Klinik Temasya
BLOG (Versi BM)

Vaginismus - putuskan kitaran kesakitan yang membelenggu  seks anda

By
Updated on:

Vaginismus adalah ketegangan otot yang tidak terkawal yang berlaku dibahagian vagina dan faraj wanita. Ia merujuk kepada keadaan di mana wanita mengalami rasa sakit, pedih dan kekejangan menyebabkan kesukaran semasa penetrasi seks. Ini merupakan salah satu masalah seksual yang sering dihadapi oleh wanita yang bukan sahaja merunsingkan tetapi boleh mengganggu keharmonian hubungan intimasi serta menghalang berlakunya kehamilan.

Vaginismus boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu primer dan sekunder. Vaginismus primer adalah keadaan dimana seseorang itu tidak pernah menerima penetrasi vagina penuh serta tidak boleh langsung melakukan hubungan seks. Ia nya mungkin disedari sewaktu remaja ke awal kedewasaan atau semasa kali pertama menggunakan tampon atau melakukan seks. Vaginismus sekunder pula dialami disebabkan pelbagai faktor luar seperti perubahan hormon seperti putus haid ('menopause'), kelahiran anak, pembedahan pada bahagian organ pelvis seperti selepas kelahiran secara caesarean, terapi radiasi pada organ pelvis dan gangguan trauma seks dimana sebelum ini pesakit boleh melakukan hubungan seks normal. 

Wanita yang mengalami vaginismus kerap berasa takut dan cemas menyebabkan mereka mungkin mengelak dari melakukan hubungan intimasi. Cubaan penetrasi menyebabkan bahagian otot pelvis, punggung dan paha menegang tanpa kawalan. Kadangkala otot tangan, bahu, dada dan leher juga akan turut menegang. Banyak perkahwinan yang hancur disebabkan masalah vaginismus. Ramai wanita yang mengalami masalah vaginismus menderita dalam senyap dan enggan mendapatkan rawatan. Vaginismus bukan lah masalah kekal kerana terdapat rawatan sesuai yang boleh diberikan. 

Sangat penting untuk wanita yang mempunyai vaginismus memutuskan kitaran kesakitann yang membelenggu hubungan seks mereka. Apabila wanita yang mempunyai masalah vaginismus ingin melakukan hubungan seks, pengalaman sakit yang terdahulu menyebabkan ketakutan yang seterusnya membuatkan reaksi fizikal badan yang menolak cubaan penetrasi tanpa disedari. Rawatan boleh dilakukan dengan penggunaan krim kebas yang disapu dibahagian luar faraj, ubat penenang otot, penggunaan pembesar vagina ('vaginal dilators)' secara berterusan dan terapi seks.

Alatan pembesar vagina atau dilator datang dalam saiz yang berbeza, dari saiz kecil kesaiz yang lebih besar. Ia biasanya diperbuat dari plastik atau silikon. Pesakit dinasihatkan untuk menggunakan krim kebas atau mengambil ubat penenang otot sebelum memasukkan alatan pembesar vagina. Selain itu, gel pelincir yang cukup digunakan untuk membantu proses memasukkan alatan pembesar vagina dengan selesa. Wanita dinasihatkan supaya memberi fokus kepada pernafasan dan relaksasi otot pelvis mereka. Wanita juga boleh menggunakan cermin atau bantal yang diletakkan dibawah pinggul untuk membantu mereka rasa lebih selesa. Perlahan-lahan masukkan alatan pembesar vagina kedalam dan keluar serta pusingkan secara penuh melitupi keseluruhan dinding vagina. Apabila anda mula berasa selesa dan tiada kesakitan, gunakan alatan pembesar vagina yang bersaiz seterusnya sehinggalah kesaiz yang lebih besar. Bersabar dan ambil masa yang anda perlukan untuk rasa selesa. Jangan terus kesaiz yang besar dalam jangka masa singkat jika vagina anda tidak bersedia.

Adalah penting untuk anda melibatkan pasangan anda dalam proses ini. Berkomunikasi secara terbuka dan jujur dapat membantu anda dan pasangan. Walaupun anda dan pasangan tidak boleh melakukan hubungan seks penetrasi, tetapi anda dan pasangan masih boleh terus berintimasi fizikal dengan cara lain seperti memegang tangan pasangan anda.

Tidak ada cara mudah untuk merawat vaginismus. Ia memerlukan masa dan kesabaran. Terdapat cara lain seperti suntikan botok dan terapi seks yang boleh membantu anda dan pasangan jika tidak ada perubahan. Anda tidak perlu lagi menderita dalam diam. Berjumpa lah dengan doktor kami diklinik untuk mendapatkan nasihat dan rawatan untuk membantu anda menjalani kehidupan seks sihat tanpa kesakitan.

Get the Care You Deserve. Make Your Appointment Today

We focus on you. Schedule today to experience healthcare that's tailored to your needs.