Klinik Temasya
BLOG (Versi BM)

Pigmentasi dan melasma

By
Updated on:

Apakah hidup tanpa warna? Bosan dan tidak menarik. Pigmentasi memberikan warna asli pada kulit. Kulit mendapatkan warna daripada pigmen sel yang dinamakan melanin. Lebih banyak melanin pada kulit, lebih gelap warna kulit kita. Masalah pigmentasi kulit menyebkan perubahan warna yang tidak normal terjadi pada kulit, sama ada berlebihan atau kurang pigmentasi. Ia nya boleh melibatkan tompokan kulit bersaiz kecil atau besar atau seluruh kulit. Penyakit vitiligo dan fenomena kulit albino terjadi apabila pigmentasi pada kulit terlalu sedikit.

Pigmentasi yang berlebihan (atau 'hyperpigmentation') adalah definisi keseluruhan merangkum pelbagai penyakit kulit yang menyebabkan tompokan hitam berbanding kulit disekeliling nya. Pendedahan kulit pada cahaya matahari terik boleh menyebabkan masalah pigmentasi seperti jeragat, kesan hitam pada jerawat atau luka, bintik usia dan melasma. Pendedahan merbahaya kulit pada cahaya sinar ultraungu (UV) juga boleh menyebabkan kerosakan pada DNA kulit serta mempercepatkan proses penuaan kulit dan risiko kanser kulit seperti melanoma.  

Masalah kulit melasma adalah sejenis masalah pigmentasi berlebihan yang tidak normal kebiasaannya terjadi pada golongan wanita dan disebabkan faktor perubahan hormon seperti kehamilan, putus haid dan penggunaan ubat hormon seperti pil perancang kehamilan, tercetus daripada pendedahan pada cahaya matahari. Melasma selalu diberi nama 'topeng kehamilan' kerana ramai wanita yang sedang hamil mengalami masalah ini. Walaupun melasma boleh terjadi pada semua jenis kulit, ia biasa terjadi pada orang yang berkulit gelap dan mempunyai keturunan masalah pigmentasi seperti melasma. Faktor lain yang membezakan masalah jeragat biasa dan melasma adalah melasma lebih sukar untuk dirawat kerana ianya disebabkan faktor perubahan hormon tubuh

Rawatan pigmentasi dan melasma bergantung kepada keterukan. Rawatan utama adalah dengan menggunakan krim yang boleh melunturkan pigmen kulit seperti Hydroquinone sama ada dengan/tanpa retinoid dan steroid (contohnya Triluma). Penggunaan secara berpanjangan boleh menyebabkan kulit menjadi nipis, iritasi serta penampakan urat kecil pada kulit. Rawatan kulit lain yang biasa digunakan untuk merawat masalah pigmentasi adalah vitamin c, azelaic acid, kojic acid, arbutin dan niacinamide. Ubat pil seperti tranexamic acid boleh juga digunakan dalam jangka masa pendek. Rawatan fizikal termasuk penggunaan pengelupasan kimia dan laser. Rawatan peringkat awal boleh menyebabkan pigmentasi kelihatan lebih gelap dari asal dan kesan terbaik hanya boleh diperolehi selepas 8 hingga 12 minggu rawatan

Langkah penting untuk rawatan dan pencegahan masalah pigmentasi dan melasma adalah perlindungan dari matahari dengan menggunakan krim pelindung matahari, pakaian yang sesuai serta topi atau payung yang dapat melindungi kulit daripada cahaya terik. Pemakaian krim pelindung matahari hendaklah digunakan dengan tetap setiap hari walaupun ketika berada dirumah terutama nya pada waktu puncak diantara pukul 10 pagi hingga 2 petang. Elakkan dari menggaru kulit atau memicit jerawat yang boleh menyebabkan parut kehitaman dan keradangan kulit.

Jika anda mengalami masalah pigmentasi dan melasma pada kulit, berbincang lah dengan doktor kami mengenai rawatan yang sesuai untuk anda.

Get the Care You Deserve. Make Your Appointment Today

We focus on you. Schedule today to experience healthcare that's tailored to your needs.