versi BM)

Apa yang anda perlu tahu tentang kesihatan testis anda!

By
Updated on:

Testis adalah organ kelamin dan reproduksi lelaki bertanggungjawab menghasilkan sperma dan hormon seks lelaki iaitu testosterone. Seperti bahagian tubuh yang lain, testis juga terdedah pada pelbagai risiko kecederaan, penyakit dan jangkitan. Sepasang testis yang sihat sangat penting untuk kesihatan seks dan juga kesuburan lelaki.

Kanser testis boleh menyebabkan ketumbuhan atau benjolan pada testis disertai dengan gejala bengkak, rasa sakit dan berat pada testis. Ia juga boleh menyebabkan rasa sakit pada payudara, perut dan bawah tulang belakang. Kanser testis lebih kerap berlaku pada golongan lelaki yang muda antara 15 hingga 45 tahun. Antara risiko penyebab kanser testis adalah 'undescended testis' dimana testis tidak turun kekantung skrotum yang sepatutnya berlaku sebelum kelahiran. Kanser testis mudah dirawat dan disembuhkan sepenuhnya jika dikesan dan rawatan awal diberikan.

Merokok boleh memberikan banyak kesan buruk pada kesihatan. Ia bukan sahaja mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan kaser, ia juga boleh mengurangkan kualiti sperma yang terhasil dan mengganggu aliran darah ke bahagian kemaluan menyebabkan masalah seperti mati pucuk. Berhenti merokok bukan sahaja bagus untuk kesihatan testis tetapi ia juga bagus untuk kesihatan seluruh badan.

Aktiviti senaman juga penting untuk kesihatan fizikal dan seksual anda. Ia membantu mengekalkan berat badan yang optimal, mengurangkan tekanan serta meningkatkan tahap pengeluaran hormon seks lelaki dan melancarkan darah ke testis. Jika anda aktif bersukan, pakai pakaian yang longgar dan bagi sukan yang lasak seperti rugbi, pemakaian jockstrap mampu melindungi testis anda daripada trauma. Organ testis sangat sensitif pada suhu yang tinggi dan boleh mengganggu kualiti penghasilan sperma. Elakkan aktiviti seperti bersauna yang kerap. Adalah sangat penting untuk mengelakkan kelembapan yang berlebihan dikawasan testis kerana ia boleh menyebabkan  bau kurang enak serta pembiakan bakteria dan kulat.

Adalah sangat penting untuk mempraktiskan seks sihat untuk mengelakkan jangkitan penyakit kelamin. Pastikan penggunaan kondom dan lakukan saringan penyakit kelamin dan elakkan aktiviti berisiko tinggi yang boleh mendedahkan anda kepada penyakit kelamin seperti minum minuman keras, mempunyai ramai pasangan dan penggunaan bahan terlarang.

Untuk mengekalkan testis yang sihat, adalah sangat penting untuk anda melalukan pemeriksaan testis secara kerap. Cara terbaik adalah selepas atau semasa mandi dimana testis anda relaks sepenuhnya. Letakkan jari telunjuk dan jari tengan dibahagian bawah testis dan ibu jari diatas bahagian testis. Gerakkan testis diantara jari anda dan rasa ketulan atau benjolan yang tidak normal dibahagian testis. Jika ada ketulan atau benjolan, berjumpa lah dengan doktor untuk ujian dan rawatan lanjut.

Get the Care You Deserve. Make Your Appointment Today

We focus on you. Schedule today to experience healthcare that's tailored to your needs.