Klinik Temasya
BLOG (Versi BM)

Ketuat kelamin - apa yang perlu anda tahu!

By
Updated on:

Ketuat kelamin atau dikenali sebagai 'condylomata acuminata' adalah disebabkan jangkitan penyakit kelamin Human Papilloma Virus (HPV), iaitu penyakit kelamin yang sangat lazim berlaku didunia. Jenis HPV risiko rendah seperti 6 dan 11 menyebabkan lebih 90% kes ketuat kelamin. 

Ketuat kelamin selalu berlaku dikawasan lembap dibahagian kemaluan. Ia juga boleh berlaku dibahagian dubur, mulut atau tekak pada seseorang yang melakukan hubungan seks bersama pasangan yang dijangkiti ketuat kelamin. Ketuat kelamin berbentuk seperti kutil atau benjol kecil berwarna seperti kulit dan kelihatan seperti kubis bunga jika tumbuh berdekatan. Kebiasaannya ia tidak sakit dan bilangan dan saiz ketuat kelamin boleh meningkat dengan kadar yang cepat. Kadangkala ia boleh menyebabkan kegatalan atau pendarahan tidak normal jika saiz nya terlalu besar atau berdekatan dengan kawasan dubur.

Ketuat kelamin sangat mudah berjangkit walaupun dengan penggunaan kondom kerana kondom tidak dapat melindungi daripada ketuat kelamin yang tumbuh diluar kawasan yang dilitupi kondom. Risiko penyebab ketuat kelamin adalah melakukan hubungan seks tanpa perlindungan kondom, mempunyai ramai pasangan seks, penggunaan ubat pil perancang, merokok serta mempunyai penyakit yang boleh merendahkan sistem pertahanan badan seperti jangkitan HIV. Biasa nya ketuat kelamin muncul selepas 2 hingga 3 bulan selepas terjangkit. Virus ini boleh hidup terpendam dalam sel kulit dalam jangka masa yang lama tanpa dapat dikesan.

Walaupun tanpa rawatan, hampir 30% ketuat kelamin akan hilang dalam masa 4 bulan. Malangnya, kesan jangka masa panjang tidak dapat dipastikan dan kebanyakan ketuat kelamin akan tumbuh kembali selepas beberapa bulan walaupun telah dirawat. Cara rawatan yang sedia ada fokus untuk membuang ketuat tetapi bukan penghapusan virus dari badan. Vaksin seperti Gardasil 9 boleh memberi perlindungan HPV risiko rendah seperti jenis 6 dan 11 yang menyebabkan ketuat kelamin. Rawatan lain adalah dengan menggunakan asid, krim Imiquimod, cryotherapy, electrosurgery dan CO2 laser. But masa ini tidak ada satu jenis rawatan yang paling terbaik dan sesuai untuk semua jenis kes kerana ia bergantung kepada faktor seperti kos, kesan sampingan dan kehendak pesakit. Rawatan ketuat kelamin sangat mengecewakan untuk pesakit dan doktor yang merawat kerana ia nya kerap tumbuh kembali walaupun telah dibuang berkali-kali dengan pelbagai cara. 

 

Ketuat kelamin juga boleh memberikan kesan psikologi, sosial dan kesihatan seks yang lebih membimbangkan dari kesan fizikal. Pesakit kerap berasa malu, risau dan tertekan apabila menghidapi ketuat kelamin dan ini boleh mengganggu keyakinan diri serta hubungan intimasi bersama pasangan. Jika anda mengalami masalah ketuat kelamin, berbincang lah dengan doktor anda mengenai rawatan yang sesuai.

Get the Care You Deserve. Make Your Appointment Today

We focus on you. Schedule today to experience healthcare that's tailored to your needs.