BLOG (versi BM)

Ujian Saringan Kesihatan: Ketahui Status Kesihatan Anda

Adakah anda sudah melalukan pemeriksaan kesihatan anda? Full medical check up (Tekanan darah, paras gula, ECG dan banyak lagi)

Ujian saringan kesihatan adalah tunggak penting sektor pencegahan penyakit dan kesihatan awam. Pepatah ada menyebut; mencegah itu lebih baik dari mengubati. Matlamat utama pencegahan kesihatan bukan sahaja untuk mempromosikan kesihatan dan kesejahteraan menyeluruh individu tetapi untuk mengelak dari 3D's iaitu penyakit, kecacatan dan kematian (disease, disability and death). Walaupun anda tidak mengalami sebarang gejala, ini bukan bermakna anda tidak perlu melakukan ujian saringan kesihatan. Pemeriksaan saringan kesihatan secara kerap dan berkala sangat penting untuk mengesan penyakit atau risiko kesihatan diperingkat awal atau sebelum ia berlaku bagi membolehkan langkah pencegahan tepat dilaksanakan sebelum menjadi lebih parah. 

Ujian saringan kesihatan yang efektif bergantung kepada risiko dan keperluan kesihatan seseorang itu. Doktor yang merawat anda akan mengusulkan beberapa ujian berdasarkan stratifikasi risiko kesihatan anda dengan mengambil kira beberapa faktor seperti umur, jantina, gaya hidup seperti merokok atau pengambilan minuman keras, masalah kesihatan sedia ada, sejarah penyakit keturunan, praktis seks serta sama ada anda mengalami sebarang gejala fizikal pada masa tersebut.

Di Klinik Temasya, kami mempunyai pelbagai pakej ujian saringan bersesuaian dengan keperluan kesihatan anda dengan kos yang berpatutan. Di klinik pesakit luar, ujian saringan kesihatan kebiasaannya akan merangkumi pemeriksaan menyeluruh sejarah kesihatan dan ujian fizikal, ukuran anthropometri (berat badan, ketinggian, BMI, ukur lilit pinggang), ujian ketajaman penglihatan dan rabun warna, ujian pendengaran serta pemeriksaan tekanan darah. Berdasarkan pemeriksaan awal, doktor akan mencadangkan pakej ujian saringan kesihatan yang sesuai untuk anda.

UJIAN DARAH:

- Full blood count (FBC): memeriksa pelbagai komponen sel darah seperti sel darah putih (tanda infeksi dalam badan), sel darah merah untuk mengenalpasti penyakit sel darah merah rendah (anaemia) atau berlebihan (polycythaemia) dan platelet (penting dalam pembekuan darah dan mungkin berkurang jika terdapat infeksi viral atau fungsi hati terjejas)

- Renal function: memeriksa fungsi buah pinggang dan mengenalpasti masalah elektrolit garam penting dalam badan seperti  sodium dan potassium. Berdasarkan bacaan Creatinine dan juga umur, jantina dan saiz badan, pengiraan Glomerular Filtration Rate (GFR) boleh dilakukan sebagai index terbaik menggambarkan fungsi buah pinggang 

- Liver function test (LFT): memeriksa fungsi organ hati dengan bacaan beberapa enzim dan protein penting yang dihasilkan oleh hati seperti ALT, AST, ALP, albumin, bilirubin dan GGT. Jika bacaan fungsi hati anda tidak normal, doktor mungkin akan melakukan ujian lanjut seperti saringan Hepatitis (untuk mengesan jangkitan virus Hepatitis A, B dan C), penanda kanser hati (AFP) dan imbasan ultrasound organ hati

-  Fasting glucose level: memeriksa kadar gula bagi mengesan penyakit kencing manis. Purata bacaan gula dalam darah sewaktu berpuasa adalah antara 4.4 hingga 5.6 mmol/L. Jika bacaan gula dalam darah anda tinggi, doktor mungkin akan melakukan ujian pengesanan lanjut seperti ujian OGTT (oral glucose tolerate test) dan HbA1c 

- Lipid profile: memeriksa profil kolesterol dalam darah. Ini boleh dilakukan sama ada semasa pesakit berpuasa atau secara rawak. Ini bagi mengesan penyakit tinggi lemak atau hyperlipidaemia. Terdapat beberapa bacaan penting untuk profil lemak seperti cholesterol keseluruhan, HDL (lemak baik), LDL dan triglyceride (lemak jahat) 

