Klinik Temasya
BLOG (Versi BM)

Zakar bengkok

By
Updated on:

Zakar bengkok adalah keadaan fizikal yang boleh memberikan kesan serius pada kesihatan psikologi, emosi dan keyakinan seks golongan lelaki. Terdapat dua kategori zakar bengkok iaitu, Congenital penile curvature (CPC) dan Peyronie’s disease.

Congenital penile curvature (CPC) atau 'chordee' adalah keadaan yang agak tidak lazim berlaku tetapi bilangan kes yang dilaporkan semakin bertambah disebabkan kesedaran mengenai CPC yang semakin meluas. Ia nya terjadi semenjak lahir lagi dan biasanya hanya disedari oleh ibu-bapa semasa menukar lampin bayi lelaki mereka. Tetapi kebanyakkan kes disedari semasa meningkat remaja apabila berlakunya ereksi.

Penyebab CPC tidak diketahui tetapi ia mungkin disebabkan keanjalan yang berlebihan pada satu bahagian zakar berbanding bahagian lain zakar. Kebiasaannya ia menyebabkan zakar bengkok kebawah tetapi ia juga boleh menyebabkan zakar bengkok keatas atau ketepi. Lelaki yang mempunya CPC tidak mengalami sakit semasa ereksi atau melakukan hubungan seks, jadi mereka tidak memerlukan rawatan. Bagaimana pun, terdapat juga lelaki yang berasa malu mengenainya dan rawatan boleh dilakukan dengan pembedahan pembetulan oleh doktor pakar 

Penyakit Peyronie (atau Peyronie’s disease) pula adalah sejenis penyakit yang terjadi disebabkan pembentukan parut (atau dinamakan plak) menyebabkan sakit pada zakar, mati pucuk serta zakar yang bengkok. Plak terjadi pada bahagian zakar yang dinamakan 'tunica albuginea', iaitu struktur penyokong elastik zakar yang membantu zakar keras semasa ereksi. Bagaimana pun, plak boleh menebal dan menarik tisu penis menyebabkan zakar bengkok terutamanya semasa ereksi disertai dengan kesakitan dan kesukaran untuk melakukan penetrasi seks. Plak boleh terhasil dimana-mana bahagian zakar tetapi 70% kes berlaku dibahagian atas zakar menyebabkan zakar membengkok keatas semasa ereksi dan plak yang terhasil dibawah atau tepi zakar menyebabkan zakar bengkok kebawah atau ketepi.

Penyakit Peyronie mempunyai dua peringkat berbeza iaitu akut dan kronik. Pada peringkat akut, terdapat radang berterusan menyebabkan rasa sakit. Ia boleh berlaku sehingga 12 hingga 18 bulan. Ketika ini zakar akan mula membengkok. Selepas itu, kesakitan akan hilang menandakan masuk fasa kronik dimana plak yang terhasil akan stabil dan kekal.

Penyebab penyakit Peyronie tidak jelas. Bagaimana pun ia berkait rapat dengan masalah mati pucuk. Ia juga berkait rapat dengan risiko penyakit kronik dan penyebab sakit jantung seperti kencing manis, darah tinggi, tinggi kolesterol, obes dan merokok. Ia juga terjadi lebih kerap pada lelaki berusia 55 hingga 60 tahun. Sesetengah pesakit mungkin mempunyai trauma pada zakar sebelum gejala bermula. Penyakit Peyronie menyebabkan kesan fizikal, psikologi dan emosi yang terganggu. Bagi pesakit yang juga mengalami mati pucuk, ubat-ubatan seperti Viagra dan Tadalafil  dapat membantu masalah mati puck. Rawatan lain adalah menggunakan suntikan Verapamil, rawatan shockwave, PRP, alatan vakum, pum zakar dan pembedahan

Amalan hidup sihat seperti berhenti merokok, kerap bersenam, mengurangkan pengambilan minuman keras, pemakanan seimbang serta mengurangkan berat badan dapat membantu pengaliran darah yang lancar bagi membantu masalah mati pucuk berkaitan dengan penyakit Peyronie. Saringan kesihatan untuk pengesanan awal penyakit kronik juga dapat mengurangkan risiko ini

Jika anda mempunya masalah zakar bengkok dan ia mengganggu intimasi bersama pasangan, berbincanglah dengan doktor kami untuk rawatan dan cara pencegahan yang sesuai untuk anda.

Get the Care You Deserve. Make Your Appointment Today

We focus on you. Schedule today to experience healthcare that's tailored to your needs.