Klinik Temasya
BLOG (Versi BM)

Ketulan dan benjolan dibahagian vagina

By
Updated on:

Ketulan dan benjolan dibahagian vagina adalah sesuatu yang sangat membimbangkan bagi kebanyakan wanita dan ramai yang malu dan segan untuk berbincang dengan doktor mengenai masalah ini. Ada beberapa ketulan seperti 'fordyce spots', 'vestibular papillomatosis (VP)' atau kutil yang tidak perlu dibimbangkan. Tetapi terdapat beberapa ketulan lain yang perlu diperiksa dan rawatan atau pembuangan perlu dilakukan sebelum ianya menyebabkan pelbagai komplikasi dimasa hadapan.

Bartholin’s cyst adalah ketulan yang mengandungi air kebiasaanya dibahagian bukaan vagina. Kelenjar bartholin menghasilkan cairan untuk melembapkan vagina. Kelenjar ini boleh tersumbat dan membengkak serta dijangkiti kuman. Ia menyebabkan kesakitan dan kemerahan serta nanah mungkin keluar daripada benjolan tersebut. Anda juga mungkin akan megalami demam daripada jangkitan kuman yang semakin merebak. Bergantung kepada saiz benjolan tersebut, doktor mungkin akan memberikan antibiotik, samaada krim atau pil. Jika jangkitan sudah membesar, mengeluarkan nanah yang banyak serta demam tinggi, doktor anda mungkin akan merujuk kehospital untuk membuang benjolan tersebut

Jerawat vagina ('folliculitis') kebiasaannya terjadi disebabkan jangkitan dan keradangan disebabkan bakteria atau fungus dibahagian akar rambut. Antara punca penyebab nya adalah disebabkan teknik pembuangan rambut seperti 'waxing' dah bercukur. Ia nya boleh berlaku pada mana-mana bahagian kulit badan terutamanya dibahagian muka. Ianya boleh membengkak dan merah serta bernanah. Adalah sangat penting untuk selalu menukar bilah pisau cukur dan mencukur mengikut arah rambut tumbuh. Bergantung kepada saiz 'folliculitis', doktor anda memberi ubat atau krim antibiotik atau anti-fungal. 

Terdapat beberapa ketulan dan benjolan yang disebabkan jangkitan kuman dan virus penyakit kelamin. Antaranya adalah:

  • Herpes kelamin ('genital herpes') adalah penyakit kelamin yang disebarkan oleh virus yang dinamakan Herpes Simplex Virus (HSV). Pada awal jangkitan (infeksi primer), pesakit akan mengalami kudis kecil yang mengandungi air ('vesicles') yang timbul berkelompok. Kudis air ini kemudiannya akan pecah, melecet dan kemudiannya kering. Ketulan ini sangat lah mudah berjangkit kepada orang lain. Kadangkala pesakit mungkin megalami demam, sakit badan, sakit kepala dan keputihan yang banyak dan pedih terutamanya semasa membuang air kecil. Selepas jangkitan awal sembuh, virus menjadi tidak aktif dan biasanya akan tinggal disel-sel saraf berdekatan. Bila mana pertahanan badan lemah, virus akan menjadi aktif dah menyebabkan simptom yang sama tetapi kebiasaanya tidak seteruk infeksi primer. Jangkitan ini dirawat dengan ubat antivirus.
  • Ketuat kelamin ('genital warts') adalah penyakit kelamin disebabkan virus Human Papilloma virus (HPV) jenis risiko-rendah, 6 dan 11. Ketuat kelamin menyebabkan ketulan berbentuk seperti kobis bunga yang kadang kala nya gatal dan mudah berdarah. Terdapat beberapa cara pembuangan ketuat seperti penggunaan acid dan cream yang menukar fungsi pertahanan badan seperti Imiquimod, electrokauteri dan cryosurgery. Bagaimapun, ketuat kelamin mungkin akan berlaku lagi walaupun telah dibuang.
  • Sifilis ('Syphilis') adalah penyakit kelamin yang disebabkan jangkitan bakteria yang dinamakan 'Treponema Pallidum' dan dibahagikan kepada beberapa peringkat. Infeksi primer (primary stage) menyebabkan ulser yang kebiasaannya tidak sakit dipanggil 'chancre' dan kadangkala kelenjar limpa mungkin membengkak pada masa yang sama. Rawatan sifilis adalah ubat  antibiotik yang diberikan melalui suntikan diotot. 
  • 'Molluscum contagiosum' adalah ketulan disebabkan jangkitan virus yang dinamakan Poxvirus. Ia menyebabkan ketulan kecil yang tumbuh dari kulit, licin dan sedikit berkilat dan dibahagian tengahnya terdapat bahan putih jika dipicit. Ia nya juga boleh merebak melalui perkongsian tuala atau bersentuhan kulit. Rawatan sama seperti jangkitan ketuat kelamin. 

Kanser vulva dan vagina berlaku disebabkan pertumbunan sel-sel yang telah berkembang tanpa kawalan dan ia tidak akan mati kerana  telah mengalami perubahan atau mutasi. Ia nya boleh merebak kebahagian badan lain. Wanita yang berusia lebih berisiko untuk mendapat kanser ini. Ia disebabkan jangkitan Human Papilloma Virus (HPV) berisiko tinggi. Antara simptom- simptom kanser vulva dan vagina adalah pendarahan yang tidak normal (tidak berkait dengan haids), pendarahan selepas seks, keputihan yang banyak dan berbau atau masalah dengan pembuangan air kecil atau air besar.

Jika anda mempunyai ketulan atau benjolan yang merisaukan anda, jangan bimbang dan panik, berjumpa lah dengan doktor dengan segera untuk mendapatkan pendapat dan rawatan yang sesuai. 

 

Get the Care You Deserve. Make Your Appointment Today

We focus on you. Schedule today to experience healthcare that's tailored to your needs.