Klinik Temasya
BLOG (Versi BM)

Pil perancang kecemasan

By
Updated on:

Pil perancang kecemasan atau 'morning-after pills' adalah ubat kontraseptif kecemasan untuk mengelakkan kehamilan setelah berlakunya hubungan seks tanpa perlindungan atau terdapat masalah pada kontraseptif yang digunakan seperti kondom bocor atau terlupa mengambil pil perancang harian. Terdapat dua jenis pil perancang kecemasan iaitu Levenogestrel (seperti Postinor-2 & Escapelle) dan Ulipristal (seperti Ella). Postinor-2  atau Escapelle hendaklah diambil dalam masa 72 jam (3 hari) dan Ella perlu diambil dalam masa 120 jam (5 hari) dari waktu melakukan hubungan seks tanpa perlindungan. Ia nya lebih berkesan jika diambil secepat mungkin. 

Pil perancang kecemasan bertindak dengan menghalang proses ovulasi dan  persenyawaan telor oleh sperma serta proses penempelan pada dinding rahim. Pil perancang kecemasan bukan lah pengganti kontraseptif yang lebih terjamin. Ia nya mempunyai keberkesanan lebih dari 90% untuk menghalang kehamilan jika diambil secepat mungkin.

Kesan sampingan pil perancang kecemasan adalah seperti loya, muntah, sakit perut dan sakit kepala. Kesan sampingan yang tidak lazim adalah keletihan, sakit payudara, pendarahan haid yang tidak normal. Jika anda muntah dalam masa 2 jam selepas mengambil pil perancang, anda hendaklah mengambil satu lagi pil perancang secepat mungkin. Untuk mengelakkan rasa loya dan muntah, ambil pil perancang kecemasan selepas waktu makan.

Pendarahan haid yang tidak teratur boleh berlaku selepas pengambilan pil perancang kecemasan. Waktu haid anda mungkin datang lebih awal dari biasa atau lambat seminggu. Kebanyakan waktu, haid datang dalam beberapa hari pada waktu jangkaan haid yang seterusnya. Jika haid datang seminggu lebih lewat dan lebih ringan daripada normal, laku kan ujian kehamilan secepat mungkin.

Anda disyorkan untuk melalukan saringan ujian penyakit kelamin terutamanya berlaku hubungan seks tanpa perlindungan yang berisiko tinggi. Pil perancang kecemasan tidak akan memberi perlindungan pencegahan kehamilan untuk jangka masa yang seterusnya. Anda dinasihatkan menggunakan kontraseptif lain yang lebih berkesan dan terjamin seperti pil perancang harian, suntikan depo, IUD dan sebagainya.

Baca bahagian kedua "Soal Jawab Pil Perancang Kecemasan"

 

 

Get the Care You Deserve. Make Your Appointment Today

We focus on you. Schedule today to experience healthcare that's tailored to your needs.