- Uric acid: memeriksa bacaan asid urik tinggi dalam badan (hyperuricaemia). Anda boleh mempunyai bacaan asid urik tinggi tetapi tidak mengalami sebarang gejala atau penyakit seperti gout. Bagaimanapun, anda digalakkan untuk menurunkan bacaan asid urik yang tinggi dengan melakukan perubahan gaya hidup sihat. Jika bacaan asid urik tinggi dan anda mempunyai penyakit gout, doktor mungkin akan menyuruh anda mengambil ubat harian bagi menurunkan kadar asid urik yang tinggi

- Thyroid function test (TFT): memeriksa fungsi kelenjar tiroid anda. Ia terdiri daripada beberapa bacaan hormon tiroid iaitu free T4 (yang biasa diuji), free T3 dan thyroid stimulating hormone (TSH)

Semua ujian darah boleh dilakukan di Klinik Temasya.

UJIAN AIR KENCING

- Urine FEME (UFEME): adalah pemeriksaan penuh air kencing dengan menggunakan mikroskop. Ini dapat mengesan jangkitan kuman dalam air kencing, darah dalam air kencing (haematuria), gula, protein and cast dalam air kencing 

- Urine albumin/creatitine ratio (ACR): adalah ujian mengesan protein dalam air kencing bagi mengenalpasti penyakit pada organ buah pinggang serta saringan awal komplikasi disebabkan penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi 

UJIAN LAIN

- ECG: adalah ujian irama dan aktiviti elektrik jantung. ECG boleh mengesan pelbagai isu pada jantung seperti masalah irama jantung tidak normal (arrhythmia), serangan jantung (walaupun berlaku diwaktu lepas), struktur bentuk dan posisi jantung atau terdapatnya radang pada otot jantung. Jika ujian ECG anda tidak normal, doktor mungkin akan melakukan ujian lanjut seperti imbasan jantung (echocardiogram), ujian stres senaman (exercise stress test) dan pemantauan Holter

- Chest Xray: adalah ujian pengimejan bahagian dada bagi mengenalpasti struktur jantung, paru-paru, tulang rusuk dan salur darah. Ia boleh mengenalpasti pelbagai penyakit seperti jangkitan kuman pada paru-paru, penyakit TB, penyakit kronik paru-paru (COPD), kegagalan jantung, kanser dan pneumothorax 

- Spirometry atau lung function test: adalah ujian untuk fungsi paru-paru. Ia nya penting untuk mengenalpasti pelbagai penyakit paru-paru seperti lelah (asthma), penyakit kronik paru-paru (COPD), kerosakan paru-paru disebabkan parut (lung fibrosis) dan ujian pemantauan kawalan penyakit paru-paru  

- Pap smear: adalah ujian saringan untuk mengesan sel pra-kanser atau kanser pada pangkal rahim (cervical cancer)

- Mammogram: adalah ujian serangan untuk menyaring dan mengenalpasti kanser payudara

- Bone Mineral Density (BMD): adalah pemeriksaan kandungan mineral dan ketumpatan tulang. Ia kemudiannya akan dibandingkan dengan bacaan yang diperolehi untuk orang dewasa sihat (bacaan T-score) dan bacaan orang dewasa sama umur (bacaan Z-score). Ia dapat mengenalpasti peringkat awal masalah tulang rapuh (osteopenia) dan penyakit kerapuhan tulang (osteoporosis). Ia juga digunakan untuk memantau keberkesanan ubat pencegah kerapuhan tulang

- Faecal occult blood test (FOBT): adalah ujian untuk mengesan darah yang tidak dilihat dengan mata kasar atau sangat sedikit pada najis bagi menyaring penyakit kanser usus

- Sexually transmitted diseases (STD) screening: adalah pelbagai ujian saringan penyakit kelamin seperti Chlamydia, Gonorrhoea, Herpes, Hepatitis, HIV, Sifilis, NGU dan HPV. Ia boleh dilakukan dengan ujian darah, air kencing, cecair badan dan swab. Anda digalakkan untuk melakukan ujian saringan penyakit kelamin jika anda aktif melakukan seks walaupun tidak mengalami sebarang gejala dan menjalani hubungan monogami

Di Klinik Temasya, kami komited untuk meningkatkan tahap kesihatan anda secara lebih baik dan menyeluruh. Dengan langkah pengesanan awal dan bimbingan dan pendidikan kesihatan yang betul, penyakit dan risiko kesihatan dapat dirawat dan risiko komplikasi serius dapat dikurangkan. .

 

Berbincanglah dengan doktor kami mengenai pakej ujian saringan yang sesuai dengan keperluan kesihatan anda