Klinik Temasya
BLOG (Versi BM)

Penyakit kelamin dan kesan pada kesihatan seks anda

By
Updated on:

Jangkitan penyakit kelamin adalah sangat lazim berlaku diseluruh dunia. Ia nya menyebabkan banyak kesan pada kesihatan fizikal, mental dan sosial diri. Jangkitan penyakit kelamin menyebabkan pelbagai gejala dan kesan jangka panjang jika tidak dirawat.

Antara gejala penyakit kelamin adalah cecair dan keputihan daripada kemaluan, benjolan dan lecet kulit yang menyakitkan, sakit semasa kencing dan ejakulasi, sakit pada bahagian bawah perut, pendarahan tidak normal seperti  pendarahan antara kitaran haid atau selepas seks dan sakit semasa melakukan hubungan seks. 'Dyspareunia' adalah kesakitan dalam pelvis yang berlaku secara kerap ketika atau selepas seks. Ia disebabkan keradangan  apabila penyakit kelamin telah merebak kebahagian sistem peranakan dalam. Jangka masa panjang, parut yang terhasil boleh menyumbatkan saluran peranakan, iaitu falopian tiub dan menyebabkan ketidaksuburan. 'Dyspareunia' adalah antara salah satu kategori masalah seksual wanita yang boleh menyebabkan kerunsingan dan masalah intimasi dalam hubungan. Ia juga menyebabkan kurang nafsu seks, kurang ransangan orgasm serta ketidakpuasan dalam hubungan seks.

Untuk kaum lelaki, penyakit kelamin seperti Chlamydia and Gonorrhoea juga boleh menyebabkan radang dan parut pada struktur reproduksi lelaki, iaitu pada epididimis (tiub yang menghubungkan testis dan membawa sperma) dan kelenjar prostat. Ia menyebabkan gejala sakit semasa kencing dan ejakulasi, sakit pada bahagian testis, bawah perut dan tulang belakang serta sekitar dubur. Antara gejala lain adalah darah  bercampur dalam air mani (haematospermia). Jangka masa panjang, jika tidak dirawat boleh menyebabkan ketidaksuburan lelaki.

Disamping kesan fizikal, terdapat kesan psikologi jangkitan kelamin pada kesihatan seksual yang menyebabkan masalah gangguan seks pada wanita dan lelaki dan tidak boleh dipandang remeh. Secara khususnya ia boleh menyebabkan kurang nafsu seks, masalah ereksi seperti mati pucuk dan kurang keyakinan diri. Penyakit kelamin juga boleh menyebabkan kerunsingan dan kerisauan disebabkan stigma dari masyarakat pada penyakit kelamin seperti HIV, risiko penyebaran penyakit kelamin kepada pasangan dan anak-anak serta serangan kerap penyakit kelamin sehingga menjejaskan aktiviti kehidupan harian.

Get the Care You Deserve. Make Your Appointment Today

We focus on you. Schedule today to experience healthcare that's tailored to your needs.